Elemen Mewah Moden, Ringkas Dan Bermutu Tinggi

Share

 

 

Jika dahulu, seluruh kejiranan akan heboh mengata apabila ada di antara jiran mereka memiliki set perabot mewah. Berukir indah dengan bunga-bungaan, awan larat dan sebagainya. Tidak kiralah kerawang ala Itali, nusantara dan sebagainya. Asal sarat dan berkilau dianggap mewah dan cantik. Apa lagi  dengan bunga-bungaan di atas fabrik tebal seperti baldu, chanile dan sebagainya. Tidak sah kalau semua elemen ini diperindahkan dengan gaya langsir dramatik, dengan swag mewah beralunan indah.

Namun kini semuanya tampil berbeza. Pereka melihat semua itu tidak perlu dalam menjadikan suasana tampil mewah , eksklusif  dan elegan. Idealogi mewah kini berubah dengan begitu ketara. Fokus lebih ditumpukan pada kualiti material yang digunakan. Kayu antara material mewah yang sangat tinggi hanrganya kini diserlahkan estetiaknya . Penggunakan material kayu padu yang sempurna digilap, dirawat dan dibentuk dipadankan pula dengan marmar Itali dengan rona  yang jarang dijumpai sudah cukup menyerlahkan betapa mewahnya sebuah tata hias itu biar pun tidak diukir malah dibiarkan dalam bentuk kepingan separa sempurna.

Nilai empuk dan selesa sebuah perabot, bagaikan sebuah kereta mewah yang memberi kepuasan tatkala duduk di atasnya. Pembuatan yang berteknologi tinggi memberi kepuasan menggunanya. Itu belum lagi rekaan yang sangat rigkas tetapi material yang cukup kuat dipilih. Kaki sofa anda mugkin hanya sebesar penyepit makanan tetapi kehebatan rekaan dan nikmat yang ditawarkan cukup luar biasa. Inilah pilihan tata hias generasi akan datang? Simple-simple je di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus