Dekorasi

Elemen Penting Apabila Hias Bilik Tidur Anak Supaya Praktikal, Selesa & Cantik

Share

Elemen Penting Apabila Hias Bilik Tidur Anak Supaya Praktikal, Selesa & Cantik. Adakalanya buntu untuk menghias dekorasi bilik tidur anak-anak. Sebagai ibu bapa kita ingin menyediakan bilik tidur untuk anak-anak yang bukan sahaja cantik, namun selesa dan boleh digunakan dalam jangka panjang sehingga anak menginjak remaja.

Ini antara inspirasi idea dekorasi yang comel dan kreatif, serta elemen penting untuk dipertimbangkan apabila merancang untuk menghias bilik anak-anak yang boleh dijadikan panduan mengikut kesesuaian.

1. Tema Ceria:

Pilih tema yang disukai anak, seperti haiwan, angkasa, atau puteri, dan hiasi dengan wallpaper, bantal, dan lukisan yang sepadan. Namun untuk jangka panjang boleh juga pilih rona pastel dengan tema yang ‘umum’ supaya ia boleh digunakan sehingga anak-anak menginjak remaja.

2. Ruang Main:

Sediakan kawasan bermain yang selamat dengan tikar lembut, mainan dan rak penyimpanan untuk mainan mereka. Ini akan memberi mereka ruang untuk eksplorasi dan aktiviti kreatif.Pastikan juga kemasan lantai tidak licin supaya anak-anak tidak jatuh tergelincir ketika bermain.

3. Katil Bertema:

Pilih katil yang menyeronokkan seperti bentuk kereta, khemah, rumah dan sebagainya yang akan menjadikan waktu tidur lebih menarik dan cantik buat anak-anak yang masih kecil. Namun pemilihan katil biasa tanpa reka bentuk yang ‘fancy’ membuatkan ia lebih sesuai digunakan untuk jangka panjang sehingga anak remaja.

4. Papan Tulis:

Pasang papan chalkboard atau whiteboard untuk melukis dan menulis. Ini adalah cara yang baik untuk anak-anak mengembangkan kemahiran mereka.

5. Lampu Hiasan:

Gunakan lampu LED berbentuk bintang atau bulan untuk mencipta suasana yang ceria dan memberi kesan malam yang menenangkan.

6. Rak Penyimpanan:

Gunakan rak yang rendah dan mudah diakses untuk menyimpan buku dan mainan. Ini memudahkan anak-anak untuk mengatur barang mereka sendiri.

7. Reka bentuk Cermin :

Pasang cermin dengan bentuk yang lucu atau berwarna-warni untuk menambah elemen visual yang menarik.

8. Ruang Membaca:

Buat sudut membaca dengan kerusi lembut dan rak buku untuk memupuk minat membaca sejak kecil.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:4 Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak Yang Menarik & Tampak Estetik


Baca Lagi Di Sini:Nampak Luas & Lapang, Cantik Makeover Dekorasi Bilik Tidur Afwa Sentuhan Modern English
Artikel Menarik: Mewahnya Bilik Tidur Aaisyah, Anak Kesayangan Che Ta, Dekorasi Macam Bilik Hotel 5 Bintang

IMPIANA: Semoga idea ini menjadi inspirasi untuk dekorasi bilik anak supaya menjadi tempat yang cantik, selesa dan menyeronokkan buat mereka.

Sumber: Giler Deco Group 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Wahab