Memiliki halaman rumah dengan hiasan lanskap yang indah tentunya menjadi impian bagi setiap pemilik kediaman. Seronoknya apabila dapat bersantai-santai bersama keluarga di halaman rumah yang dihias indah dengan hiasan pokok-pokok, bunga-bungaan serta binaan air terjun buatan bersaiz kecil dilengkapi dengan kolam ikan. Umpama taman mini, memang cukup damai dan menenangkan.
Tak kiralah mempunyai ruang keluasan yang terhad atau lapang, ia tidak menjadi halangan kepada pemilik kediaman untuk mewujudkan landskap indah di laman. Namun demikian, ada beberapa aspek dan elemen penting yang perlu diambil kira jika ingin mewujudkan landskap indah di laman rumah.
1.Tak Bermaksud Pokok Serimbun
Antara salah tanggapan tentang lanskap halaman rumah bahawa semakin banyak pokok, semakin cantik halaman. Ini bukan perkara tepat dalam seni hiasan landskap, kerana susun atur dan kualiti pokok yang digunakan lebih penting.
Apatah lagi jika pemilik kediaman tidak mempunyai banyak masa untuk merapikannya atau halaman rumah tidak luas. Jadi pilihan terbaik adalah landskap laman dengan gaya minimalis Scandinavian.
Gabungan pokok menjalar dengan permukaan konkrit dilengkapi dengan set kerusi rehat atau meja makan berona semulajadi sebenarnya sudah mencukupi.
2. Rumput Pilihan
Kemasan berbatu untuk landskap rumah mungkin bukan pilihan ramai, kerana suasana laman hijau sekeliling rumah lebih menenangkan. Jadi, pemilihan rumput yang sesuai perlu dilakukan supaya masalah penjagaan tidak timbul. Pening kepala kalau rumput yang ditanam memburukkan halaman pula.
Untuk cuaca Malaysia, antara jenis rumput yang jadi pilihan ramai ialah Japanese carpet grass, Philippines carpet grass, cow grass dan pearl grass. Setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, terpulang kepada kehendak anda.
Misalnya, cow grass dan pearl grass lebih murah dan tahan lasak tetapi teksturnya lebih kasar. Sementara Japanese carpet grass dan Philippines carpet grass pula lebih mahal dan perlukan penjagaan rapi, tetapi rasanya lebih lembut dan nampak mewah.
Ads
Selain itu, anda juga boleh menggunakan rumput tiruan yang lebih murah dan lebih mudah dijaga. Walaupun begitu, ada beberapa kelebihan dan kekurangan menggunakan jenis ni.
Antara kelebihan rumput tiruan ialah menjimatkan air, tidak toksik, tiada risiko alahan, tahan lasak, dan selamat untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kekurangannya pula adalah ia ada risiko kepanasan dan boleh rosak sekiranya terdedah kepada barangan panas dan bahang kuat matahari. Jadi, tepuk dada tanya selera, guna yang asli atau tiruan.
3. Elemen Air Lengkapi Laman
Landskap halaman terasa tidak lengkap tanpa air, baik dalam bentuk kolam atau pancuran. Banyak jenis kolam atau pancuran yang anda boleh pilih, tetapi pastikan ia dibuat dengan betul, jangan nanti jadi tempat membiak nyamuk pula!
Ads
Antara impian ramai orang adalah kolam ikan koi, kerana ia boleh menjadi lambang status pemiliknya. Harga seekor ikan koi dari Jepun dalam pasaran boleh mencecah ribuan Ringgit!
Jika anda bukan peminat ikan kerana faktor penjagaan dan penyeliaan kolam yang mahal dan rumit, anda juga boleh meletakkan pancuran air di halaman rumah. Bunyi air mengalir dalam rimbunan hijau juga boleh beri ketenangan selepas sibuk bekerja.
4. Rimbunan Hijau Taman Bali
Bagi mereka yang sukakan kehijauan merimbun di halaman rumah, boleh juga menggunakan konsep Taman Bali. Berbanding hanya menanam pokok tanpa susun atur dan membiarkannya tumbuh merimbun, konsep Taman Bali menekan aspek lapisan struktur dan tumbuhan.
Lima aspek utama Taman Bali yang anda boleh cuba terapkan adalah:
– Tumbuhan hijau
– Batu dengan warna asli atau gelap
– Arca hiasan
– Perabot kayu
– Kolam/takungan air
– Konsep Taman Bali ini boleh dilakukan tanpa mengira saiz halaman anda, asalkan lima aspek utama di atas dipenuhi, anda sudahpun mempunyai halaman bergaya Taman Bali.
Ads
5. Taman Zen
Susun atur landskap, pohon menghijau dan hiasan halaman rumah boleh memberikan ketenangan luar biasa jika dibuat penuh teliti. Bagi mereka yang sukakan halaman yang rapi dan tersusun, konsep Taman Zen adalah pilihan terbaik untuk anda.
Berpaksikan kepada tiga konsep utama iaitu kesemulajadian (Shizen), keringkasan
(Kanso) dan Kecekinan (Koko).
Ramai antara peminat bertaman gemar menanam anggur sebagai tumbuhan hiasan. Ia selalu ditanam di tepi pagaran, pergola dan sebagainya. Pasti ramai kagum apabila mendapati laman sekangkang kera dihiasi pokok anggur terutamanya apabila ia mula berbuah. Pasti ramai tetamu akan menanyakan pelbagai soalan dan petua untuk memastikan anggur yang ditanam hidup sihat dan menghasilkan buah cantik dan banyak. Namun, terdapat juga segelintir berpendapat bahawa pokok anggur sukar ditanam dan tidak sesuai untuk iklim Malaysia.
Penyediaan tapak dan medium tanaman
Pokok anggur memerlukan tanah yang mempunyai aliran air baik. Oleh itu, tanah berpasir amat sesuai untuk tanaman anggur.
Buatkan lubang tanaman sedalam 0.60 meter hingga 3.5 meter untuk menggantikan tanah asal dengan tanah berpasir.
Tanaman berbatas juga di galakkan untuk mengelakkan akar pokok anggur terendam di dalam air. ketinggian batas yang diperlukan untuk tanaman anggur adalah 1 kaki tinggi dan 1 ½ kaki lebar.
pastikan tapak tanaman anggur tidak bertakung air terutamanya pada kawasan sekitar akarnya.
Elakkan dari menanam di kawasan tanah bergaram, tanah gersang dan tanah yang mempunyai kurang keupayaan untuk menyerap air.
Untuk tanaman berpasu, saiz minum untuk pasu tersebut adalah 16 inci x 18 inci.
Pastikan pokok anggur mendapat cahaya matahari sepenuhnya untuk memastikan ia tumbuh sihat dan mengeluarkan anggur dengan banyak.
Pemangkasan
Tabur baja penggalak bunga dua puluh hari sebelum pemangkasan dilakukan
Buang semua daun kering dan potong cabang yang tidak dikehendaki
Potong semua ranting tidak sihat untuk membolehkan cabang baru tumbuh
Potong bahagian pucuk sekurang-kurangnya 1 meter untuk membolehkan pokok bercambah.
Bersihkan bahagian bawah pokok yang tersembunyi untuk memastikan tiada sebarang serang atau haiwan perosak menumpang.
Kadar pembajaan
Untuk tanam anggur digalakkan untuk mengguna baja dari jenis organik terutamanya untuk pokok muda
Letakkan baja satu kaki jauh dari batang pokok
Pembajaan perlu dilakukan sekerap seminggu sekali atau sepuluh hari sekali
Penggunaan baja untuk pokok anggur perlu di kurangkan sebanyak 50%-60% dari jumlah yang di sarankan oleh pengeluar-pengeluar baja untuk mengelakkan pokok panas.
Kaedah siraman
Penyiraman hanya boleh dilakukan apabila di dapati tanah di sekeliling pokok kering
Ketika siram, perhatikan supaya air tidak bertakung pada pangkal pokok
Penyiraman harus dilakukan pada waktu pagi atau petang
Siram harus dilakukan di pangkal pokok
Kurangkan menyiram ketika pokok sedang menghasilkan buah untuk mengelakkan dari buah masam dan busuk.
Orkid tanaman berbungayang memang diminati ramai disebabkan warnanya yang menarik. Tapi tak semua berjaya memastikan koleksi orkid mereka tahan lama. Kalau ada pun, masalah lain pula yang berlaku iaitu orkid kedekut bunga.
Baja orkid memang mahal. tapi, tak perlu risau, anda sebenarnya boleh hasilkan baja organik untuk orkid dari sisa bahan dapur iaitu kulit bawang dan kulit kentang. Nak tahu caranya, boleh tonton video yang disediakan
Cara Mudah TUT Pokok Limau Kasturi, Guna Sabut Hancur & Tanah Hitam. Ada pelbagai cara untuk menanam pokok limau kasturi di rumah. Salah satunya dengan kaedah penanaman secara tut. Pembiakan tanaman buah-buahan melalui hasil kaedah TUT atau ‘Marcotting’ selalunya lebih cepat menghasilkan buah.
Antara jenis tanaman buah-buahan yang sesuai dibuat kaedah tut seperti pokok Limau (Citrus spp), Pokok Johon Jambu Air (Syngium spp), Pokok Jambu Batu (Psidium guava), Pokok Durian (Durio zibethinus), Pokok Rambutan (Nephallium lappaceum), Pokok Mangga (Mangifera indica) dan sebagainya.
Boleh ikut cara mudah dan kaedah Tut Pokok Limau Kasturi yang dikongsikan oleh Ro Miza ini sebagai rujukan.
Ni cara saya tut limau kasturi…Alhamdulillah. dah banyak pokok saya bagi-bagi kat jiran-jiran dan sahabat. Saya guna sabut hancur dan tanah hitam sahaja. Ikat dengan cable tie, sebulan lebih dia dah berakar.
Bahan Diperlukan:
Cocopeat
Tanah Hitam
Plastik Bungkus makanan
Cable Tie
Cara Membuat:
1.Kelar dahan yang agak tua, kikis semua yang bahagian kelar.
2. Selisihkan 2 plastik, letak bahagian bawah. Tanah tak perlu terlalu basah, cukup sahaja lembab-lembab. Lagi basah lagi lama akan berakar.
3. Sebulan lebih dia dah berakar. Banyak sikit akar tu dah boleh potong tanamkan dalam polybag.
4. Potong bahagian bungkusan. Lebih kan sikit pun tak apa. Tapi bahagian bawah, buka ikatan dan plastik.
5. Bila dah potong tanam dalam polybag. Potong daun dan dahan kecil supaya lagi banyak dia bercabang. Pokok limau akan keluar banyak bunga selepas prowning.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan rujukan buat pemilik LAMAN yang ingin cuba kaedah TUT bagi tanaman berbuah. Memang mudah ikut langkah yang dikongsikan ini. Malah pokok yang ditanam hasil tut juga mudah mengeluarkan buah.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.