
HANYA GARISAN RINGKAS, SUDAH CUKUP MEMBUAT KATIL ANDA TAMPIL MEWAH DAN MEGAH
LENGKUNGAN KLASIK INSPIRASI DARIPADA KAKI PERABOT ART NEAVOU, MEMBERI NIKMAT PANDANG PADA RUANG KAMAR
Menemani mu dengan penuh setia bersama limpahan gaya elegan nan mempersona. Bagi yang romantis sudah pasti akan terasa sentuhan kasih sayang empat orang kekasih menemani dirinya melelapkan mata saban malam. Masuk apakah ini hanya melihat katil bertiang empat dengan pelbagai rekaan yang tidak pernah hampakan pemilik kediaman.
ANDA BERSEDIA MEMILIKI KATIL SEUMPAMA INI?
Katil bertiang empat, biar klasik mahu pun moden tetap memberi satu rasa kagum kita dalam tata hias kamar beradu. Baik tiang sahaja tanpa struktur sambungannya yang membentuk seperti kanopi. Masing-masing punya kelebihan dan peminat sendiri. Malah terdapat sedikit perbezaan dari tema Inggeris, Perancis, moden dan kontemporari. Apa yang pasti kemegahan rekaan katil bertiang sememangnya tidak pernah menghampakan. Kepuasan memilikinya apatah lagi beradu di atasnya. Baik yang bersaiz king atau queen, pastikan pilihan anda tepat pada ruang kamar, bajet dan konsep. Simple-simple aja di IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mahligai Bonda Rozita, Eksklusif & Privasi! Tersergam Indah di Puncak Rimba

Isi Kandungan
ToggleMahligai Bonda Rozita ini sesungguh cukup indah. Siapa sangka di puncak rimba yang jauh dari hiruk-pikuk kota, tersergam sebuah kediaman yang cukup eksklusif milik usahawan terkenal.
Dengan latar belakang alam semula jadi yang luas terbentang, rumah ini bukan sekadar tempat berteduh tetapi juga refleksi jiwa pemiliknya yang dekat dengan alam.
Impian Terbina Sebelum PKP
Berkongsi foto kediamannya dalam akaun Instagram milik beliau baru-baru ini, Bonda Rozita mendedahkan bahawa pembinaan kediaman ini telah dirancang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
“Jujurnya, saya tak nak pun buat rumah ni pada awalnya sebab saya perlukan bajet untuk siapkan keseluruhan resort. Impian saya cuma nak rumah kecil di puncak hutan, jauh dari orang ramai,” ujar beliau yang dipetik dari majalah Nona.
Meskipun kini segalanya berubah, siap sudah kediaman yang tak pernah terimpi sebelum ini.
Sebagai seorang yang amat mencintai ketenangan, mahligai ini menjadi lambang kepada gaya hidup harmoni yang diimpikan oleh Bonda Rozita. Dengan kedudukan strategik di atas gunung, suasana privasi di rumah ini memang tiada tandingan.
‘Ratu Hutan’ Di Tengah Rimba
Menurut Bonda Rozita, jiwa dan hatinya sangat dekat dengan alam semula jadi, kerana itulah dia memilih lokasi sebegini untuk menetap.
“Saya memang nak kembali kepada asal saya, ke hutan dan hidup dalam suasana nature – bersuluk. Bertemankan unggas, rumah kebun, sungai yang cantik, saya melihat dari atas puncak tinggi, berjiran dengan resort Rumah Terapi Alam dan perkampungan Orang Asli,” kongsinya.
Dari kejauhan, warung yang dimilikinya boleh melihat rumah beliau yang seolah-olah berada di ‘puncak awan’. Dalam pada itu tambahnya lagi, rumah ini juga mempunyai lima ‘hall’ dengan pemandangan hutan tercantik yang memberikan panorama 360 darjah.
“Seakan-akan berada di New Zealand atau Kundasang. Rumah saya tak besar pun, tapi view-nya sangat mewah dengan keindahan alam ciptaan Allah,” ujarnya penuh kesyukuran.
Satu Inspirasi Buat Pencinta Alam
Tidak dapat disangkal, kediaman unik ini bukan sahaja memberikan ketenangan kepada pemiliknya tetapi turut menjadi inspirasi buat mereka yang mengimpikan kehidupan yang lebih dekat dengan alam.
Bonda Rozita Ibrahim membuktikan bahawa kediaman impian bukan hanya mengenai kemewahan material, tetapi juga nilai kedamaian dan kepuasan jiwa.
Foto: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Baca Lagi: Yatie Kamarzaman (Sendayu Tinggi) Kongsi Tip Bina Rumah Atas Tanah ‘Kosong’
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
12 Tahun Duduk Kondo, Pelakon NABILA HUDA Selamat Berpindah Rumah ‘Landed’

Isi Kandungan
ToggleAlhamdulillah, selepas 12 tahun menetap di kediaman jenis kondominium, pelakon Nabila Huda atau nama panggilan Abil akhirnya selamat berpindah ke rumah teres yang tidak jauh dari perumahan lamanya.
Abil, 39, berkata dia tidak pernah terbayang ingin menetap di rumah teres memandangkan sudah selesa dengan kemudahan asas yang ada di kondominium sebelum ini.
“Masih lagi tak percaya selepas 12 tahun tinggal kat condo, finally saya pindah to a landed house. Abil tak pernah imagine, berangan or ada niat nak duduk landed house pun. Maybe dah biasa and comfortable kat condo. I like small house je tak suka nak besar-besar. Condo paling simple and basic,” ujarnya.
Rumah Baru Menepati Citarasa
Abil berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram yang turut memaparkan dia sibuk mengangkut barang untuk berpindah rumah.
Jelas Abil lagi, hatinya tergerak untuk mencari rumah teres pada tahun lalu namun tidak meletakkan harapan tinggi.Dia bagaimanapun tidak menyangka menemui sebuah rumah yang sesuai dengan cita rasanya dan masih di kawasan yang sama dia tinggal sebelum ini.
“So last year tiba-tiba macam rasa, eh best jugak duduk rumah bawah tapi I nak area sini jugak. Kite tak cari sangat or mengharap tapi tiba-tiba ada rezeki pulak. Tapi tu rumah saya lah small but upgrade lah dari condo and old school but i love it!! Sebenarnya nak sangat yang 1 story je tapi takde pulak..” kata Abil.
Guna Perkhidmatan Memindah Barang
Dalam pada itu, Abil memberitahu dia kini sudah menetap di rumah teres berkenaan selepas mencari masa sesuai untuk memindahkan barang dari kediaman lama.
“Selepas itu nak pindah, ini paling parah dan leceh adalah nak bungkus semua. Dengan jadual saya memang tak ada peluang nak bernafas.Nasib baik saya dapatkan perkhidmatan memindah barang,”
“Diorang memang power gila, cepat, and semua tersusun dengan rapi. Memang dorang settlekan dari packing sampai lah hantar ke my new home. Thank you guys!!🥺❤️jelasnya.
Binaan Rumah Perumahan Lama
Untuk makluman, rumah yang menjadi pilihan oleh Nabila Huda merupakan rumah teres 2 tingkat lama yang diberi nafas baru. Sebelum ini, pelakon ini pernah kongsikan beberapa gambar dan video rumahnya ketika masih dalam fasa renovasi dan ubahsuai. Memang cantik!
Binaan perumahan lama tahun 70-80an, ada vibes retro dan vintage pada rekaan konsep kediaman. Untungnya bila beli rumah lama ni pelan lantai lebih kemas & mempunyai bukaan yang lebih luas! Malah istimewanya, Abil juga masih mengekalkan rekabentuk dan binaan asal pada kediaman ini.
IMPIANA: Alhamdulillah, tahniah buat pelakon Nabila Huda yang selamat berpindah ke rumah baru. Wah raya ni di rumah barulah iya, mesti lebih seronok.
Mesti Baca: Pantas, Mudah & Berbaloi, Urusan Pindah Barang Rumah Tak Lagi Menyusahkan
Baca Lagi Di Sini: Sekian Lama Menyewa Fokus Majukan Bisnes, HAFIZ MAHAMAD Akhirnya Pindah Rumah Sendiri
Artikel Menarik: 6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Meja Yang Mampu Mengubah Nasib Hidup Ruang Tamu Anda

Semua orang tahu, ruang tamu adalah seperti jantung bagi rumah kita. Tetapi kalini, saya akan menceritakan tentang apakah meja yang sesuai untuk membuatkan keadaan ruang tamu itu menjadi estetik.
Meja Kopi.
Mengapa saya kata meja kopi sesuai? Kerana meja kopi ini boleh di dekorasi dengan pelbagai furniture dan boleh juga menjadi tempat letak majalah atau pasu bunga walaupun pada asalnya meja kopi ini hanya tempat letak minuman yang panas.
Meja Ottoman.
Meja ini serupa sahaja dengan meja kopi tetapi fungsinya lebih banyak daripada meja kopi. Antara uniknya fungsi meja ini adalah ianya meja yang empuk, dan boleh dijadikan sebagai kerus jika tiada kerusi untuk duduk.
Nesting Table.
Meja Nesting Table ini, tersusun dari 2 sampai 3 meja yang ditumpuk bersamaan dan semua meja tersebut memiliki bentuk yang sama. Meja ini boleh digunakan jika kita hendak satu meja kecil tambahan. Maka, meja inilah yang sesuai dan mudah boleh kita ambil.
Console Table
Meja ini, berbeza sedikit dengan meja lain. Jika kita boleh lihat, meja ruang tamu yang lain, semuanya rendah sahaja. Tetapi, meja Console Table ini, ia lebih tinggi dan selalunya diletakkan di dinding atau belakang sofa. Console Table ini berfungsi untuk meletakkan hiasan-hiasan atau dekorasi untuk menaikkan lagi keserian ruang tamu anda.
Maka dengan ini, berakhir lah perkongsian saya tentang meja-meja yang sesuai untuk ruang tamu di rumah. Semoga anda dapat memilihnya dengan baik dan kesesuaian citarasa anda.
Sumber: ruparupa (https://www.ruparupa.com/blog/jenis-meja-ruang-tamu/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI