Mempunyai nilai estetika tersendiri dengan sentuhan ‘Industrial Chic’, memang menarik konsep kediaman milik penyanyi rock lagenda, Amy Search,66 ini.
Datuk Amy pernah kongsikan beberapa dekorasi dan ruang menarik di rumahnya.
Dekorasi kediaman dengan sentuhan konsep ‘Industrial chic’ yang menggabungkan elemen industri dan bergaya, seperti bata merah, aksen logam dan palet warna neutral.
Ruang Tamu Tingkat Bawah
Paling mencuri perhatian adalah pada bahagian ruang tamu bawah yang dijadikan bilik merokok ‘cigar room’ dan mini galeri yang menempatkan koleksi gambar-gambar istimewa ‘perjalanan’ sepanjang kerjaya bergelar penyanyi rock. Dekorasi ringkas, Sofa Chesterfield rona coklat dan pencahayaan lampu gantung yang tepat, menyerlahkan lagi ruang ini.
“Ubah suai di ruang tamu ground floor jadi mini galeri dn cigar room,” ujar Amy.
Gemar Bertukang & DIY
Jiwa seni penyanyi lagu Isabella ini juga terpahat dalam dekorasi rumah. Amy ternyata mempunyai minat dan suka bertukang, malah tak kekok melakukan kerja ‘renyah’ ini. Kebanyakan hasil kerja di rumah seperti mengecat, menggantung bingkai gambar dilakukan sendiri di rumah sewaktu masa lapang.
“Moving some of art work to the garage. Itu dua art work dari pelukis Jogja, Bambang Toko. #bambangtoko Dinding tu pun dah aku tukar color ke Salty Brine color of the year 2020. Smbil tu aku membongkar barang-barang sejarah yang boleh aku sangkut kat dinding tu. Esok pasang track lights dan wall lights dan auto garage door to be repaint dari black ke charcoal,”jelas Amy
“Undercoat sebelum cat warna charcoal. Macam ni kerja aku ari-ari, tapi aku happy buat kerja-kerja ni sendiri dari upah orang. Puas hati buat sendiri. Korang semua suka buat apa jer kat umah?,” kongsi Amy.
Dekorasi Bilik Pallet Kayu
Berkongsi pengalaman dekorasi rumah, Amy berkata dia pernah menghias bilik menggunakan pallet kayu pinewood, yang dijadikan ‘base’ lapik tilam. Malah mengimpikan bayangan suasana seperti rumah Alladin dengan mementingkan pencahayaan lampu ‘warm light’ supaya dapat mencetuskan suasana cosy dalam bilik.
“Ini lah konsep bilik aku pada tahun 2000. Sebenarnya aku dah guna pallet kayu ni masa zaman tu. Aku ingat lagi pegi Sungai Merab beli recycle pinewood pallet 2 ringgit jer masa tu. Pinjam kawan aku pickup truck.
Sebelum tukar ke konsep ini, semua putih dengan Terracotta Vast yang tinggi dengan white curtains. Bayangan aku ambience rumah Alladin . Dengan warm light sangat cozy suasana malam. Aku sangat tak suka guna lampu putih (day light) sebab perhiasan dan ambience semua nampak pucat dan flat. Itu lah bezanya guna warm light dan day light,” ujar Amy
Tanaman Hijau Pelengkap Kediaman
Isterinya, Datin Norhasniza Hassan pula gemar bercucuk tanam dengan pelbagai jenis pepohon menghijau bagi melengkapi suasana rumah. Baik dari lanskap laman hinggalah ‘indoor plant’. Minat menanam pelbagai tumbuhan hijau ini pula bermula sejak PKP yang lepas.
Pelbagai jenis tumbuhan ditanam seperti kaktus, monstera, heliconia, cekur batik, rosemary dan sebagainya.
Seronok melihat dekorasi rumah milik Amy Search ini, memang cukup artistik dan mempunyai citarasa tersendiri. Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi yang lain.
Mesti Baca: Casa NH Kediaman Baru Neelofa & Haris, Syukur Lalui Proses Bina Rumah Bersama
Baca Lagi Di Sini: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Artikel Menarik: Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI