Estetika ‘Detailing’ Ukiran Klasik Simple, Kediaman Semi D Inspirasi ‘French Minimalist’.
Kali pertama IMPIANA berkunjung ke kediaman Semi D berkeluasan 3,200kps yang terletak di Bukit Jelutong ini atas cadangan pereka hiasan dalamannya, Ritz Reka.
Saat kaki melangkah masuk ke ruang tamu, mata terus terpana dengan keindahan pada setiap perincian ukiran di sudut bingkai wainscoting rona putih yang dipasang pada dinding kediaman. Cukup estetik!
Ukiran ‘detailing’ yang tampak klasik namun cukup minimalist direka khas oleh pereka bagi memenuhi impian pemilik kediaman, Siti Norfarah Mohd Zainuddin yang inginkan konsep ‘French Minimalist’ pada kediaman 3 tingkat ini.
“Perkara pertama sebelum saya memilih rekaan konsep ‘French Minimalist’ ini kerana saya inginkan ada beberapa ‘corner’ di dalam rumah yang mempunyai rekaan ‘cornice’ (detailing klasik & minimalist) seperti ini,”
“Ritz Reka berjaya memenuhi permintaan dan merealisasikan impian untuk memiliki kediaman berkonsep ‘French Minimalist’ mengikut bajet dan harga yang berpatutan,” kongsi Farah yang ramah bercerita.
Pemilik juga amat menggemari rekaan bentuk ‘curve’ pada rekaan perabot dan kabinet di rumahnya. Ia dapat dilihat pada rak hiasan di dapur kering, rak hiasan di ruang keluarga, rekaan bucu perabot meja dan kerusi makan, meja konsol dan sebagainya.
“Dalam rumah ni kebanyakan perabot dan kabinet adalah rekaan ‘curve’ kerana saya memang inginkan ‘curve detailing’ pada dekorasi rumah,” jelas Farah.
Ads
Ruang Tamu & Ruang Makan Terbuka
Memiliki ruang tamu dan ruang makan berkonsep terbuka, memudahkan pemilik memaksimumkan lagi fungsi pada kedua-dua ruang ini. Ruang makan menempatkan meja makan dengan kemasan kayu nyatoh mampu memuatkan sehingga 8 orang. Bagi pemilik ruang makan dan ruang tamu merupakan ruang kegemaran mereka seisi keluarga meluangkan masa bersama-sama, makan sambil menonton TV.
Dapur kering dan dapur basah juga dipisahkan dengan pintu kecil. Dapur kering mempunyai Kaunter Pulau dengan kemasan ‘marble’ dan kabinet material kayu Nyatoh yang sering pemilik jadikan tempat persediaan sebelum memasak. Dapur basah pula menggunakan kemasan ‘Quartz Stone’ yang lebih tahan lasak dan mudah dijaga.
Mini Surau Tingkat Atas
Naik ke tingkat tiga kediaman ini, menempatkan bilik utama (master bedroom), 2 buah bilik anak-anak serta ‘living area’ yang dijadikan mini surau untuk aktiviti kerohanian keluarga.
“Ruang atas sekali, ada kawasan ‘family area’ yang kami jadikan mini surau. Di ruang ini, mudah untuk baca buku, mengaji dan solat berjemaah seisi keluarga,” ujar Farah.
Ads
Tingkat Bawah Pelbagai Fungsi
Turun ke tingkat yang paling bawah, menempatkan bilik anak yang bersebelahan dengan kolam renang berkeluasan 20’x5′. Disamping ruang keluarga, bilik laundry dan bilik pembantu rumah.
Menariknya ruang bawah ini juga dibina kabinet dan para khas bagi menyokong minat suami pemilik yang gemar berbasikal dan berjoging. Deretan basikal, helmet dan jersi baju sukan memenuhi ruang ini.
Ads
Bukan itu sahaja, pemilik juga memastikan setiap inci ruang di rumah ini praktikal dan dimaksimumkan fungsi sebaiknya. Laman yang ada dibina kolam renang untuk anak-anak dan dijadikan tempat keluarga berkumpul.
“Salah satu sebab kami bina ‘swimming pool’ kerana ingin memaksimumkan ruang di rumah ini. Saya tak nak terlalu banyak landskap. Ruang ini juga praktikal kerana anak-anak saya juga masih kecil dan anak-anak buah pun ramai, jadi ia menjadi tempat family berkumpul. Sambil tengok anak-anak mandi, boleh buat barbeque di sini,” terang Farah.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Siti Norfarah Mohd Zainuddin/ Sharuddin Ismail Usia Kediaman: 5 Bulan (Ogos 2024) Konsep : French Minimalist Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam Keluasan Kediaman: 3,200Kps (80’x40′) Anggaran Kos : RM550k Pereka Hiasan Dalaman: Ritz Reka Sdn Bhd
Jenis Kediaman: Semi D (3 tingkat) Spesifikasi Ruang:
(Ruang Tamu, Dapur Kering, Dapur Basah, 5+1 Bilik Tidur, 6 Bilik Air, 2 Family area, Balkoni, Kolam Renang)
Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.
Remaja kini semakin berani dalam mencuba apa sahaja. Identiti remaja juga kini menampakkan mereka lekas matang dalam usia muda. Bahkan pendedahan terhadap dekorasi atau imej ruang sebagaimana dipaparkan dalam rancangan televisyen sememangnya menyerlahkan satu daya pemikiran yang tajam dan kreatif. Disuntik pula dengan keberanian tuan punya kamar yang tidak gentar mencuba. Kelabu kini bukan bererti buruk atau lusuh. Tetapi satu identiti hebat dan menerangkan kelainan yang didambarkan oleh jiwa remaja yang sanggup dilihat berbeza. Tidak mahu dilihat sama dengan yang lain. Identiti kata mereka!
Kelabu dahulunya bukan warna yang dipandang orang. Apatah lagi dijadikan penyeri ruang. Malah kelabu menandakan satu rasa sedih dan menakutkan. Tidak siap , muram dan juga kematian. Namun segalanya bagaikan berubah tanggapan terhadap kelabu bertukar menjadi lebih positif dan menarik hati. Remaja kini lebih senang menggunakan rona ini. Tidak kira lelaki atau pun perempuan, ia tidak memihak kepada mana-mana jantina.
Kelabu boleh dikatakan sebagai warna neutral dingin. Bermakna ia boleh dilihat pada suasana dingin, air batu , awan mendung dan lain-lain perkara. Ia dikatakan neutral kerana tidak mewakili mana-mana warna lain. Cuma ia boleh disuai padankan dengan warna lain terutama jenis terang. Pun begitu kini kelabu dilihat warna yang mempunyai elemen aktif, sofistikated dan lambing kepada imej moden. Anda boleh memilih dari kelabu gelap membawa ke kelabu samar yang selalu digunakan pada imej klasik sezaman.
Jadi ia tidak mewakili mana-mana jantina tetapi satu ragam karakter yang mudah di suai padan dan nampak cantik lagi elegan. Remaja berjiwa moden pasti gemar rona ini dipadankan dengan elemen perabot sleek atau perabot ringkas namun menggunakan rekaan terkini. Selain rona putih, ramai yang telah mencuba untuk menyesuai padan dengan warna dingin lain seperti hijau merak , biru mahu pun kuning. Di samping itu, elemen besai tahan karat , putih asli dan berkilau juga sesuai disuai padan sebagai satu eksperimen . Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ramai di kalangan pasangan baru di sana tercari-cari idea untuk menghias kediaman sendiri. Maklumlah sudah bergelar pengantin baru, membina hidup baru dengan keazaman yang baru. Mencari kediaman baru biar sederhana namun cukup untuk berdua. Inilah masa bagi anda menanam impian,apakah konsep atau tata hias pilihan anda.
Mahal dan tidak mampu? Mengapa perlu terburu -buru. Rancang segalanya agar perbelanjaan anda terkawal dan kediaman anda dihias sedikit demi sedikit sehingga lengkap tanpa lari daripada perancangan asal. Jangan sedih jika kita bermula dengan cukup sederhana. sebuah kerusi dan meja kopi misalnya.
Usah takut bermain dengan rona taboo seperti hitam atau putih. Anda berhak menikmati apa yang anda rasa dan jika kotor, mudah anda membersihnya daripada tenggelam dalam warna yang kita sendiri tidak pasti bersih atau tidak. Jika tidak , kita juga boleh membaut kitar semula . Gunakan kreativiti anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Teruja IMPIANA menerima gambar kediaman Puan Siti Aishah dan Encik Muhamad Talhah ini, kediaman jenis teres berkeluasan 24×85 ini membuka mata yang mencintai konsep kediaman seperti ini.
Kata Puan Aishah konsep dan idea rumah ini adalah daripada beliau dan suami, ia sendiri melakar idea tersebut untuk setiap sudut dan telah berkongsi idea kepada pihak hiasan dalaman pilihan mereka iaitu ritzreka.ID. Tambah Puan Aishah, Pakar Hiasan Dalaman Eija Ahmad, banyak membantu dalam merealisasikan idea dan impian mereka sekeluarga untuk mendapatkan rumah idaman.
Konsep yang ringkas dan minimalis menjadi pilihan Puan Aishah dan suami, dan asalnya konsep scandinavian menjadi pilihan, terlalu banyak idea dan kombinasi akhirnya kediaman ini terhasil dengan penuh menawan. Tiada perasaan lain selain rasa berpuas hati dengan hasil sentuhan ini. menggunakan tiga warna dalam sentuhan membuat ruang dalam rumah ini nampak lebih berkesinambungan dalam tona yang sama.
Untuk makluman, walaupun pasangan ini telah mempunyai konsep dan idea tersendiri, mereka masih menggunakan ritzreka.ID kerana membantu dan bijak dalam menghasilkan idea terutamanya kabinet pasang siap dari segi rekaan dan kemasan. Setiap idea yang dilontarkan, dapat direalisasikan oleh pakar hiasan dalaman tersebut dengan mudah dan pantas walaupun agak sibuk untuk memantau kerja beliau, lebih lagi di musim PKP. Hasilnya cukup mengujakan.
Jom cuci mata lihat hasil sentuhan kediaman Puan Aishah dan suami.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.