EXCELDESIGN ENVIRO CONSULTANTS
Alamat : B-2-2, Block B,
Putra W alk, Jalan PP 25,
Seksyen 2, Bandar Putera Permai,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Contact :
LAr. NAZIR ABD SAMAD
ILAM No. 0400218
Tel : 03-89428478
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
A&R Associates
A&R ASSOCIATES
Alamat : 20-2, Jalan Dinar D U3/D, Taman Subang Perdana,
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No.Tel : 014-6399049
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasu ‘Oversize’ Serikan Laman Yang Hambar
Landskap dan taman bukan sekeping lukisan yang boleh dilakarkan di atas kanvas, ia adalah ruang tiga dimensi yang sentiasa berubah dan boleh mewujudkan pelbagai emosi serta imej tersendiri. Elemen yang dirasakan tidak menarik perhatian bagi sesetengah orang, mungkin memberikan keterujaan dan membangkitkan emosi kepada yang lain. Oleh sebab ini juga, container atau pasu mampu memainkan peranan menjadi titik fokal dan menyuntik impak segera visual taman.
Adakah container perlu disertakan tanaman untuk menarik perhatian dan berfungsi sebagai titik tumpu? Jawapannya adalah tidak. Sebagaimana arca atau pokok unik yang mampu menarik pandangan, container juga mampu menjadi titik tumpu, malah mungkin lebih efektif. Ayuh kita berfikir di luar kotak untuk mempertimbangkan penggunaan dan tarikan yang boleh dicetuskan oleh elemen ‘bersendirian’ ini.
Jika anda perhatikan kebanyakan elemen yang dipaparkan tidak disertakan tanaman di dalamnya. Tanpa jambangan tanaman yang ketara dan boleh mengalih perhatian, pasu atau tempayan ini memberikan peluang kepada pemerhati, contohnya pembaca untuk memandangnya sebagai sebuah hasil seni. Tindak balas ini tidak hanya terhad kepada bentuk monumen container, objek kecil dan unik juga dapat menarik perhatian.
Rekaan pasu yang cantik dengan saiz yang mampu membuatkan ramai teruja dengan keindah laman dengan pasu yang menawan. Ia akan menjadi satu main point dalam sudut laman anda.
Jika anda bijak mencari pasu yang cantik dan besar ini, pasti akan dapat dengan harga yang murah dan lebih menarik. Kena rajin berjalan kalau nak dapat barang murah dan berkualiti.
Pasu ini adalah salah satu elemen penting dalam sesebuah laman. Tanpa hiasan ini di laman anda akan kelihatan hambar. Kadang kala pasu yang besar ini tidak semestinya digayakan dengan pokok di dalamny. Anda hanya mampu membiarkan sahaja tanpa perlu menambah dengan hiasan lain.
Artikel Berkaitan:10 Perkara Menyebabkan Pembaziran Air Di Laman Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Perlukan Inspirasi Untuk Dekorasi Rumah Bujang Anda? Ini Panduannya
Terdapat kegembiraan yang luar biasa dalam mencipta sebuah ruang yang cantik dan selesa di rumah bujang.
Dengan menggabungkan gaya, warna dan elemen-elemen hiasan yang sesuai, setiap ruangan dapat diubah menjadi tempat yang memancarkan keunikan dan keperibadian.
Bagi sesiapa yang mencari inspirasi untuk menghias rumah bujang dengan indah, terdapat banyak cara untuk menghiasi setiap sudut ruang agar menjadi tempat yang menyenangkan dan memikat.
Untuk hiasan rumah bujang yang cantik, anda boleh memilih tema atau gaya tertentu yang mencerminkan personaliti dan minat anda. Berikut adalah beberapa cadangan:
- Pilih tema atau gaya: Anda boleh memilih antara gaya moden, klasik, minimalis atau tema yang lebih spesifik seperti scadinavian atau vintage.
- Warna-warna yang sesuai: Pilihlah warna-warna yang seiring dan mencipta suasana yang selesa dan menenangkan. Warna-warna lembut seperti putih, krim, biru lembut atau kelabu pastel sering menjadi pilihan yang baik.
- Perabot dan hiasan dalaman: Pilih perabot yang sesuai dengan tema yang anda pilih. Misalnya, jika anda memilih gaya moden, pilihlah perabot dengan garis yang bersih dan ringan. Selain itu, tambahkan hiasan seperti lampu gantung, tirai atau bantal sofa untuk menambah keselesaan dan kehangatan.
- Hiasan dinding: Anda boleh menambahkan hiasan dinding seperti lukisan, foto atau papan tanda dinding yang mencerminkan minat dan personaliti anda. Hiasan dinding juga boleh memberikan sentuhan visual yang menarik kepada ruang tamu anda.
- Tanaman hiasan: Tanaman hiasan boleh menambahkan unsur kehidupan dan kehijauan kepada rumah anda. Pilihlah tanaman yang mudah dijaga seperti kaktus untuk hiasan dalaman yang menarik.
- Susun atur yang kemas: Pastikan rumah anda sentiasa kemas dan teratur. Gunakan penyimpanan yang praktikal seperti rak, kotak penyimpanan atau peti untuk menyusun barang-barang anda dengan baik.
Dengan menggabungkan elemen-elemen ini dengan bijak, anda boleh mencipta hiasan rumah bujang yang cantik dan menarik. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI