Penggunaan sarung cadar katil bukan lagi satu benda yang asing dan sudah menjadi keperluan utama bagi anda yang ingin mendapatkan tidur yang berkualiti serta selesa.
Ada pelbagai jenis bahan digunakan untuk menghasilkan sarung cadar katil yang selesa dan berkualiti antaranya Kapas (Cotton), Linen, Poliester dan banyak lagi.
Jadi, jom kita kenali dengan lebih dekat fungsi dan kelebihan setiap bahan yang digunakan untuk dijadikan sebagai fabrik sarung cadar katil anda.
Kapas (Cotton)
Kapas adalah satu bahan semula jadi yang paling popular dan sering digunakan untuk menghasilkan fabrik sarung cadar katil.
Ini kerana sifatnya yang amat lembut sentiasa menjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, sifat kapas ini juga akan semakin bertambah lembut dengan setiap kali cucian.
Malah, kapas juga memiliki keistimewaan fungsi untuk menyebarkan haba dan menyerap lembapan dengan baik.
Linen
Ads
Bagi bahan Linen pula, ia diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu tumbuhan flaks yang membuatkan fabrik ini antara paling tahan lasak.
Struktur permukaan Linen agak sedikit berbeza berbanding jenis fabrik yang lain. Ini kerana Linen memiliki permukaan yang licin dan berkilat.
Selain tahan lasak dan lama, fabrik yang diperbuat daripada Linen ini sememangnya kalis kotoran dan sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ada anak kecil khususnya.
Poliester
Ads
Fabrik sarung cadar katil jenis Polister pula adalah bahan yang diperbuat daripada campuran sintetik.
Tetapi anda jangan risau, meski ia tidak dihasilkan daripada bahan semula jadi Poliester masih tetap selamat untuk diguna pakai.
Selain itu, fabrik jenis Poliester ini mudah dijaga, tidak mudah berkedut dan juga kalis kotoran. Malah, warnanya juga akan kekal terang selepas beberapa kali cucian.
Sekiranya anda mahu mendapatkan sarung cadar katil yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Ads
Atau anda juga boleh membeli jenis sarung cadar katil yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Selain itu, anda juga membeli sarung cadar katil dengan pelbagai rekaan corak yang menarik di Astro Go Shop. Klik pautan di sini untuk pembelian.
*Jangan lupa untuk guna kod promo IMPGSP5 untuk dapatkan diskaun harga pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Orang selalu tanya “TAK RUGI KE DEKO RUMAH SEWA?”.. Dan saya selalu jawab, TAK. Rumah ni tempat saya dan pasangan bina ‘keluarga’. Rumah yang saya perlu lihat setiap hari. Rumah yang suami pulang kerja untuk berehat. Dan rumah tempat anak-anak membesar dan belajar.
Tak perlu la semangat sangat sampai nak pasang wardrobe ke pasang kitchen cabinet ke kan . Cukup sekadar bagi ada Rupa. Tukar tikar getah sedap mata memandang. Cat dinding mane dah tak helok Rupa. Tukar Kipas baru (All ni dapat nego dengan tuan rumah Tolak duit sewa. Janji kita jaga rumah dia)
Warna Cat : Sedia ada dari tuan rumah
Bench kayu : Handmade
Pokok Hidup : Range RM5-RM7 je kat nursery
Sofa Biru : Joy Design Studio
Karpet Bulus : Carpet Prima Sdn Bhd
Pokok Palsu : Abylla Home Decor
Tikar Getah : AlAqsa Carpets
Tidak semua rumah jenis apartment serta kondominium dan townhouse mempunyai balkoni. Ia selalunya ditukar ganti dengan tempat duduk tingkap. Jika bulan lepas IMPIANA sudah tunjukkan cara untuk mendeko balkoni kediaman anda, kali ini biar kami tunjukkan apa yang anda boleh buat dengan tempat duduk tingkap atau Bay Window.
Untuk permulaan, style ini telah diaplikasikan sejak sekian lamanya dan pada hari ini ianya dikenali sebagai idea hiasan bertemakan konsep Classic. Selalunya ruangan ini dijadikan tempat untuk mencari ilham di siang hari berikutan cahaya semulajadi yang masuk melalui tingkap.
Jadikan Ianya sebagai salah satu komponen ruang makan yang besar
Anda boleh jadikannya sebagai tempat duduk tambahan bagi meja makan. Idea ini amat sesuai jika anda mempunyai keluarga yang besar dan suka makan beramai-ramai. Jika tidak muat makan di atas meja, anda boleh duduk di tepi tingkap tetapi harus berjaga-jaga, jangan sampai makanan tumpah dari pinggan sebab anda tidak mempunyai meja cuma tangan sebagai alas.
Gabungkan tempat duduk tingkap dengan meja kopi kecil
Satu idea yang paling mudah untuk dilaksanakan adalah dengan memadankan meja kopi di sebelah tempat duduk tingkap dan ditambah dengan meja kusyen atau mini stool. Idea ini ingin memastikan anda menikmati sarapan serta evening coffee yang nyaman serta memberikan anda pengalaman seperti sedang menikmati secangkir kopi di restoran. Jika pemandangan luar sayup mata memandang, jangan lupa panjatkan syukur kepada yang Maha Esa.
Suai padan dengan perabot tambahan lain
Sama seperti balkoni, ianya terletak bukan sahaja di sebelah ruang tamu, di bilik tidur utama juga terdapat ruang lebihan yang mana jika kita upgrade, ianya akan menjadi tempat duduk tingkap yang kreatif. Suai padannya tidak terhad dengan tambahan perabot seperti kerusi dan meja sahaja kerana anda boleh pelbagaikan reka letak dengan tambahan seperti rak buku, ruang simpanan dan juga katil.
Meja Kerja Di Rumah
Kalau anda tidak mahu jadikannya sebagai tempat duduk, anda boleh tukar peranannya menjadi tempat meja kerja. Ianya amat sesuai dengan mereka yang menjalankan perniagaan atas talian serta pekerja sambilan pelbagai perkhidmatan. Motivasi anda untuk menyampaikan hasil kerja yang mantap lebih tinggi jika pemandangan luar tingkap anda menakjubkan pandangan mata.
Tidak terhad hanya dalam rumah
Jika anda merupakan pemilik kediaman rumah atas tanah seperti, Semi-D, teres setingkat, banglo dan townhouse aras bawah, anda boleh jadikan tingkap di sebelah pintu masuk utama sebagai tempat duduk tingkap bukan di bahagian dalam, tetapi bahagian luar. Idea ini akan menjadi meja minibar kecil yang mana ianya memudahkan tetamu anda untuk menikmati minum petang di bahagian luar rumah. TETAPI harus diingat, pastikan keselamatan tingkap anda mantap untuk mengekang kemasukan pencuri.
Tempat istirehat
Akhir sekali, anda boleh jadikannya ruangan tingkap ini sebagai tempat anda beristirehat bersama yang tersayang. Ianya bergantung kepada saiz yang anda miliki, jika besar, jadikan ianya muat untuk 2 orang atau lebih, jika tidak cukup untuk anda seorang menjamu mata pemandangan indah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sejak dua tiga hari ni bising di sosial media mengenai set pinggan mangkuk antik tahun 90-an kini bernilai RM24,000. Huru hara dibuatnya kakak-kakak, makcik-makcik yang ada koleksi ini, semua dikeluarkan hendak menjual koleksi antik mereka ini.
Tular di laman Facebook mengenai harga pasaran pinggan mangkuk antik berjenama Corningware Vintage di portal jualan atas talian yang mencecah sehingga RM 24,000!
Terbaharu, pemilik akaun Facebook bernama Hazwani, tidak menyangka harga jualan semula atau terkini set pinggan mangkuk tahun 1990-an yang dibeli dengan harga RM 200 itu kini sangat tinggi nilainya.
Hazwani yang merupakan pengumpul tegar koleksi pinggan mangkuk seramik berkata, beliau terkejut selepas melihat harga di aplikasi e-Bay dan Lazada yang mencecah antara RM5,000 hingga RM24,000.
Sumber berita ini tular membuatkan peminat koleksi pinggan antik ini tersenyum lebar melihat koleksi mereka. Tetapi saya percaya masih ada yang enggan menjualnya kerana mungkin set koleksi tersebut adalah set turun temurun daripada ibu mereka.
Apa kata anda? Nak jual ke tidak.
Sumber: LAZADA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.