Ramai yang tidak tahu akan fakta menarik tentang Pintasan Saloma ini. Bandaraya Kuala Lumpur hari ini mempunyai satu simbol ikonik yang menjadi tarikan baharu masyarakat setempat serta pelancong luar negara iaitu jambatan laluan pejalan kaki bertingkat yang dikenali dengan nama Pintasan Saloma. Jambatan tersebut menghubungkan Kampung Baru ke Jalan Saloma yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Berikut adalah fakta yang menarik mengenai mercu tanda baharu di ibu kota itu.
1. Pintasan Saloma merupakan projek Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) yang dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.
2. Jambatan laluan pejalan kaki ini telah dibuka kepada orang awam pada 5 Februari 2020 pada pukul 2.30 petang.
3. Pengguna dapat memendekkan masa perjalanan dari Kampung Baru ke KLCC atau sebaliknya dalam masa tujuh hingga 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.
Ads
4. Panjang keseluruhan laluan Pintasan Saloma ini ialah 370 meter termasuk 69 meter panjang laluan pejalan kaki berbumbung dan kelebaran 4 meter yang menelan kos sebanyak RM31 juta.
5. Reka bentuk yang unik diinspirasikan dari tradisi sirih junjung iaitu seni gubahan adat Melayu.
Ads
6. Ketinggian jejantas ini bersamaan dengan empat tingkat bangunan serta dilengkapi dengan sistem CCTV dan kawalan pengawal keselamatan.
7. Laluan pejalan kaki ini turut lengkap dihiasi sistem pencahayaan LED bertukar aneka warna pada setiap masa yang akan menonjolkan keunikan jambatan ini pada waktu malam.
8. Pengguna atau pelancong berpeluang mengambil gambar berlatarkan pemandangan KLCC di dua ruang khas bergambar yang disediakan.
Ads
9. Pintasan Saloma ini dapat menampung kira-kira 200 orang dalam satu masa dan waktu operasi jejantas mengikut waktu operasi tren LRT. Dijangka tidak dibuka 24 jam untuk mengurangkan masalah vandalisme.
10. Pihak PKB juga turut menyediakan laluan khas berbasikal untuk penunggang menolak basikal melintasi jejantas.
Acara Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall, pada Ahad lalu.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari penyanyi Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi. Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Akibat tindakan memasang sembilan penghawa dingin di kediamannya, seorang lelaki yang menetap di Singapura terpaksa membayar bil elektrik sebanyak 10,300 dolar Singapura (RM32,900) sebulan.
Memetik sumber Utusan Online, penghuni rumah berkenaan mengakui kepada wartawan dia sememangnya telah memasang kesemua penghawa dingin dengan ketinggian suhu 18 Celcius di kediamannya setiap hari.
Gambar
Jelasnya lagi, tindakan itu dilakukan bagi menikmati suasana yang lebih selesa semasa musim panas. Selain itu, penghuni yang dikenali Huang, 63 memberitahu dia terpaksa berbuat demikian oleh kerana dirinya menghidap penyakit kanser hati dan suhu sejuk membantu meningkatkan imunitinya.
Ekoran tindakan lelaki berkenaan juga telah menyebabkan beberapa jiran sekeliling di kediamannya mengalami masalah pemeluwapan lantas menimbulkan banyak aduan penduduk setempat.
Setelah pihak pengurusan menerima banyak aduan mengenai tindakan lelaki itu, akhirnya Huang diarahkan berpindah keluar daripada kediamannya sejak minggu lalu.
SEORANG jiran terpaksa mencuci lantai tiga kali sehari akibat kesan pemeluwapan yang berlaku di rumahnya.-AGENSI
Sumber: Utusan Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Satu lagi sentuhan segar yang ringkas dan bersesuaian dengan konsep yang hendak diserlahkan.Material yang jelas dengan tata atur yang menarik menjadikan cover ini lebih straight foward. Menggunakan warna yang lebih segar dan corak polos.
Ini sememangnya serasi dengan idea ruang kediaman yang kecil dan cita rasa Scandinavian yang mementingkan minimalism. Penambahan pokok dan tumbuhan renek menyejukkan pandangan dan member nilai kehidupan agar tata letak cover ini tidak terlalu kejung dan membosankan. Fokus mata dihalakan pada kemasan dinding yang membantuk garisan halus yang menarik dan menyerlahkan lagi seri perabot. Satu keseimbangan dalam sentuhan ringkas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.