Khabar berita gembira buat semua pencinta siri kartun animasi popular di Jepun, Doraemon kerana kedai serbaneka terkemuka, FamilyMart kini telah melancarkan kempen istimewa bersempena siri kartun animasi berkenaan.
Untuk pengetahuan anda, kempen yang bertemakan siri kartun animasi tersebut telah mula dilancarkan secara rasmi oleh FamilyMart bermula 20 Julai lalu sehingga 6 September depan.
Ada pelbagai tawaran dan promosi menarik yang disediakan sepanjang tempoh kempen berkenaan dijalankan antaranya anda berpeluang untuk menerima hadiah pelitup muka edisi terhad Doraemon. Menarik bukan?
Sekiranya anda ingin mendapat hadiah tersebut, anda cuma perlu melakukan tiga langkah mudah ini dengan memuat naik aplikasi FamilyMart kemudian mengumpul sebanyak 10 cop dan tebus! Dengan setiap pembelian bernilai RM15 dan keatas, anda akan berpeluang untuk menerima satu cop, jadi cepat-cepat kumpul sekarang sebelum ianya kehabisan stok.
Menariknya lagi, anda juga berpeluang untuk menikmati menu kuih kegemaraan Doraemon iaitu Dorayaki yang semestinya enak dan lazat. Yummy!
Ads
Terdapat dua jenis pilihan perasa iaitu keju dan coklat mentega kacang.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menikmati ais krim kon berperisa Mediterranean Sea Salt edisi terhad. Tengok gambar sahaja pun dah terliur dibuatnya kan?!
Ads
Jadi tunggu apa lagi, segera pergi ke mana-mana cawangan FamilyMart di seluruh negara untuk mendapatkan promosi istimewa edisi kartun Doraemon ini. Jangan lepaskan peluang menarik ini!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Seperti yang dinanti-nantikan ramai, fasa kedua pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya akhirnya bakal dibuka secara rasmi bermula 25 Ogos ini.
Bermula Khamis ini, pusat membeli berkenaan bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai setelah ia siap dibina sekitar pertengahan bulan Ogos.
Dengan pembukaan fasa kedua ini akan menempatkan kedudukan IOI City Mall, Putrajaya sebagai pusat membeli-belah yang terbesar Malaysia yang sebelum ini disandang oleh pusat membeli-belah 1 Utama yang terletak di Bandar Utama.
Jadi, sudah pasti ada di kalangan anda yang tidak sabar untuk menantikan pembukaan rasmi fasa kedua pusat membeli-belah IOI City Mall ini bukan?
Mesti ada juga di kalangan anda ingin mengetahui apa yang menarik dan ada di dalam pusat membeli-belah ini, betul tak? Sama-sama kita nantikan pada Khamis ini dan diharapkan tidak ada yang akan tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Maklumlah, kadang-kadang ada juga yang dikalangan anda yang tersesat ketika mengunjungi pusat membeli-belah 1 Utama oleh dek kerana saiz keluasannya yang terlampau besar, betul tak? Jadi tidak mustahil jika anda juga berkemungkinan boleh tersesat ketika mengunjungi IOI City Mall ini.
Sumber: Facebook Rizal Hakim, Punyer
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Berbudi pada tanah banyak manfaatnya. Berhadapan risiko kelaparan yang semakin meningkat di Gaza telah mendorong petani muda berpengalaman, Yousuf Abu Rabea, melakukan inisiatif untuk memulakan ladang di atas bumbung sambil mempersiapkan tanah pertanian yang rosak akibat perang.
“Sayur-sayuran, buah-buahan, daging, malah makanan dalam tin yang biasa kami terima sebagai bantuan kemanusiaan sudah habis,” kata lelaki berusia 24 tahun dari Beit Lahia di utara Gaza kepada Xinhua.
Usahanya dianggap berisiko tinggi kerana serangan udara yang tidak dijangka, kemarau, dan kekurangan baja akibat sekatan ketat Israel mengancam untuk memusnahkan segala usaha untuk menghasilkan sayur-sayuran bagi memberi makan kepada jiran-jiran yang kelaparan.
Rakyat Palestin yang terpaksa berpindah akibat konflik yang berterusan telah terbiasa hidup di bawah garis kemiskinan.
Elak Kelaparan
Titik tolak bagi Yousuf untuk meneruskan pertanian adalah apabila mengetahui bahawa tiga jirannya meninggal dunia akibat kelaparan.
Bimbang bahawa keluarganya juga akan menghadapi nasib yang sama, Yousuf mula membersihkan bumbung untuk mencipta petak pertama tanaman sebaik sahaja tentera Israel membenarkan dia dan penduduk lain yang berpindah kembali ke bandar mereka.
Tanah suai tani sama ada musnah dalam serangan atau diduduki oleh khemah yang menempatkan orang yang terpaksa berpindah. Sebanyak 63 peratus ladang tanaman tetap di Gaza telah rosak, menurut statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Julai.
Lebih buruk lagi, wilayah pantai yang terkepung itu mengalami kekurangan air. Kira-kira 67 peratus kemudahan air dan sanitasi telah dimusnahkan atau rosak akibat aktiviti berkaitan konflik, menurut statistik PBB pada bulan Jun.
Benih Tanaman Mudah Tumbuh
Malah, benih yang boleh digunakan juga sukar didapati. Yousuf berkata dia menjelajah tanah yang ditinggalkan dan berjaya “mengumpul benih lada hijau, terung, selada air, dan tanaman lain yang cepat dan mudah tumbuh.”
Yousuf dan abangnya kemudian mengeringkan benih selama dua hari sebelum menanam semula. Kumpulan pertama anak benih sayuran mereka berjaya dan menggalakkan orang lain untuk menyertai dan memperluaskan skala kebun mereka.
“Kami kini sedang bersiap sedia untuk menanam beberapa sayuran musim panas untuk memastikan bekalan minimum produk pertanian untuk orang kami,” katanya.
Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza sejak 7 Oktober 2023. Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel yang berterusan di Gaza meningkat kepada 38,983, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Ahad.
Malnutrisi Penduduk Gaza Meningkat
Dua juta orang, hampir keseluruhan penduduk Gaza, mengalami tahap ketakjaminan makanan yang kritikal dan malnutrisi semakin meningkat, kata Program Makanan Sedunia (WFP) di platform media sosial X pada akhir Jun.
“Penduduk Gaza tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk terus hidup. Ramai daripada mereka tidur dalam keadaan lapar, hanya mendapat satu hidangan sehari jika mereka bernasib baik.
Kebuluran bukan sekadar mengenai makanan. Orang ramai memerlukan nutrisi. Mereka memerlukan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka memerlukan air bersih, dan mereka memerlukan tempat perlindungan,” kata WFP.
Walaupun jika perang berakhir dengan segera, Yousuf berkata: “Kami tidak akan dapat kembali kepada kehidupan normal kami dengan cepat.”
Daripada duduk diam dan menunggu sumbangan tiba, bertani adalah seperti satu lagi usaha, menurut petani muda ini.
Kini dia menggalakkan petani lain untuk mengusahakan tanah mereka walaupun perang berterusan. “Ia akan berakhir lambat laun, jadi kami perlu bersiap sedia untuk hari itu,” katanya.
IMPIANA: Tahniah atas inisisatif petani muda ini memulakan tanaman sayur-sayuran ini, meskipun bukan mudah dalam situasi perang namun tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan. Terbaik.
Baru-baru ini, tular di laman media sosial apabila seorang individu meluahkan rasa kesal berhubung tindakan penyewa rumah di kediamannya yang sudah tiga bulan tidak membayar sewa.
Tambahan pula, menerusi perkongsian pemilik rumah tersebut turut memaparkan beberapa keping foto tangkap layar bersama penyewa berkenaan yang dilihat telah menggunakan ayat-ayat berunsur keagamaan bagi menegakkan hak sebagai penyewa rumah.
Lantas, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dan reaksi pelbagai daripada orang ramai.
Dalam pada itu, pakar kewangan dan hartanah, Encik Azizul Azli Ahmad menerusi akaun media sosial Facebook miliknya ada memberikan pendapat berhubung perkara tersebut.
Selain menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh penyewa berkenaan adalah sangat tidak wajar, pakar kewangan itu menasihati kepada semua pemilik rumah untuk semak semula surat perjanjian antara penyewa dan pemilik kediaman.
Jika jelas penyewa telah melanggar perjanjian, pemilik rumah disarankan untuk memberi notis kepada penyewa untuk keluar daripada kediaman tersebut dengan segera.
HUJAH AGAMA TAK BAYAR SEWA?
1. Tuan rumah juga ada hak sebagai tuan rumah. Jangan persoalkan hak orang lain.
2. Jangan guna agama untuk justifikasi kesalahan kita. Tak bayar sewa juga menzalimi tuan rumah.
3. Semak perjanjian kediaman, jika jelas langgar perjanjian. Bagi notis minta keluar sahaja.
Tin kalau kuat bunyi biasanya tin kosong saja nie. Pandai cakap belum tentu bijak laksana.
Sumber: Facebook Azizul Azli Ahmad
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.