Karakter Superhero Kalau Kena Gayanya Mampu Jadikan Kediaman Anda Tampil Lebih Ohsem

Share

 

Bagaikan satu kejutan, fantasi kisah adi wira atau kisah jejaka penggoda dalam komik terkenal dunia dilampiaskan pada dekorasi kediaman pula. Umpama budaya pop yang semakin rancak berputar daru dunia komik ke layar lebar. Kini meneroka pula dunia dekorasi buat tuan rumah yang menghargai seni dan juga fantasi.

Kegilaan dekorasi seumpama ini sebenarnya agak lama berputik sekitar era 90an lagi. Kebebasan pereka menghasilkan perabot di loar kotak sememangnya menjadi satu berita baik buat penggemarnya . Apatah lagi mereka yang mahukan sesuatu yang berbeza. Bagi anak bujang misalnya atau pejabat seni reka, ilham ini merupakan satu identiti yang cukup berani.
Jika dahulu pop art banyak diadaptasi pada perabot moden yang ringkas. Hanya menyerlahkan hasil karya pereka dan warna-warna terang inilah yang memberi perisa kepada tata hias ruang. Kini tidak lagi kerana ada juga yang mula berani menerjah dekorasi klasik. Berbalas dengan kemasan lembut seumpama ini ibarat sebuah karya luar biasa dan ada yang mengatakan ia kerja gila. Ibarat pertembungan antara baru dan lama dalam selera seni yang mencabar diri, lari daripada kebiasaannya. Jadi perabot klasik lama ibu anda jangan dibuang. Baiki dan berikan nafas baru kerana ada di antara bingkai perabot lama ini sudah payah untuk kita jumpai malah tahan lama.

Karakternya terlalu kuat. Pilihlah antara ruang makan atau ruang tamu yang mahu dijamu dengan persembahan seumpama ini. Terlalu banyak juga buat kita sakit mata. Mana satu yang hendak dituju sedangkan ruang yang ada tidaklah seluas mana. Begitu tema dan karakternya.  Visual dan karakter adalah satu penceritaan. Jangan sampai tersasar ceritanya dan berkecamuk pula kita yang melihatnya. Kepada si anak bujang, ini adalah tema menarik untuk dicuba. Simple-simple je di IMPIANA.

Published by
Faizal Yunus