Hartanah

Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian

Share

Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian. Lumrah apabila anak semakin bertambah dan kewangan semakin stabil, pasangan suami isteri akan mencari kediaman yang lebih luas untuk keselesaan seisi keluarga. Fasa ini yang sedang dilalui oleh pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad,31.

Dalam perkongsian ringkas di Instagram baru-baru ini, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkongsi fasa baru dalam kehidupannya, iaitu perkembangan terkini rumah impian yang kini masih dalam proses pembinaan.

Memasuki fasa baru dalam kehidupan: Menyiapkan rumah hidup mati kami ♥️

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, ia merupakan kediaman jenis rumah banglo ‘subsale’ yang mempunyai laman yang cukup luas. Penggunaan bata merah untuk binaan rumah, merupakan pilihan yang tepat. Bata merah tidak menyerap bahang matahari, hasilnya rumah akan kurang terasa panas dan lebih sejuk.

Pilihan Nama Rumah

Selain itu, ibu kepada 2 orang cahaya mata ini juga ada bertanyakan mengenai nama yang sesuai untuk diletakkan pada rumah impiannya dengan perkataan ‘King’ atau Raja menjadi keutamaan.

What should we name our house? 😛

King’s Landing, House of Kings, King Casa

Ramai yang teruja dengan perkembangan rumah baru Uyaina ini.Malah ada yang juga tidak sabar untuk menantikan ia siap serta konsep dekorasi rumah yang menjadi pilihan.

Terdahulu, Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021. Pasangan bahagia ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Raja Urhan,2 dan Raja Urayyan,2 bulan.

IMPIANA: Tahniah, Uyaina dan Raja Syahiran atas pembinaan rumah baru ini. Semoga segala proses pembinaan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan sebaiknya.Tak sabar nak lihat konsep dekorasi rumah bila dah siap nanti.

Baca Lagi Di Sini: Bilik Berpantang UYAINA ARSHAD Serba Lengkap, Sederhana & Selesa!

Artikel Menarik:Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak

Mesti Baca: Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri 

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Uyaina Arshad

IKLAN