Feature Wall Rona Hijau Cantik, Serlahkan Dapur Kecil ‘Vibe Cafe’. Jika bijak memilih padanan warna yang sesuai, tak salah sebenarnya menggunakan warna terang pada dinding kediaman, berbanding menggunakan hanya warna-warna selamat seperti putih dan hitam.
Hasilnya interior ruang dapur kecil ini nampak lebih cantik dan menyerlah bagaikan berada di cafe!
Boleh cedok idea dapur kecil yang dikongsikan oleh Puan Wani Ziwani yang juga merupakan seorang Pereka Hiasan Dalaman ini sebagai rujukan.
Dapur kecil dan ringkas untuk gaya hidup sis yang ringkas dan sibuk jugak (Malas sebenarnya).
1. TILES
Siapa yang mata tak boleh tengok habuk dan comot-comot kat lantai sikit-sikit sis memang recomend pakai tiles bercorak macam ni. Memang tak nampak, kena zoom baru terkejut masyaAllah. Cepat-cepat ambik mop.
2. BACKSPLASH
Yang bizi bekerja tu cukup pasang tiles 1×2 saja.Lesss grouting less messy.Nak lap pun mudah kotoran tak banyak lekat dicelah-celah tiles tu.
Ads
3. WARNA KABINET
Warna putih tiada masalah ya tuan puan. Yang menentukan senang atau susah nak mantain adalah jenis material. Jika finishing spray paint putih (biasanya nyatoh) memang mantainancenya lebih sukar.Tahu sajalah catkan,nak lap pun tak berapa tanggal.Over sental,cat tu sendiri pulak tanggal.
Jadi untuk rumah anak ramai yang sekelip mata boleh jadi belacan ni Wani tetap nak putih tapi kita guna material ‘Solid plywood laminate glossy’.
Zasss dengan kain basah terus hilang.
Ads
4. FEATURE WALL
Wani buat satu sudut hijau ni saja buat feeling-feeling kafe vibe saja. I love colours nanti jemu juga semua sama je. Kod cat dinding hijau tu memang cantik warna ni tapi 3 layer tau cat baru betul-betul cantik.
Ads
Happy weekend!
Dari mak anak 7- 2 berbulu.
#rumahkembia
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika memiliki dapur dengan keluasan yang kecil, namun inginkan ‘vibes cafe’ boleh cedok idea yang dikongsikan ini. Cantik juga memilih rona terang sebagai ‘feature wall’ di kediaman.
Pernah tak anda dengar atau mengalami dapur kaca meletup? Rekaan dapur gas kini sudah terlalu moden dan bukan lagi klasik seperti rekaan dulu-dulu. Ada bermacam jenis dapur gas seperti stainless steel dan yang paling popular sekali adalah dapur gas kaca yang jenis built-in. Tarikan utama dapur jenis ini ianya nipis dan kelihatan bergaya, ramai surirumah yang memilih untuk menggunakannya. Memang tidak dapat dinafikan dapur jenis ini cantik tetapi hakikatnya ia agak berbahaya.
Terdapat beberapa insiden di mana dapur gas kaca meletup dan pecah berderai. Memang sayang bila beli dapur mahal-mahal dan pecah tetapi lagi sayang kalau keselamatan diri tergadai kan? Oleh itu, IMPIANA ingin berikan beberapa tips penjagaan dapur kaca dan kebanyakkan insiden yang berlaku adalah atas kecuaian diri sendiri. Hati-hati!
BAHAYA JIKA PERIUK TERLALU BERAT
Kena faham yang dapur gas sebegini tidak mampu untuk menampung berat yang melampau. Anda perlu mengelak daripada menggunakan periuk yang besar dan memasak sesuatu dengan kuantiti yang banyak dan berat. Jangan pakai lenjan je letak periuk yang berat-berat atasnya. Jenis dapur gas kaca ni selalunya dia ‘ ditanam’ dalam kabinet jadi mana boleh tampung berat yang melampau sangat.
JANGAN LAP DAPUR MENGGUNAKAN KAIN BASAH
Selepas aktiviti memasak, pasti terdapat sisa-sisa makanan yang tertumpah atas dapur. Bagi mereka yang menggunakan dapur gas kaca ini, jangan terus serta merta mengelap dapur anda selepas menggunakannya. Terutamanya jika anda menggunakan kain basah kerana ia amat berbahaya. Tunggu permukaan dapur gas sejuk terlebih dahulu barulah lap.
PASTIKAN ADA RUANG PADA BAHAGIAN BAWAH DAPUR
Perlu ketahui yang dapur kaca jenis ini ianya direka khas mengikut saiz kabinet agar terdapat ruang pengudaraan di bahagian bawahnya. Amatlah berbahaya jika anda letakkan di atas kabinet sebegitu sahaja tanpa ada ruang udara pada bahagian bawah dapur. Bahang panas memasak yang terkumpul dan ia boleh menyebabkan kaca retak kerana suhu yang panas.
JANGAN MASAK TERLALU LAMA
Jangan masak terlalu lama jika anda menggunakan dapur kaca. Dapur jenis ini mempunyai tahap limit penggunaanya. Apabila anda masak terlalu lama dapur akan menjadi over heat dan boleh menyebabkan ia meletup.
PASTIKAN DAPUR KACA BERKUALITI
Jika ingin membeli dapur kaca pastikan dahulu kualiti rekaannya dan diiktirafkan. Biar mahal asalkan keselamatan anda terjamin berbanding membeli yang murah dan tidak berkualiti, mampu membahayakan anda.
Peti sejuk adalah salah satu perkakas yang wajib ada di setiap kediaman. Sama ada di kawasan dapur atau ruang makan mahupun di dalam bilik tidur, peti sejuk yang berfungsi dengan baik merupakan nikmat bagi setiap pemilik. Alat ini dapat memastikan bahan masakan mentah sentiasa fresh dan tahan lama.
Ada pelbagai langkah nak buat peti sejuk nampak ceria dan kemas, teratur. Salah satunya ada dikongsi pada laman sosial saudara Rafiuddin Idris. Pemilik telah DIY sendiri dengan menggunakan bahan-bahan bajet yang mampu dibeli oleh semua orang. Mudah sahaja dan dapat jimat pulak tu!
Bahan yang diperlukan :
Pelekat cermin bercorak
Pisau atau Gunting
Kain bersih
Botol spray yang diisi air sabun
Langkah-langkahnya :
#1 Semburkan air sabun pada permukaan tray yang telah dibawa keluar dari peti sejuk
#2 Ambil pelekat cermin dan ukur mengikut saiz tray sebelum ditampal
#3 Lap permukaan tray yang telah ditampal pelekat menggunakan kain bersih
#4 Lakukan step yang sama pada kesemua tray dari peti sejuk anda
#5 Pasangkan semula tray pada tempat sepatutnya
DAH SIAP!
Selamat Mencuba semua!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terdapat pelbagai cara untuk menghias kediaman anda sama ada menyesuaikan susunan perabot dengan pelan ataupun memilih warna cat yang bertepatan dengan konsep rumah agar selesa dan nyaman didiami. Sudah tentunya setiap orang mempunyai citarasa dan kepentingan yang tersendiri dari segi rekabentuk perabot, konsep dan flow yang ingin ditonjolkan oleh kerana itu kita perlu pastikan betul betul yang mana paling sesuai untuk diterapkan pada kediaman masing-masing.
Seperti pemilik rumah pangsapuri 900 kaki persegi, Puan Norazurra Aziz yang memilih konsep minimalis untuk teratak kecilnya yang terletak di Batu Caves, Selangor. Rumah ini dilengkapi 3 bilik serta 2 bilik air dan ruang balkoni yang cukup untuk tuan rumah bergerak bebas tanpa berasa sempit dan sesak. Mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk dihias dengan sempurna dengan kos keseluruhan sebanyak RM50k, Puan Norazzura memilih untuk menggunakan bilangan perabot yang minima serta cat berwarna terang seperti putih agar ruang yang sempit kelihatan lebih luas dan lapang.
Dengan berbekalkan gambar-gambar hasil perkongsian tuan rumah, IMPIANA dapatlah meninjau-ninjau kediaman kecil yang cantik dan selesa ini.
Rak kasut warna putih diletakkan pada ruang sebelah pintu masuk utama memastikan kasut tidak berselerak dilantai luar.Terdapat juga meja kecil berserta dua kerusi untuk memudahkan tetamu memakai kasut. Meja juga dihiasi tumbuhan hijau agar kediaman tampak segar.Kedudukan rumah di ground floor memudahkan lagi pemilik menghias rumah dengn cantik dan tersusun
Cermin digantung pada dinding untuk memberi ilusi ruang yang lebih luas.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.