Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali dengan panggilan nama Feeya Iskandar yang sentiasa tampil ceria dengan celoteh menghiburkan.
Untuk episod seterusnya segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah.
Hasil tinjauan IMPIANA ke lokasi kediaman selebriti berkenaan ketika sesi rakaman dijalankan secara tidak langsung turut terpegun melihat keindahan kediaman yang dimiliki oleh Cik Piah.
Apabila diajukan soal mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Cik Piah memaklumkan bahawa dia dan suami telah kata sepakat memilih konsep Inggeris Moden untuk kediaman mereka.
Katanya lagi, manakala untuk idea dekorasi hiasan ruang dalaman rumah adalah sumber ilham daripada suami tercinta, Nurashid Wahab.
Apa yang menariknya lagi mengenai tentang kediaman Cik Piah ini, jumlah keseluruhan bagi kos pembinaan telah menelan belanja anggaran sebanyak RM400,000 sahaja.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Feeya Iskandar? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi 13 TIP Petunia Tak Putus Bunga Walau Dalam Musim Panas
Ramai yang suka tanam petunia. Tanaman ini antara yang wajib terutamanya bagi anda yang buat taman berkonsepkan English.. Bunganya yang pelbagai warna menjadikan laman anda bertambah ceria. Namun ramai yang beranggapan, tanaman ini hanya boleh hidup satu kali pusingan saja atau annual plant. Apabila bunga nya sudah habis. ia harus diganti dengan yang baru.
Sebenarnya ada rahsia atau tip untuk pastikan petunia hidup dan tahan lebih lama. Tip nya tidak lah susah menurut perkongsian seorang wanita di facebook nya yang diberi nama Sal Din. Nak tahu macam mana, jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh Sal Din.
Di Malaysia juga sebenarnya boleh dibuat landskap berbunga seperti yang terdapat di luar negara kalau kena caranya. Buktinya dibawah ini bagaimana bunga petunia boleh tahan dalam cuaca panas.
1. Petunia kalau nak letak di luar, elok diletak dalam pasu tembikar. Pasu itu sejuk sebab ada mineral.
2. Jika petunia layu, itu selalunya ada masalah dengan campuran tanah atau tanah sudah sikit disebabkan akar lebih.
3. Tips beli petunia ialah elakkan beli yang daunnya lebar, bunga lebar dan batang yang agak besar. Especially yang jenis berlapis memang tidak sesuai sangat letak di tengah panas dan mudah lecur apabila kena hujan. Cari yang bunganya sederhana saja, contoh macam saya punya itu, memang tahan lama. perasan tak daunnya macam tak nampak sangat, kecik saja.
4. Tanah pula, sebaiknya lepas beli patunia terus tukar pasu. Utamakan pasu tembikar agar pokok lebih segar. Instead of gantung, letak atas tempat tinggi, ia akan berjurai.
5. Lepas tukar pasu terus letak tempat tidak berbumbung biar tahan panas dan hujan.
6. Tanah pula guna campuran 2 tanah baja + 1 tanah merah bakar atau bukan tanah bakar pun boleh.
7. Letak baja organik siap-siap dalam pasu itu. Kemudian siram dan biarkan baja organik dan tanah itu bergabung. Tanah akan sentiasa subur.
8. Petunia perlukan penyiraman 2 kali sehari, awal pagi dan lewat petang.
9. Beli siap-siap baja foliar pink dan hijau, spray setiap minggu
10. Untuk bunga, lebihkan spray foliar pink, untuk daun foliar hijau.
11. Siapa yang ada bajet lebih sikit beli juga baja slow release Osmocote ini. Baja ini tahan 6 bulan dalam pasu. Saya campurkan sekali masa mula-mula tukar tanah. Ia baik untuk petunia dan pokok berbunga yang lain. Biasanya nursery yang jual petunia ada jual baja ini.
12. Kalau nak bunga petunia ini tahan lama, buang bahagian batang dan daun yang kelihatan lecur atau terlebih basah. JIka bahagian tersebut dibiarkan, ia akan melarat pada bahagian lain.
13. Kudup-kudup yang dah kuncup, basah dan layu itu kena buang juga. Jika tidak ia akan berkulat dan memberi ancaman kepada tanaman seperti jangkitan kulat terutamanya pada kudup baru dan batang.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ibu Ini Kongsi Kelengkapan Wajib Ada Dalam Peti Pertolongan Perubatan Untuk Anak
Aspek keselamatan di kediaman merupakan salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang. Seharusnya, perkara ini tidak patut dipandang enteng dan perlu diberi perhatian.
Berapa ramai antara kita yang mempunyai Peti Pertolongan Perubatan atau Medical Kit untuk kegunaan ketika kemalangan berlaku di rumah? Pasti ini antara perkara yang paling terakhir yang ada di fikiran untuk kediaman kerana bagi anda, jika sakit atau cedera, boleh terus ke klinik. Lebih mudah dan terjamin.
Tetapi tahukah anda, antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan seperti demam, batuk, cirit-birit atau gatal-gatal kulit. Jadi, bukankah lebih baik jika kita boleh bantu kurangkan kesesakan dan rawat sendiri penyakit yang tidak kritikal di rumah.
Lebih-lebih lagi untuk anak kecil yang mudah sakit dan sensitif. Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai ragam mereka. Dengan mempunyai medical kit ini dirumah, anda boleh menjimatkan masa dan masalah juga dapat diselesaikan dengan segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik dalam keadaan tidak selesa dan lama.
Oleh itu, kali ini melalui posting di akaun Facebook Puan Hani Mynis, Impiana senaraikan kelengkapan yang anda perlukan untuk medical kit anak-anak bagi kegunaan dimasa kecemasan.
PENGURUSAN KESIHATAN : MEDICAL KIT ANAK
Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas . Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.
Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita mmg kena usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut
Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.
So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya
Semoga bermanfaat
Masukkan semua dalam satu bekas. Semua hani sumbat dalam ni. Jika pergi berjalan jauh mmg wajib bawa.
Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam2 termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.
- untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak ? bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama
- sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu
- sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai
- beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa
- beli yang ada lampu bila tekan (even waktu malam kita tengok suhu nampaklah nombornya) – yang hani guna skrg takda feature tu ? tapi dah terbeli guna jelah hehe
- kalau boleh yang berbunyi amaran kalau suhu anak tinggi melebihi 37.5 (dah demam , low fever). Ataupun keluarkan cahaya amaran. Hani pernah pakai jenis ni sblm ni – terbaik)
Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha
Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.
Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious ?. Wajib ada.
Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.
Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit.
Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak)
Untuk beri anak makan ubat. Tiga2 volume hani adakan (10ml, 5 ml dan 3 ml)
Kat farmasi selalu ada jual dua jenis syringe. So nak beli syringe utk beri anak makan ubat kena ask for specific syringe ya: oral syringe ya. Yang jenis ni muncungnya tajam tanpa ada mcm screw lock kat muncungnya mcm yg lagi satu: hypodermic syringe tak silap namanya (Gambar kat komen). Guna oral syringe lebih mudah dan clean nak bersihkan pun senang.
Walaupun mcm2 jenama, hani rasa ini yang terbaik. Saya guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain.
Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya.
Kalau dia gatal2 miang2 kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.
Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sbb dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.
Nasal aspirator
Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.
Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic ?
Cara nak guna:
Sembur dulu hidung anak dengan nasal spray (sterimar) tu lepas tu baru sedut dengan nasal aspirator ni. Sekarang dah ada yg auto available kat pasaran hehe yang ni hani guna dah 3-4 tahun lepas masa aqil masih baby.
Calamine lotion
Ni second treatment lepas antibacterial powder tadi haha kalau dia gatal lagi hani try duli sapu calamine lotion ni before bawa ke klinik jmpa doktor. At least bagi sikit kelegaan kat dia sbb lotion ni sejuk lagi2 masa dia kena ruam panas dulu.
Ubat selsema
Ni hani dapat dari klinik. Simpan satu yg belum buka sebagai back up. Sekali dgn cawan dos dia tu. Hani selalu tulis tarikh bila dapat ubat ni kat bawah botol ni.
Aloe vera gel
Yang ni , magical! Haha selepas magic span, ni benda kedua yg hani rasa magic haha. Sbb banyak kegunaan dia.
- paling hani suka kegunaan dia ialah bila Aqil demam, hani sapukan gel ni kat tapak kaki dia, ketiak, pelipat peha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting kat ubun-ubun (dahi dia). Kesan dia cepat.
Sekejap je suhu dia dari 37.9 jadi 37.1 dan turun lagi. Hani ada dua saiz kat rumah. Yg besar dan kecil ni (khas utk travel) - kalau masak2 pastu tangan terkena kuali atau periuk panas , cepat2 hani sapu benda alah ni terus tak sakit. sejuk je rasa.
- kalau kulit tangan kering pun hani guna ni nak lembapkan sikit kulit tangan. Banyak lah lagi
Hani rasa setiap rumah wajib ada aloe vera gel ni. Hehe utk kecantikan pn hani guna. Seminggu sekali hani buat mask aloe vera guna gel ni. Best
Paracetemol suppositories
Penyelamat! Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.
Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg)
Mosquito repellent patch
Benda wajib ada lagi2 kalau bercuti di resort2, bercamping dan kalau balik kampung. Ini sejenis pelekat yg kita tampal je kat baju, dia keluarkan bau yg boleh repel nyamuk.
Berkesan bagi Aqil, utk org dewasa pn boleh letak kat baju dia
Kool fever
Selalu hani guna kalau keluar atau on the way nak ke klinik. Untuk maintain suhu rendah, hani letak kat dahi dan kalau dia ada tonsil hani tampal je kat leher. Cool down area situ supaya dia lega sikit (ini ada orang bagi petua kat hani kalau anak tonsilitis).
Haritu hani terbaca letak kat atas tulang punggung pun bagus juga utk cepatkan turun suhu. Hani try juga, ok juga
So kalau dia demam, sekali dua hani letak, kat dahi dan atas tulang punggung.
Hansaplast
Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak mmg kena adalah benda alah ni. Tetiba je main lari-lari lepas tu jatuh luka kat siku lah lutut lah
Aloclair spray untuk ulser
Hani mula mula dapat tahu kewujudan ni masa Aqil kena hfmd dulu. Ada yang suggest guna ni dan hani rasa berterima kasih siapa yang suggest ni hehe sebelum ni kalau ulser hani sapukan gel glycerin tapi habis digigitnya jari hani haha so ni pengganti gel glycerin utk legakan ulser dalam mulut.
Pengetip Kuku
Iv kids
Hani guna ni sejak dua tahun lepas bila hani dok cari minyak angin sesuai dan tak panas sngt untuk kembung perut Aqil. Tapi sbnrnya hani guna ni utk mcm2 haha utk spray kat mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia lepas mandi, sapu kat perut dia kalau dia sembelit. Saiz dia yg baru ni comel lagi mudahkan nak bawak ke mana dan muat dlm bekas kit aqil ni
Minyak Gamat
Normal saline
Untuk basuh luka sebelum hani tampal hansaplast kat luka tu.
Kalau takda ni kat rumah, option lain guna normal saline yg utk mata dan lens tu. Sama je boleh guna utk cuci luka sebelum tampal hansaplast
Untuk iv kids dan minyak gamat ni hani masuk dlm ziplock kecil baru masuk dlm bekas just takut dia tumpah.
Dan akhir sekali, Oral rehydration salt
p/s : terdapat sesetengah item yang mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanah bawah 2 tahun
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
{Makeover} Ambil Masa 2 Minggu Siapkan Ubahsuai, Hasilnya WOW!
Ubahsuai kediaman ini hanya memakan masa 2 minggu sahaja, hasilnya yang cukup mengujakan membuatkan ramai terpegun. Hanya dalam tempoh dua minggu sahaja, sebuah kediaman lama bertukar menjadi baru, tiada apa yang mustahil.
Kediaman 3 tingkat yang dibina sejak tahun 2000 ini sudah tidak lagi menarik dan berfungsi dengan baik sebelum tuan rumah membuat keputusan untuk mengubahsuai tingkat dua bangunan ini kepada sebuah apartmen moden dengan fasiliti yang lengkap.
Dengan ruang terhad yang ada pada pelan asal, arkitek perlu bijak dalam membentuk sebuah kediaman yang lengkap serba-serbi. Jadi, dengan persetujuan tuan rumah, balkoni kediaman ini telah ditukar menjadi sebuah ruang versatile yang menempatkan dapur kecil, ruang makan dan juga laundry area. Selain mempunyai pemandangan mengadap kejiranan yang nyaman, ruang ini juga mendapat simbahan cahaya semulajadi paling ideal.
Keseluruhan kediaman ini diserikan dengan warna putih serta rona hangat (warm) dari elemen kayu di lantai serta kemasan lain yang.
Bilik tidur utama yang bersambung terus dengan balkoni. Menggunakan sepenuhnya ruang sedia ada untuk penstoran disamping memberi keselesaan optimum kepada pemilik.
Tandas/bilik air juga diubahsuai sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman ini yang tampak lebih moden dan selesa.
Ubahsuai rumah yang telah didiami bukan lah satu perkara yang mudah kalau tiada perancangan. Jarang kali kita mendengar kerja renovasi mampu disiapkan dengan sempurna dalam masa 2 minggu.
Artikel Berikut: Bajet Sekitar RM60k Untuk Kediaman Moden 90 Meter Persegi
IMPIANA nak ajak anda join Peraduan Makeover BILIK AIR AWESOME yang bernilai RM10,000. Mana tahu rezeki anda.
Memenangi makeover bernilai RM10,000 untuk bilik air anda, tak nak ker? 🤩
Jom sertai peraduan `Makeover Bilik Air Awesome!’ bermula dari 18 November sehingga 17 Januari 2022 anjuran Impiana X Creative Lab.
#impiana
#bilikaircreativelab
#impianaxcreativelab
#ideaktiv
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI