Filter Aircond Sudah Dicuci Tapi Air Masih Lagi Menitik, Ini Cara Macam Mana Nak Atasi

Share

Filter aircond sudah dicuci tapi air masih lagi menitik, ini cara macam mana nak atasi. Tahukah anda bahawa antara faktor berlakunya masalah air menitik dari aircond meskipun filter sudah dicuci ialah masalah lubang takungan aircond tersumbat.

Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook, M Fakharudin berkongsi tip bagi mengatasi masalah ini. M Fakharudin berkongsi cara membuka/memasang aircond dan membersihkan lubang takungan yang tersumbat. Lubang takungan yang tersumbat inilah yang menyebabkan air menitik dari aircond.

PERALATAN:
– screwdriver
– tangga lipat

LANGKAH KESELAMATAN:
– matikan suis aircond sebelum mula
– sekiranya anda gayat atau tidak boleh imbangkan badan semasa gunakan tangga lipat, jangan lakukan kerja ini
– facemask, sekiranya anda mempunyai alahan kepada debu/habuk

LANGKAH PERTAMA: (tanggal housing aircond)
– buka screw yang ditanda (merah)
– Unclip housing aircond dekat bahagian atas
– Tanggalkan housing aircond

LANGKAH KEDUA: (alihkan panel elektronik)
– buka screw yang ditanda (merah)
– Alihkan panel ini kesebelah kanan untuk memberi ruang supaya kita dapat melihat lubang takungan yang tersumbat
– Nota: kotak biru merupakan takungan. Nanti kita akan curah air ke dalamnya.

LANGKAH KETIGA: (bersihkan lubang takungan yang tersumbat)
– Bersihkan lubang takungan dengan gunakan lidi, wayar keras ataupun cable tie
– Cucuk-cucuk dan tarik-tarik sahaja.

LANGKAH KE EMPAT
– pegi ke luar rumah, cari paip yang mengandungi air takungan
– buka paip tersebut, bersihkan kotoran di dalamnya (paip yg ada tape hitam, bulatan biru)

LANGKAH KE LIMA
– setelah kita bersihkan lubang takungan yang tersumbat, kita akan curah air ke dalam takungan tersebut utk memastikan yang lubang itu konfem tidak sumbat
– bila kita curah air ke takungan, air akan keluar daripada paip yang kita buka dekat luar rumah tadi (paip yg ada tape hitam, bulatan biru)
– Pasangkan unit aircond semula
– Sambil-sambil itu, bolehlah bersihkanlah filter juga ya.

Sumber: M Fakharudin

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Macam Ni cara Kira Size Horsepower Air-Cond Yang Sesuai Dengan Ruang

6 Tip Jimat Elektrik Menggunakan Aircond Dari TNB

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norhasliza Mohd Shafi