












Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pasang Shiplap Wall Dalam Bilik Tidur Anak Nampak Lebih Berseri

Bilik tidur anak adalah ruang yang paling sukar untuk kita mendekorasi. Mana tidaknya pemilihan warna dan juga pemilihan material yang betul perlu ada dalam sentuhan untuk bilik tidur anak-anak. Keselesaan yang berpanjangan amat penting untuk anak-anak dapat tidur yang nyenyak dan membesar dalam ruang peribadi mereka dengan sempurna.
Kali ini IMPIANA tertarik dengan pemilik Nor Azura Abdul Aziz yang berkongsi tentang ubah suai yang dibuat untuk kamar anaknya. Inspirasi ini boleh dijadikan sumber idea untuk anda yang masih tercari-cari idea untuk ruang bilik tidur anak.
Dari dinding polos dengan warna cat kusam kini mendapat nafas baru dengan pemasangan shiplap wall secara menegak dengan pemilihan warna yang cukup menarik dan ceria untuk bilik anak beliau. Selalunya kita lihat shiplap wall ini dipasang secara melintang tapi kali ini secara menegak pula. Boleh tahan juga cantiknya. Jika anda dah tertarik boleh la cuba di mana-mana ruang pilihan anda.
Jom kita tengok apa bahan dekor yang digunakan untuk ubahsuai kamar anaknya.
- Shiplap color-color tegak.
- Katil kayu pallet.
- Sticker dinding.
- Lampu tidur – Led Strip.

Kerja-kerja pemasangan bermula dari bawah. Penggunaan laser bagi memastikan pemasangan kayu tersebut dalam kedudukan yang tepat dan lurus.
Penggunaan pelekat hiasan bagi menaikkan lagi seri bilik tidur ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Baja Organik Dari Sisa Perut Ikan Jadikan Pokok Tahan Penyakit

Isi Kandungan
TogglePelbagai resepi baja organik dari sisa bahan dapur pernah dikongsikan impiana. Tapi, dalam banyak-banyak resepi yang dikongsikan, baja dari sisa bahan basah seperti perot ikan, kulit udang adalah antara yang terbaik. Azuan Abdullah berkongsi rahsia baja organik dari sisa perut ikan dan kulit udang
Setiap kali siang udang dan ikan, kepala udang dan perut ikan saya akan simpan. Benda boleh buat baja, buat apa kita buang kan. 2-2 sisa ni sangat power bila digunakan pada pokok.
Kepala dan kulit udang ni kaya dengan chitin @ chitosan. Banyak sangat kelebihan chitosan ni. Antaranya boleh meningkatkan tahap antibody pokok terhadap sesuatu penyakit dan boleh juga merangsang tumbesaran pokok supaya jadi lebih subur.
Insang dan perut ikan pula kaya dengan unsur Nitrogen dan asid amino. Antara fungsi penting asid amino adalah membantu dalam proses kelekatan bunga.
Ada pelbagai teknik yang kita boleh jadikan kepala udang dan insang ikan ni sebagai baja. Kali ni, saya nak kongsi cara yang paling mudah. Cara yang paling malas. Hihi.
Saya guna terus 2-2 sisa buangan tersebut pada pokok limau kasturi. Caranya boleh tengok pada gambar ya.
Pokok limau kasturi ini saya tanam dalam tayar ditepi pagar rumah. Usianya lebih kurang 1 tahun lebih. Dia punya dahan ada yang dah cecah simen planter box sebab tak mampu tanggung berat buah.
Langkah 1
Mula-mula kita buat alur dibawah kanopi daun pokok tersebut. Dalam gambar ini, saya buat alur di keliling pokok. Kedalaman alur lebih kurang 3-4 inci.
Baca juga:Baja Organik Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Cili
Langkah 2
Tabur je kulit udang dan insang ikan ke dalam alur yang kita buat tu. Eloknya tabur biar sekata.
Langkah 3
Siap tabur, kambus balik alur tu ya. Ini penting supaya sang lalat tak datang berkampung kat sini. Bila kambus, bau busuk pun tak ada.
Langkah 4
Akhir sekali, saya siram dengan cecair BIM + molasses. Untuk 1 liter air, saya guna 5 ml BIM + 5 ml molasses. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan proses pengomposan sisa yang kita kambus tadi.
Nak siram plant booster, EM atau molasses sahaja pun boleh. Jika semua ini tak ada, siram je guna air basuhan beras ya. Tak ada masalah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
21 Langkah Beli Rumah Sub Sale Supaya Tak Ditipu dan Selamat

Ramai antara kita yang cuba elak untuk membeli rumah sub sale. Kenapa? sebab biasanya tidak tahu cara dan ada yang beranggapan rekaan nya kurang menarik, busuk, buruk. Tapi kalau setakat design atau rekabentuk rumah sudah berusia dan nampak usang, tidak ada masalah. Cat dan kemas kan semula dan rumah tersebut akan nampak seperti baru.
Tapi ada juga yang kata, takut kena tipu dengan agen. Ok bagi mengatasi masalah ini, ikuti 21 langkah WAJIB ini sebelum anda membeli rumah sub sale.
FASA 1: Kenali latar belakang perunding hartanah (PH)
1. Hubungi perunding hartanah (PH) yang dilantik oleh pemilik rumah untuk membuat bayaran tempahan.
2. Semak dulu pendaftaran perunding hartanah (PH) yang dilantik.
3. Bermula tahun 2014, sudah mula berkuatkuasa di mana semua PH perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).
4. Bagaimana ingin menyemak PH itu berdaftar secara sah atau tidak? PH yang berdaftar akan dibekalkan dengan tag nama yang mempunyai QR code oleh LPPEH.
5. Apabila kita scan QR code gunakan aplikasi di smartphone, maklumat lengkap PH akan terpapar di smartphone.
FASA 2: Peringkat dan cara pembayaran
6. Bila sudah buat keputusan untuk membeli rumah subsale, sediakan dulu duit tempahan awal (earnest deposit) sebanyak 3.5% daripada harga jualan.
7. Sebagai contoh, harga jualan rumah tu adalah RM300,000. Bermakna, earnest deposit yang perlu dijelaskan adalah sebanyak RM10,500.
8. Bayaran ini boleh dibuat dalam bentuk tunai atau cek (lebih baik) yang dikeluarkan atas nama syarikat PH yang dilantik. INGAT YA, ATAS NAMA SYARIKAT PERUNDING HARTANAH. BUKAN INDIVIDU
9. Kalau anda ingin buat pembayaran tunai, sila buat bayaran dekat pejabat berdaftar PH yang dilantik, dan dapatkan terus resit salinan rasmi.
10. Jangan sekali-kali buat bayaran tunai di luar pejabat PH yang dilantik untuk elakkan sebarang kejadian buruk berlaku.
11. Selepas bayaran dilakukan & telah mendapat resit rasmi, PH yang dilantik akan mengisi borang Agreement to Purchase.
Pembeli perlu tandatangan borang ini sebagai menyatakan persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
FASA 3: Penyediaan dokumentasi
12. Perunding hartanah (PH) yang dilantik akan bawa borang Agreement to Purchase kepada penjual, untuk dapatkan tandatangan pengesahan persetujuan untuk menjual.
13. Kalau rumah tersebut atas nama dua orang pemilik, kedua-dua pemilik asal itu perlu turunkan tandatangan sebagai persetujuan.
14. Pemilik asal juga perlu serahkan salinan kad pengenalan dan S&P (Sales and Purchase Agreement) lama rumah tersebut untuk diserahan kepada pemilik baru.
15. PH yang dilantik, akan serahkan satu salinan Agreement to Purchase, kad pengenalan pemilik, dan S&P asal rumah itu kepada pembeli.
16. Pembeli seterusnya akan serahkan semua dokumen kepada lawyer untuk proses penyediaan S&P yang baru.
17. Tempoh yang diberikan untuk siapkan S&P baru adalah selama 14 hari bekerja.
FASA TERAKHIR: Bayaran akhir
18. Peguam akan maklumkan kepada pembeli dan penjual sebaik saja S&P sudah siap.
19. Pembeli perlu sediakan cek atas nama peguam dengan baki bayaran deposit (6.5%), selepas kedua-dua pembeli dan penjual tandatangan S&P yang baru.
Kemudian, peguam akan serahkan cek kepada penjual.
20. Pembeli diberi masa untuk uruskan loan dan selesaikan transaksi jual beli.
21. Semua transaksi selepas ni, akan diuruskan oleh peguam.
Sumber: gilahartanah.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI