
Dinding polos memang kelihatan membosankan. Selain dekorasi aksesori seperti cermin, bingkai gambar, cat dan sebagainya. Apa kata, singgah ke kedai-kedai bajet murah untuk cari bunga tiruan untuk buat dekor floral wall macam ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
10 Tip Mudah Buat Langsir Anda Sentiasa Nampak Baru Dan Menarik

Langsir merupakan salah satu menyeri ruang yang dapat yang amat penting. Selagi tiada langsir yang digantung, ruang kelihatan seperti masih belum siap. Selain itu langsir juga memainkan peranan untuk mengubah “mood” sesebuah ruang, bergantung pada kegunaan.
Salah satu fungsi utama langsir juga termasuklah sebagai penghadang bagi memberi lebih privasi kepada pemilik.
Cara-cara untuk anda maintai dan sentiasa pastikan langsir sentiasa nampak baru tanpa perlu membeli langsir yang baru adalah :
- Rendam sheer curtain yang sudah kelabu dan kusam semalaman untuk kembalikan kesegarannya. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Pun begitu, jika keadaannya masih agak kekuningan kerana kesan reaksi kimia dengan cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting, dengan cucian yang sempurna, langsir bukan sahaja akan berbau wangi malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
- Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendam bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendam seluruh langsir. Sebelum merendam dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus direndam dalam cecair pencuci agar bau najis kucing akan hilang dan tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
- Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk melekat pada langsir. Ini boleh kita lakukan seminggu sekali terutama jika anda menetap di kawasan bandar. Bucu langsir boleh disedut dengan penyedut hampagas. Adakala debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik kita nampak kotor dan kelabu terutama bagi yang memilih fabrik renda kasar.
- Bagi yang menggunakan renda juga boleh meremdam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran yang seni di celah-celah jalinan benang.
- Awas jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan menggunakan mesin basuh cucian lembut agar tidak merosakkan kain.
- Pastikan anda mencuci hanya langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutama jika anda membasuh langsir berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
- Anak-anak menepek gula-gula getah pada langsir anda? Sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
- Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan menggantikannya dengan fabrik baru yang bersesuaian terutama di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
- Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh. Terutama jika anda menggunakan swag satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk menggosoknya nanti.
- Elakkan membasuh tessle atau tali pengikat langsir menggunakan mesin. Andai kotor, memadai dengan merendamkan tassle tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Bahan Ini Boleh Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah

Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
Bahan #1
SODA BIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
Bahan #2
CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
Bahan #3
UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
Bahan #4
MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan membulat dan bilas dengan air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Trik Pereka Dalaman Yang Mampu Buat Kediaman Anda Cantik Macam Showroom

Apabila pergi ke pusat jualan perumahan, jualan perabot serta perkakas rumah, anda perasan tak kenapa semuanya nampak sempurna, cantik dan orang kata apa tu, instaworthy. Tapi bila balik rumah, kita rasa rumah kita macam tiada aura yang menaikkkan semangat seperti mana berada di tempat-tempat yang disebutkan tadi.
Ini kerana mungkin anda terlepas pandang segala rahsia disebalik idea, susun atur yang telah dibuat oleh para Interior Designer (ID) berpandukan beberapa garis panduan. Kali ini IMPIANA akan bantu anda bagaimana nak make sure rumah anda juga instaworthy malahan layak untuk dimasukkan dalam mana-mana majalah dekorasi.
Pilihan warna yang betul
Seperti kita semua maklum, pilihan warna dalam kediaman memainkan peranan yang penting seperti contoh, warna cerah seperti beige (warna kuning air) akan membuatkan pangsapuri kecil nampak luas. Fakta ini benar, tetapi warna tersebut warna yang pudar serta akan cepat terhakis dimakan masa, mungkin anda boleh cuba aplikasikan warna seperti biru muda, lavender, mint, dan kelabu. Kesemua pilihan warna ini menampakkan elemen segar dalam kediaman dan nampak mewah.
Gunakan warna accent (warna timbul) dengan cermat
Dalam satu ruang, pasti akan ada penggunaan warna serta aksesori yang sepadan serta setona ataupun warna mono (satu hala). Kalau dinding kelabu, perabot pun ikut turut warna kelabu. Ianya jelas menunjukkan kediaman anda berada dalam keadaan sendu. Jadi gunakan warna accent (timbul/highlighter) untuk membezakan tarikan yang berlainan dalam ruangan tersebut. Contoh lain, warna accent boleh diterapkan kepada karpet, anda akan nampak kelainannya.
Jangan takut untuk mencuba idea segar
Dalam menata rias rumah, anda perlu berani mengambil risiko untuk try n error segala idea baru yang telintas di fikiran serta dari rujukan online. Selain itu, jangan hadkan percubaan anda hanya kepada perabot serta aksesori sahaja, lantai anda juga boleh menjadi salah satu cubaan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah. INGAT, tiada siapa boleh mengawal imaginasi kecuali diri anda sendiri.
Main dengan ruang
Selain daripada permainan pilihan warna untuk membuka ruang lebihan di rumah, terdapat satu lagi alternatif mantap yang berupaya menberi ruang yang banyak iaitu pemasangan cermin. Cermin akan membiaskan cahaya serta memantulkan semula segala imej yang berada dihadapannya. Hasilnya, voila, ruang baharu di dalam rumah.
Guna lampu yang betul
Lagi banyak lampu, lagi bagus. Anda boleh gunakan pelbagai lampu dalam kediaman untuk menaikkan lagi seri serta keindahan dalaman rumah. Antara lampu hiasan yang bagus adalah lampu utama di tengah kediaman, lampu recess (selalunya tertanam dalam siling), lampu accent, lampu meja, dan lampu lantai.
Jangan over
Dalam dekorasi juga ada hadnya, ya anda bebas untuk mencurahkan segala idea dan imaginasi, tetapi sesuatu perkara akan jadi buruk kalau ianya terlampau banyak. Disini anda boleh aplikasikan apa itu, cukup sekadarnya, tidak perlu terlebih-lebih, kalau anda rasa sudah cukup, cukup setakat itu, rujuk gambar di bawah ini, anda akan faham penjelasan ini.
Kredit penghargaan gambar: bright side
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI