Dekorasi

‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah

Share

Dinding beralur atau “fluted wall” semakin popular dalam reka bentuk dalaman moden. Ia memberikan tekstur dan dimensi kepada ruang, menjadikan dinding lebih menarik dan elegan. Walau bagaimanapun, kos untuk mendapatkan dinding beralur boleh menjadi tinggi.

Baca perkongsian daripada Shaher Fuad ini sebagai rujukan;

DIY FLUTED WALL BAWAH RM 500.00!!

Baik, Alhamdulilah kalini hendak berkongsi projek yang sebenarnya sudah sekian lama dah nak masuk 2 tahun idea untuk buat macam ini. kebiasaannya corak ini orang ramai panggil ‘fluted wall’ ataupun wall strip atau strip wall. Mana-mana je lah yang penting design di garis corak-corak macam strip gitu.

Saya dah banyak survey kontraktor-kontraktor hiasan dalaman untuk keluasan 11 kaki x 10 kaki semuanya quote tak lari dari RM 8000.00 ke RM 10,000. Mahal kan? memang lepas buat ni rasa macam ni lah last buat benda ni.. Memang berkicap.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mulakan projek, mengisi masa lapang yang ada. haha.. Dalam post ini saya akan beritahu dari A-Z proses amatur pemasangan Fluted wall ini dan semua pembelian secara online iaitu shopee.

‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah

Ok, sebenarnya kerja-kerja untuk buat fluted wall ini boleh dibahagikan kepada 4 fasa ataupun level iaitu :

1. Lekat kayu(saya gunakan mdf board) ke dinding.
2. gap filler
3. wood filler
4. cat undercoat
5. cat warna yang kita nak apply.

Saya sertakan gambar-gambar proses untuk rujukan dan penerangan lebih lanjut di setiap gambar.

Masa yang diambil untuk siapkan fluted wall ini memakan masa selama 2 hari sahaja. haha.. 2 hari pun berpeluh baq hang.. Rasa give up dah sebab kena deal sebatang sebatang. Masa di pertengahan pemasangan rasa macam menyesal pulak.. tapi daku teruskan jua.

‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah

Untuk kayu saya gunakan jenih mdf board dengan ketebalan 6mm lebar 1 inci dan panjang 5 kaki. Dalam proses ini, saya perlukan lebih kurang 134 batang. Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bagitau je berapa lebar nak, die akan potong siap-siap dengan ketam sekali, memang tinggal gam aje. Setel.

Untuk cat pula saya guna nippon paint wood undercoat dan nippon paint matte white easy wash.

Jadi total kerugian untuk projek fluted wall ini:

1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60


2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00
3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00
4. Nippon paint under coat 1 litre : RM 38.00
5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre : RM 98.00
jadi total semua adalah sebanyak RM 429.60

Tools macam caulk gun, jig saw saya tak masukkan sebab memang dah ada. boleh guna untuk projek-projek seterusnya.

Jadi dengan berbekalkan keyakinan dan kecekalan dan sedikit ilmu kemahiran hidup bersepadu, alhamdulilah siap juga. mungkin dari sudut craftmanship tu tak lah sekemas kontraktor hiasan dalam yang memang hari-hari buat kerja tu kan.. tapi alhamdulilah.. puas hati buat sendiri dan yang penting cukuplah cantik pada pandangan mata saya bila balik dari bergaduh di mahkamah setiap hari.. haha..

Lagi satu kalau boleh dapatkan bantuan pasangan sebab dia akan menjimatkan lagi masa pemasangan ye.. huhu. Dalam kes ini takde sape lagi dah isteri je lah yang ada membantu.

‘Fluted Wall’ Buat Dinding Kemas & Cantik, DIY Dengan Bajet Murah

1) Ini adalah dinding sebelum yang berukuran 11 kaki x 10 kaki.

2) Ini adalah proses gam ke dinding menggunakan wall sealer yang dah beli tadi. Memang kena ada kesabaran yang tinggi.

3) Tadaa.. dah siap tampal. Lepas tu kalau ada gap guna gap filler dan joint antara kayu tu letak wood filler.

4) Lepas tu boleh dah cat undercoat biarkan selama 3 4 jam dan boleh cat guna cat kesukaan anda semua.

5) So inilah hasilnya. Simple dan memerlukan kesabaran yang tinggi.

Menariknya, dinding kosong terus nampak berseri bila buat sendiri ‘Fluted Wall’ ini di ruang tamu. Malah lebih jimat kos, berbanding upah kontraktor.

Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Artikel ini diambil dan diolah dari MW.

Sumber: Shaher Fuad

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana