Dekorasi

Fobia Anak Ketuk Skrin LED, Televisyen Rumah Samtilla Tergantung Tinggi Macam Dekat Klinik

Share

Fobia Anak Ketuk Skrin LED, Televisyen Rumah Samtilla Tergantung Tinggi Macam Dekat Klinik. Kebiasaannya susun atur televisyen di ruang tamu atau ruang keluarga, diletakkan berhampiran dengan sofa dan kedudukannya sama level dengan aras mata untuk keselesaan sewaktu menonton.

Namun demikian, berbeza buat pasangan selebriti Shaheizy Sam,42 dan Syatilla Melvin,33 ini. Televisyen di rumah mereka diletak atas, tergantung tinggi seperti kelihatan berada di dalam klinik.

Fobia Anak Ketuk Skrin LED Televisyen

Semuanya gara-gara fobia, televisyen besar bersaiz 70 inci yang baru sahaja dibeli, telah diketuk oleh anaknya dengan kayu golf permainan yang ketika itu masih kecil.

Syatilla menceritakan lebih lanjut kejadian tersebut berlaku ketika anak sulungnya Syeriv Samheizy ketika itu baru berusia 2 tahun. Tilla dan Sam pula baru sahaja berpindah ke rumah baru dan baru sahaja 3,4 hari menggunakan TV tersebut. Tanpa disangka skrin LED televisyen tersebut telah diketuk oleh anaknya menggunakan kayu golf permainan.

Perkara tersebut meninggalkan kesan mendalam pada Tilla. Sebagai langkah berhati-hati, selepas kelahiran anak kedua dan ketiga, pasangan ini memilih untuk meletakkan televisyen pada kedudukan atas yang lebih tinggi.

Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 7, dan Sarima Samhiezy, 4 dan Salama Samheizy,2.

Mesti Baca: Dikelilingi Gunung Menghijau, Tapah Wanra Hill Rumah Hujung Minggu Keluarga Dynas Mokhtar


Baca Lagi Di Sini:Elisya Sandha Kumpul Duit Beli Rumah 1.2 Juta, Simpan Niat Tambah Anak
Artikel Menarik: Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian

IMPIANA: Lumrah anak-anak sedang membesar dan tengah lasak. Tak kisahlah bagaimana pun susun atur kediaman kita, yang penting kita selesa dan sesuai dengan pembesaran anak-anak.

 

Published by
Suhaidah Wahab