Sudah menjadi kewajipan untuk menikmati kek bulan yang comel, padat dengan inti manis dan rasa yang enak setiap kali perayaan pertengahan musim luruh (The Mid Autumn Festival) menjelang tiba.
Bersempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia telah memperkenalkan kek bulan Pau Pau tersendiri yang disediakan secara eksklusif ole Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.
Kek bulan tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean.
Umum mengetahui, kek bulan yang enak dan sedap untuk dinikmati ini dipercayai untuk menggambarkan keberuntungan yang sering bersilih ganti lalu dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.
Kek bulan ini kebiasaannya memiliki inti kuning telur masin sebagai simbolik kepada bulan. Menurut kefahaman kepercayaan masyarakat kaum Cina, lebih banyak kuning telur yang terdapat di dalam kek, maka lebih banyak keberuntungan yang bakal diperoleh.
Walaupun ada pelbagai lagi pilihan di luar sana, pilihan klasik pandamart pastinya tidak akan menghampakan anda. Tambahan pula, terdapat diskaun sehingga 20% untuk kek bulan jenama lain yang dijual di pandamart.
Bukan itu sahaja! Anda juga boleh membeli barangan Pau Pau lain seperti tanglung dan banyak lagi di pandamart bagi memeriahkan lagi sambutan in. Nantikan jualan kilat untuk perayaan ini yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 6 petang hingga 9 malam untuk menikmati diskaun sehingga 25% bagi semua kategori barangan. Tawaran mingguan lain termasuklah:
Ads
12 – 18 Ogos 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)
Nikmati diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 19 – 25 Ogos 2022: Istimewa Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Specials)
Menawarkan pelbagai set hadiah kek bulan dan minuman serta lilin.
• 26 Ogos – 1 September 2022: Parti Minum Petang (Tea Party)
Tawaran istimewa untuk barangan parti seperti teh dan lain-lain minuman
Ads
• 2 – 8 September 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)
Dapatkan diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.
• 9 – 15 September 2022: BBQ Bonanza
Dapatkan keperluan anda seperti makanan beku termasuk makanan laut dan daqing dan juga perasa makanan seperti sos sera lain-lain keperluan masakan.
Ads
Tunggu apa lagi? Rasai kenikmatan dan bergembira dengan pelbagai jenis kek bulan yang terdapat di pandamart bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Buat pesanan dalam talian melalui aplikasi foodpanda dan pakej istimewa ini akan tiba di depan rumah anda secepat mungkin!
Bilik air bukanlah ruang yang menjadi kepentingan dalam rumah. Jarang kali kita melihat pemilik akan mengubah suai bilik air. Kalau buat renovasi tandas pun sebab rumah itu dah didiami lebih 20 tahun. Kini kesedaran untuk menghias bilik air mula mendapat hati oleh pemilik rumah. Sebenarnya bila bilik air cantik baru la selari dengan ruang yang lain.
Bilik air ini penting sebenarnya untuk kelihtan cantik dan sempurna macam tandas hotel. Dari tandas jugalah kita dapat tahu tahap disiplin dan kebersihan pemilik rumah itu. IMPIANA tertarik dengan perkongsian Nurlailah Khadijah. Perkongsiannya adalah mengenai renovasi bilik air lama kepada “konsep mewah glam” guna barang dari shopee!
Apa yang membuatkan perkongsian kali ini lebih menarik adalah kerana renovasi yang dibuat untuk tandas miliknya sangat luar biasa. Bayangkan dari tandas yang kelihatan suram sebelum ini ditukar dengan gaya mewah dan siap ada lampu chandelier lagi. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi olehnya.
Before and after toilet renovation.
Alhamdulillah settle juga project pkp 2.0. Terima Kasih husband sponsor untuk projek renovasi ini. Alang-alang nak baiki toilet, terus nak buat toilet idaman. Asalnya toilet tu baik baik saja, tapi satu hari di bulan october tahun lepas, isteri cuci toilet tuang asid setengah botol kemudian biarkan selama sejam baru nak berus. sekali bukan kotoran semua hilang, segala warna tiles pon terhakis habis. Tiles asal warna hitam terus jadi putih.
Kemudian November tahun lepas suami pun approve untuk renovasi balik toilet ni.
Biasanya tiles untuk dinding bathroom, disarankan guna saiz 2×1 atau saiz lagi kecik. Sebab kalau saiz 2×2 atau lagi besar kemungkinan tiles akan jatuh atau pecah. Sebab bila saiz besar and naik sampai 10 kaki kat atas siling, takut kalau simen tak betul sebab saiz besar sangat, nanti tiles akan jatuh. Info ni dari kedai tiles. Jadi untuk bilik air ini guna 2×1 kaki.
Apam balik makanan tradisi yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi tidak kira bangsa. Kebiasaanya, nak makan apam balik yang sedap kita akan beli dipasar malam atau gerai-gerai ditepi jalan. Tapi tempoh PKP 3.0 ni memang tak boleh keluar rumah sesuka hati semata-mata nak beli apam balik.
Apa kata, kita buat je sendiri Macam youtuber memasak yang dikenali sebagai Che Nom ni tunjuk. Bahannya tak banyak pun untuk buat lapisan tepung. Kalau tak ada kacang tanah dan jagung manis tu, apa kata kita ubah dnegan nutella ke, cheese atau pelbagai lagi ikut selera anda seisi keluarga. Jom kita lihat video yang disediakan oleh Che Nom ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biasanya, imej pertama yang timbul dalam kepala setiap kali berbicara tentang penyebaran penyakit adalah kafe yang dipenuhi orang, tandas awam yang kotor mahupun sudu dan garfu di restoran yang tidak dicuci dengan baik. Kawasan terbabit mungkin dipenuhi dengan kuman dan virus merbahaya. Untuk anda yang sensitif pada persekitaran, pasti terdapat hand sanitizer dan tisu basah untuk digunakan selepas memegang tempat-tempat yang berpotensi menyebarkan penyakit.
Tetapi malangnya, penyebaran penyakit tidak sahaja boleh berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Anda mungkin tidak percaya, tetapi di rumah juga kita terdedah dengan virus dan kuman yang menyebabkan penyakit. Biasanya, barangan dirumahlah yang menyimpan seribu satu rahsia yang tidak disangka-sangka dan boleh menjejaskan kesejahteraan isi rumah. Perkara ini jugalah yang boleh menyebabkan selsema atau batuk yang berterusan pada waktu malam jadi anda perlu mula mengambil langkah berjaga-jaga.
Berikut adalah beberapa perkakas dalam rumah yang mungkin membuat anda sakit – dan tips penjagaan untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih dan selamat.
1. Peti Sejuk
Selain daripada membuang kesemua sisa-sisa makanan yang telah basi dan bususk, jangan lupa beri perhatian pada bahagian tersorok yang mungkin anda terlepas pandang. Contohnya, sebarang cecair yang tumpah dan bertakung dalam dulang peti sejuk yang tidak dibersihkan mungkin akan masuk dan mencemari makanan lain. Laci menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran pada bahagian bawah juga perlu anda periksa dengan kerap agar sentiasa bersih dan tidak mempunyai sebarang takungan air. Pelbagai mikroorganisma mungkin sedang membiak dengan pesat jika anda gagal untuk membersihkan bahagian-bahagian ini. Jangan geli untuk bersihkan semua sudut dan celahan peti sejuk anda menggunakan air suam dan baking soda.
Pakar juga ada mencadangkan supaya mencuci sebersihnya buah-buahan dan sayur-sayuran anda sebelum disimpan kedalam peti sejuk.
2. Sarung/ Alas Tilam
Ini mungkin perkara yang paling anda tidak suka dengar tetapi inilah realitinya. Lembaran putih cantik yang anda pasangkan pada tilam itu mungkin menjadi tempat tinggal tetap bagi hama. Haiwan kecil yang anoyying ini akan buatkan anda mudah terkena jangkitan yang menyebabkan demam atau memudaratkan lagi alahan pada habuk. Keadaan bilik yang tertutup dengan tingkap yang tidak dibuka dan kelembapan dalam udara boleh memburukkan lagi keadaan. Jadi, buka tingkap bilik setiap pagi supaya udara segar boleh mengalir kedalam dan tetapkan suhu panas sewaktu membasuh cadar dengan pencuci anti bakteria. Jangan lupa juga untuk memvakum bilik anda dari masa kesemasa.
3. Mesin Pengisar
Mesin pengisar atau blender biasanya digunakan untuk mengisar buah atau sayur-sayuran. Jadi, jika anda tidak membersihkan mesin selepas setiap penggunaan, anda mungkin telah menggalakkan pembiakan kuman didalamnya. Alat kecil pada bahagian bawah pengisar yang tidak dicuci boleh menjadi tempat mikroorganisma seperti E.Coli dan salmonella berkumpul. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuci setiap bahagian blender satu per satu selepas digunakan kemudian keringkan sebelum disimpan didalam tempat yang bersih.
4. Alatan Pembersihan
Walaupun sabun cucian anda berbau seperti lemon atau epal yang menyegarkan, sebenarnya ia mengandungi pelbagai bahan kimia yang kuat dan boleh pedihkan kulit, rosakkan buah pinggang dan hati serta memberi tekanan pada sistem saraf dalam tubuh manusia. Jadi jika anda terpaksa gunakan sebarang produk bertosik ini, jangan lupa untuk pakai sarung tangan getah dan untuk mengurangkan kesan buruk, cairkan produk dengan dengan air terlebih dahulu.
Untuk penyelesaian yang lebih mudah, gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dalam kabinet anda seperti cuka atau baking soda.
5. Penyedut Habuk
Jika anda malas untuk membersihkan penapis vakum, risiko untuk bakteria menjijikkan masuk kedalam sistem anda telah menaik serta merta. Jika mereka berjaya, ia akan mencetuskan alahan dan menjejaskan keupayaan anda untuk bernafas dengan normal. Debu atau habuk yang datang dari vakum anda mengandungi kuman kalis antibiotik yang boleh merosakkan paru-paru dalam jangka masa panjang. Pastikan anda bersihkan penapis dengan kerap dan membuka tingkap apabila sedang menggunakan vakum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.