Berita

Foodpanda Telah Perkenalkan Kek Bulan Istimewa, Hidangan Klasik Sepanjang Zaman Yang Digemari Ramai

Share

Sudah menjadi kewajipan untuk menikmati kek bulan yang comel, padat dengan inti manis dan rasa yang enak setiap kali perayaan pertengahan musim luruh (The Mid Autumn Festival) menjelang tiba. 

Bersempena sambutan perayaan ini, foodpanda Malaysia telah memperkenalkan kek bulan Pau Pau tersendiri yang disediakan secara eksklusif ole Tai Thong dengan harga permulaan hanya RM14.90.

Kek bulan tersebut boleh didapati dalam tiga pilihan perisa iaitu Pure Lotus, Lotus Single Yolk dan Pure Red Bean. 

Umum mengetahui, kek bulan yang enak dan sedap untuk dinikmati ini dipercayai untuk menggambarkan keberuntungan yang sering bersilih ganti lalu dinikmati bersama keluarga serta rakan-rakan.

Kek bulan ini kebiasaannya memiliki inti kuning telur masin sebagai simbolik kepada bulan. Menurut kefahaman kepercayaan masyarakat kaum Cina, lebih banyak kuning telur yang terdapat di dalam kek, maka lebih banyak keberuntungan yang bakal diperoleh.

Walaupun ada pelbagai lagi pilihan di luar sana, pilihan klasik pandamart pastinya tidak akan menghampakan anda. Tambahan pula, terdapat diskaun sehingga 20% untuk kek bulan jenama lain yang dijual di pandamart.

Bukan itu sahaja! Anda juga boleh membeli barangan Pau Pau lain seperti tanglung dan banyak lagi di pandamart bagi memeriahkan lagi sambutan in. Nantikan jualan kilat untuk perayaan ini yang diadakan setiap Jumaat mulai jam 6 petang hingga 9 malam untuk menikmati diskaun sehingga 25% bagi semua kategori barangan. Tawaran mingguan lain termasuklah:

  • 12 – 18 Ogos 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)

Nikmati diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.

• 19 – 25 Ogos 2022: Istimewa Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn Specials)

Menawarkan pelbagai set hadiah kek bulan dan minuman serta lilin.

• 26 Ogos – 1 September 2022: Parti Minum Petang (Tea Party)

Tawaran istimewa untuk barangan parti seperti teh dan lain-lain minuman

• 2 – 8 September 2022: Mania Kek Bulan (Mooncake Mania)

Dapatkan diskaun istimewa untuk kek bulan Pau Pau dan kek bulan lain yang terdapat di pandamart.

• 9 – 15 September 2022: BBQ Bonanza

Dapatkan keperluan anda seperti makanan beku termasuk makanan laut dan daqing dan juga perasa makanan seperti sos sera lain-lain keperluan masakan.

Tunggu apa lagi? Rasai kenikmatan dan bergembira dengan pelbagai jenis kek bulan yang terdapat di pandamart bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Buat pesanan dalam talian melalui aplikasi foodpanda dan pakej istimewa ini akan tiba di depan rumah anda secepat mungkin!

@impianamy Foodpanda now launch The Mid-Autumn Festival mooncakes! Available in three flavour, so what are you waiting for? Go @foodpanda Malaysia apps and grab all yours now!! #fyp #foryourpage #ImpianaShare #impianamy ♬ Food – Fresh and Delicious – MuraMusicStudio

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Jenis-Jenis Rumah Yang Perlu Anda Elakkan Sebelum Membeli

Published by
Nazar Rafiqhi