Tidak kira apa jua peringkat umur, gaya hidup seseorang bukan hanya ditentukan oleh tahun kelahiran masing-masing tetapi pada pilihan kita yang membuatkan hidup lebih bermakna. Bukan pada apa yang anda lakukan, tetapi pada apa yang anda cintai. Bukan pada umur anda, tetapi pada cara anda jalani kehidupan.

EcoWorld, melalui kempen "For Generations", kini menyediakan kediaman yang memenuhi setiap aspek dan gaya hidup generasi berlainan yang unik dan istimewa. Buat anda yang mahukan pengalaman menaiktaraf kehidupan yang berubah seiring masa, EcoWorld mempunyai pilihan bagi setiap peringkat hidup yang memerlukan perincian sesuai mengikut gaya hidup.

Antara 14 gaya hidup "For Generations" berikut, yang mana satu menggambarkan anda?

Gaya Hidup “The Zen Generation”
Untuk mereka yang mahu benar-benar merehatkan fizikal dan mental dari segala lelah kehidupan, kediaman EcoWorld memberi ruang riadah yang nyaman, sesuai untuk aktiviti meditasi.

Gaya Hidup “The Explorer Generation”
Bagi mereka yang berperasaan ingin tahu yang tinggi, kombinasi imaginasi dan alam sekitar menjadikan pengembaraan mereka lebih menarik dan penuh keajaiban.

Gaya Hidup “The Ever Learner Generation”
Bagi mereka yang percaya bahawa umur tidak menjadi penghalang untuk belajar perkara baru, anda akan sentiasa mempunyai pengalaman menarik di EcoWorld Life Space.

Gaya Hidup “The Culinary Generation”
Untuk pencinta seni masakan yang mengimpikan dapur luas dan selesa, ukir memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan hidangan makanan sendiri yang pastinya istimewa.

Gaya Hidup “The Trend Seeker Generation”
Mereka yang sentiasa up-to-date dengan trend semasa mempunyai platform khas untuk mengekspresikan kreativiti mereka di EcoWorld Labs.

IKLAN

Gaya Hidup “The Minimalist Generation”
Khas buat mereka yang impikan kehidupan simple tanpa kecelaruan yang menyemakkan, ruang kediaman EcoWorld direka dengan ketenangan dan penuh kesederhanaan.

Gaya Hidup “The Digital Nomad Generation”
Bagi mereka yang sentiasa bekerja on-the-go. persekitaran bertenaga di EcoWorld pasti dapat memberi inspirasi kepada penghasilan idea-idea kreatif anda.

Gaya Hidup “The Gym Rat Generation”
Untuk mereka yang mementingkan gaya hidup sihat, gimnasium komunal dilengkapi semua peralatan yang anda perlukan untuk meningkatkan tahap kecergasan.

Gaya Hidup “The Nature Friendly Generation”
Bagi pencinta alam semula jadi, kediaman direka dengan taman atau santuari peribadi untuk anda memupuk minat berkebun.

Gaya Hidup “The Pet Lover Generation”
Buat mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, persekitaran mesra haiwan peliharaan di EcoWorld akan menjamin haiwan peliharaan anda merasa selamat dan menjadikan ia sebahagian daripada komuniti.

IKLAN

Gaya Hidup “The Artistic Generation"
Untuk anda yang mempunyai bakat seni, inspirasi dalam persekitaran kondusif di EcoWorld boleh menjadi permulaan kepada hasil karya agung anda.

Gaya Hidup “The Bold Creator Generation”
Buat anda yang berwawasan tinggi dengan idea-idea hebat, pusat perniagaan dengan konsep Intelligent Space di EcoWorld mampu memberikan anda inspirasi tanpa limitasi.

Gaya Hidup “The #POTD Generation”
Bagi mereka yang hidup aktif di laman sosial, EcoWorld menyediakan suasana dan latar belakang Instagrammable yang epik buat kenangan abadi anda.

Gaya Hidup “The Collector Generation”
Untuk mereka yang gemar mengumpul koleksi barangan unik, ruang tamu yang luas boleh bertukar menjadi galeri peribadi untuk hobi istimewa anda.

IKLAN

Semuanya tersedia bersama dengan lima pilihan projek terkini dari Eco World untuk menyempurnakan lagi gaya hidup idaman anda.

BRYDON
Jika anda gemarkan alam semulajadi dan seni bina, Eco Horizon’s Brydon yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda seisi keluarga. Rekaan banglo dan semi-d yang terletak di kawasan selamat dan tenang membolehkan anda dan keluarga tercinta memperolehi ketenangan minda, sekaligus menikmati hidup secara maksimum.

CORA
Untuk rumah yang “vibrant” seperti diri anda, Cora di Eco Ardence, Shah Alam sangat sesuai kerana rekaan rumah taman, semi d dan banglonya hadir dengan clubhouse ekslusif, kawalan keselamatan terbaik dan laluan bertaman yang menarik di belakang rumah. Hub gaya hidupnya iaitu Ardence Labs, membolehkan anda berseronok dan makan-makan dalam persekitaran yang ceria. Hidup di Cora pasti tidak akan membosankan.

HAZELTON
Mencari rumah yang sesuai untuk diri anda bagaikan “custom-made suit”? Hazelton di Eco Forest, Semenyih direka dengan prinsip ergonomic untuk kesemua jenis gaya hidup. Dengan konsep ErgoHomes (rekaan ekslusif EcoWorld), setiap unit dilengkapi dengan laman peribadi.

REGENT GARDEN
Reka sendiri rumah idaman anda dengan EcoWorld kerana tiada siapa yang lebih mengetahui apa yang anda inginkan. Konsep “Design to Own” di Regent Garden Eco Grandeur, Puncak Alam memberikan anda kebebasan dan fleksibiliti untuk mencipta rumah impian anda. Serlahkan keunikan rekaan rumah anda berbanding orang ramai hanya di Regent Garden, Eco Grandeur.

ROSÉ
Langkah masuk ke Rosé dan anda akan rasa seperti telah masuk sebuah Eden dengan rumah-rumah serta taman yang memukau. Diinspirasikan rekaan klasik dan kontemporari Perancis terbaik, anda pasti akan jatuh cinta dengan rumah teres yang mempunyai ruang tamu yang amat luas. Selamat datang ke Rosé.

Untuk keterangan lanjut, boleh datang sendiri ke pusat gallery EcoWorld atau layari laman sesawang EcoWorld

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI