Berita

‘Free Postage’ Bagi Semenanjung Malaysia Kecuali Sabah & Sarawak, Wajarkah Untuk Dimansuhkan?

Share

Baru-baru ini, ada seorang kenalan dan pengikut setia IMPIANA telah berkongsi cerita serta meluahkan perasaannya berhubung kadar caj penghantaran yang dikenakan oleh segelintir para peniaga kepada pembeli secara dalam talian di seluruh Malaysia. 

Luahnya, meski negara kini sudah genap menjangkau kemerdekaan ke-65, tindakan segelintir para peniaga secara dalam talian yang hanya memberikan caj penghantaran percuma bagi seluruh kawasan Semenanjung Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak adalah sangat tidak wajar. 

Individu kelahiran asal Sarawak ini menambah, budaya yang telah dipraktikkan para peniaga tempatan itu kini dilihat sudah tidak lagi relevan, adil dan saksama kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, dia berpendapat kadar bayaran yang dikenakan bagi kos penghantaran ke Sabah dan Sarawak ini sepatutnya dimansuhkan dan berharap agar seluruh rakyat Malaysia mendapat manfaat yang sama dan adil antara satu sama lain. 

Bagaimanapun, dia juga turut mengakui untuk melaksanakan perkara sedemikian bukan satu hal yang mudah kerana tidak dinafikan kos perbelanjaan bagi penghantaran ke negeri berkenaan sememangnya agak tinggi. 

Jadi sudah pasti ia sukar untuk dilaksanakan, oleh kerana para peniaga tempatan akan berdepan dengan pelbagai masalah serta cabaran yang besar dalam dunia perniagaan pada masa akan datang.

Maka dengan itu, dia mengharapkan agar ada pihak yang bertanggungjawab untuk peka dengan permasalahan ini dan menangani dengan segera supaya nasib masyarakat penduduk di Sabah & Sarawak lebih terbela. 

Jadi, bagaimana pula dengan pendapat anda sebagai rakyat Malaysia yang tercinta? Adakah anda merasakan budaya seperti ini harus dimansuhkan? Tetapi, apa-apa pun setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan yang tersendiri, bak kata pepatah ‘tepuk dada, tanya selera’.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Bangunan Ikonik Di Serata Negeri Pantai Timur, Disifatkan Sebagai Satu Kemajuan Yang Membanggakan

Published by
Nazar Rafiqhi