Nama Pemilik: Ahmad Rozaidi Bin Ujang Siakir
Jenis Kediaman: Apartmen
Konsep: Mix and Match / Moden Klasik
Keluasan: 1023 kaki persegi
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, 3 bilik tidur, 1 bilik air, ruang makan dan dapur.
Bagi seseorang banyak menghabiskan masa dirumah, sudah pasti pemilik hanya mahukan yang terbaik dalam segala aspek termasuklah pemilihan perabot dan aksesori buat segenap sudut kediaman. Berfikirlah dengan kreatif dan diluar kotak agar hiasan tampak luar biasa dan menarik disamping dapat mengekalkan ciri-ciri yang mencerminkan keperibadian pemilik.
Menurut Encik Zaidi, cabaran utama setelah memiliki sebuah rumah adalah menentukan konsep yang bertepatan dan bersesuaian dengan minat dirinya. Memilih untuk tidak menetapkan apa-apa konsep khusus kepada kediaman, Encik Zaidi mula dengan membeli apa sahaja perabot yang cantik dimatanya. Dan dari situlah beliau akan suai padankan kesemua perabot dan perhiasan sehingga terhasilnya konsep mix and match ini.
Ujar pemilik, “pada mulanya memang saya memilih konsep modern scandi, akan tetapi apabila saya mengunjungi kedai kedai perabot, saya mula menyedari bahawa majoriti perabot yang menarik perhatian saya bukanlah cenderung kearah konsep tersebut.”
Susun atur perabot yang bersesuaian dengan pemilihan aksesori dapat membangkitkan suasana dekorasi elegan dan timeless. Selain itu, keselesaan dan kepuasan hati pemilik juga harus diambil kira dengan mewujudkan ruangan rapi yang menimbulkan rasa tenang.
“Alhamdulillah saya amat berpuas hati dengan hasil dekorasi dan tata rias apartment saya”, tambahnya lagi.
+TIP DEKORASI
– Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana ia akan benar-benar mencerminkan personaliti diri seseorang.
– Pilihlah apa jua konsep atau tema asalkan selesa dan dapat menjadikan sesebuah rumah itu kediaman yang mencerminkan dirikita.