Laman

Gadis 27 Tahun Berhenti Kerja Di Bandar Untuk Jadi Petani Di Kampung Dan Berbakti Pada Tanah

Share

Bukanlah mudah untuk Nuraishah membuat keputusan meninggalkan kariernya sebagai Pereka Grafik dan pulang ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan baru sebagai petani. Nekad dan yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan, kini sudah tujuh bulan beliau menjalani rutin harian yang serba ringkas berbanding dengan kehidupan ditengah hiruk piruk kawasan bandar.

Pada usia 27 tahun, Nuraishah telah menjadi inspirasi buat ramai orang diluar sana supaya tidak takut untuk mengejar cita-cita yang membuatkan kita lebih gembira dalam jangka masa yang lebih panjang.

Nuraishah yang tinggal bersama ibu dan seekor kucing kesayangannya kini menjalani rutin harian dengan pergi ke kebun setiap pagi dan menjual hasil tanaman organik sebagai sumber pendapatan.

” Terdapat lebih kurang 20 jenis sayur yang saya sentiasa tukar setiap kali menuai. Antaranya bayam, tomato, terung, bendi,sawi,, salad dan juga daun sup”, ujarnya.

Menurutnya lagi, bukanlah mudah untuk memulakan dan menguruskan kebun tersebut, memandangkan 95% kerja dikebun diuruskan oleh Nuraishah sendiri. Tetapi beliau tetap positif dan optimis dalam meneruskan transformasi hala tuju kehidupannya.

SUMBER/ KREDIT

Jangan lupa saksikan Live di Instagram IMPIANA bersaba Nuraishah pada hari Rabu, 9.30 pagi.

Published by
amalina