Sebagai buruh atau kontraktor, apabila mengambil tanggungjawab untuk melakukan kerja renovasi rumah mengikut perjanjian yang telah dipersetujui, jangan sesekali ambil mudah. Apatah lagi gagal dalam menyiapkan pembinaan rumah tersebut seperti yang dijanjikan kerana boleh dipenjarakan atas kesalahan ini.
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Rembau di sini, hari ini, selepas gagal menyiapkan pembinaan rumah milik seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM10,421.
Gambar Hiasan
Rumah Gagal Siap
Mengikut pertuduhan, Nik Nur Aizuddin Suhaimi, 34, dari Rembau secara tidak jujur mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM35,000 bagi tujuan pembinaan rumah.
Namun rumah itu gagal disiapkan sehingga menyebabkan wanita berkenaan mengalami kerugian RM10,421.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada tarikh antara 22 Mei sehingga 16 Jun lalu bertempat di Kampung Baru Batu Hampar, Rembau.
Ads
Justeru tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Tertuduh yang membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Kartini Kasran turut didenda RM5,000 dan penjara 15 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Kos Pembinaan Rumah RM50,000
Berdasarkan fakta kes, wanita berkenaan berjumpa dengan tertuduh bagi membina rumahnya dengan kos pembinaan RM50,000 sebelum menyerahkan RM35,000.
Ads
Daripada jumlah wang yang diserahkan, tertuduh membelanjakan RM12,579 bagi pembelian bahan binaan manakala RM12,000 bagi upah pekerja.
Berdasarkan perkembangan kerja pembinaan, wanita itu mengalami kerugian RM10,421 yang sepatutnya digunakan untuk membeli bahan binaan dan membayar upah pekerja seterusnya.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Syuhada Mohd Isa dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
IMPIANA: Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kontraktor atau buruh yang terlibat dalam pembinaan rumah supaya lebih bertanggunggjawab dengan perjanjian awal yang telah dipersetujui. Bagi pemilik rumah pula, jangan putus asa, hak kita dilindungi dan jika rasa tertindas buat laporan dan bawa ke muka pengadilan.
Petaling Jaya, 31 Mei 2019 – Taobao, platform e-dagang sosial terbesar China oleh Alibaba Group, dan Atap.co, platform rekaan dalaman rumah termuka di Malaysia, hari ini melancarkan Taobao Home Experience Centre di The Square, Jaya One, Petaling Jaya, Selangor. Pusat membeli-belah perabot berkonsepkan ‘New Retail’ ini adalah hasil kerjasama dengan Jiyoujia, saluran kelengkapan rumah dan hiasan dalaman di Taobao, yang memperkenalkan pelbagai produk perabot yang berkualiti tinggi dan bergaya kepada para pelanggan di Malaysia dalam format yang inovatif.
Jiyoujia diasaskan pada tahun 2015, menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah yang dipilih dengan teliti daripada jutaan barangan di platform Taobao. Ia memberi focus kepada produk yang berkualiti tinggi dan rekaan perabot mengandingkan fungsi dan nilai estetika yang semakin popular dikalangan penguna di Malaysia.
Mengulas di pelancaran hari ini, Mickey Xiong, Pengarah Taobao dan Tmall World untuk pasaran Asia Tenggara & Hong Kong berkata, "Pelancaran hari ini sekali lagi mengesahkan komitmen kami untuk bekerjasama dengan para perniaga di Malaysia dan memberi khidmat pelanggan yang lebih baik melalui inovasi digital. Kami amat gembira bekerjasama dengan Atap.co untuk membawa Taobao Home Experience Centre ke Malaysia, di mana kami melihat permintaan untuk produk kelengkapan rumah dan perabot yang berkualiti semakin meningkat tahun ke tahun. Kami yakin dengan format ‘New Retail’ ini dan perkhidmatan yang disesuaikan, pusat ini akan memberikan pengalaman membeli-belah yang mudah dan baharu kepara para pelanggan di Malaysia. "
Experience Centre ini mempunyai keluasan 4500 kaki persegi dan akan memberi peluang kepara para pembeli di Malaysia untuk melihat, menyentuh dan mencuba produk dari Jiyoujia, terutamanya barangan yang besar, sebelum membuat pembelian dalam talian, atau mencari inspirasi untuk melengkapkan rumah idaman mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Semua pelanggan pascabayar dan prabayar syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 April.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan percuma itu boleh digunakan antara pukul 8.00 pagi dan 6.00 petang.
Pakej khas lain yang disediakan adalah panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.
Inisiatif itu merupakan antara pakej khas yang akan ditawarkan dengan nilai RM600 juta yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak koronavirus (Covid-19).
“Syarikat-syarikat telekomunikasi juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
“Pelaburan ini juga akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat-pusat media,” menurut kenyataan itu.
SKMM yakin inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19, di samping membolehkan kesalinghubungan yang berterusan supaya rakyat melaksanakan tugasan harian mereka dengan lebih efisien.
Sementara itu, SKMM turut memaklumkan syarikat perkhidmatan pos dan kurier utama turut bersedia untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran tidak melebihi satu kilogram pada caj RM5 tidak termasuk cukai bagi perkhidmatan penghantaran domestik, selama enam bulan bermula 15 April.
Katanya kadar itu hanya ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar di portal digital setiap penyedia perkhidmatan pos dan kurier, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan usahawan dalam menguruskan kiriman serta menggalakkan penggunaan kaedah tanpa tunai. – Bernama
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KUALA LUMPUR, 9 April 2019 – Jenama perabot yang paling laris di dunia, Ashley Furniture HomeStore, membuka galeri terbesarnya di pusat beli-belah Quill City Mall hari ini.
Dimiliki dan dikendalikan oleh HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd (HAUSLIFE), pemegang lesen tunggal dan operator Ashley Furniture di Semenanjung Malaysia, Ashley Furniture HomeStore Quill City Mall merupakan galeri keempat syarikat perabot berkenaan di Malaysia.
Rekaan dalaman HomeStore yang seluas 13000 meter persegi ini turut memaparkan Koleksi Lifestyle Ashley Furniture yang terdiri daripada ‘Vintage Casual’ , ‘Urbanology’ , ‘New Traditions’, ‘Contemporary Living’ serta ‘Family Spaces’; laluan berliku melalui ruang-ruang pameran serta kemasan dinding yang unik dan menginspirasikan.
**media[5258]**
Kategori-kategori produk yang disediakan termasuk set upholsteri, bilik tidur, ruang makan, rumah pejabat, sofa sandar, tilam dan aksesori.
Seiring dengan trend global dalam penerimaan gaya hidup digital, Ashley Furniture HomeStore baru-baru ini melancarkan platform e-Dagang yang khas untuk rakyat Malaysia.
Dibangunkan dengan memberi penekanan pada elemen mesra pengguna, platform berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri komprehensif serta tawaran menarik. Platform ini membenarkan para pelanggan Ashley dari seluruh Semenanjung Malaysia mendapatkan produk-produk Ashley daripada peruncit yang disahkan secara online.
**media[5259,5260,5261]**
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://www.ashleyfurniture.com.my/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.