Rumah Pertama
Rumah Pertama

Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu bagi pemilikan rumah pertama sehingga RM7,000.

Siapa je yang tidak mahu memiliki rumah sendiri, namun dek kos hidup tambahan lagi di bandar-bandar besar membuatkan kita berfikir dua kali untuk membeli rumah.

Baru-baru ini dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai itu bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama dalam kalangan rakyat.

Galak Pemilikan Rumah Pertama, Kerajaan Beri Pelepasan Cukai Sehingga RM7,000
Rumah Pertama

“Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan.

Ads

“Pelepasan cukai sehingga RM7,000 itu diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, pelepasan cukai sehingga RM5,000 turut diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.

Ads

“Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027,” katanya.

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

Ads

IMPIANA :  Wah, menarik ni…dah boleh la survey rumah pertama anda!

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI