10 Koleksi Meja Makan Ini Ubah Penampilan Ruang Sekelip Mata

Share

Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.

IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!

Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot, penggunaan warna ‘earth tone’
pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.

 

Karpet saiz besar bercorak abstrak menjadi fokus utama ruang makan indah ini. Meja konsul dengan rekaan kemas diletakkan di belakang meja agar dinding tidak kelihatan kosong dan terlalu dull. Penggunaan aksesori walaupun ringkas tetapi ia cukup untuk menarik perhatian serta membuatkan ruang lebih sempurna.

 

Pencahayaan semulajadi juga menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan feel konsep Abad Pertengahan. Hiasan dinding ditambah sebagai penambah seri  dinding putih dan polos manakala meja bulat simple pula sebagai pelengkap gaya.

 

Kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan karpet oriental menjadikan ruang makan ini nampak elegan. Pencahayaan semulajadi turut menjadi taruhan apabila limpahan cahaya matahari memenuhi ruangan bertemakan mid-century ini membuatkan suasana lebih segar dan hidup.

 

Pemilihan lampu pendant unik dengan mentol putih kelihatan menarik apabila dipadankan dengan meja makan ini. Kemasan kaki meja juga menjadikan ruang ini lebih berpersonaliti. Ringkas tetapi elegan!

 

Tumbuhan hijau memberi pengudaraan segar serta tampak serasi di samping set meja makan coklat dan biru tua. Bingkai gambar dan artwork di susun di atas meja konsul menyuntik suasana cosy. Sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya santai dan ringkas tetapi masih lagi menyerlahkan impak.

 

Kaki kerusi yang di reka senget menjadikan set meja makan ini nampak lebih ‘sleek’. Cermin bulat digantung rapi pada dinding betul betul diatas meja konsul akan memberi first impression yang baik pada tetamu. Ada kalanya sesuatu yang ringkas serta tidak berlebihan dalam rekaan adalah lebih baik.

 

Sepasang ‘Sputnik chandelier’ yang digantung  pada siling meja makan menjadi tarikan utama ruang ini. Dinding putih, karpet oriental serta artwork pada dinding juga melengkapkan lagi suasana Abad Pertengahan moden.

 

Mix and match kerusi di meja makan untuk ruang  tampak lebih ranggi dan menonjol. Tidak ada peraturan menyatakan sesebuah meja makan itu mestilah sedondon. Tampilkan kelainan sekali sekala baru lah unik ruang makan anda. Elemen kayu serta warna ‘warm’ pula mambuatkan ruang ini nampak selesa.

 

Dinding putih, warna ‘tan’ serta karpet oriental merupakan kombinasi yang tepat untuk mendapatkan ruang berkonsepkan Abad Pertengahan. Less is more!

 

Sumber : Pinterest

Published by
Amalina