Bajet yang besar belum tentu menjanjikan kesempurnaan kediaman yang di bina. Banyak lagi faktor yang perlu dititikberatkan sebelum kita benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja yang dipersembahkan. Perkara ini terbukti benar dengan binaan sebuah rumah kecil tetapi cukup sempurna milik Puan Sharmiela Wahab
dan keluarganya yang terletak di Telok Gadong, Klang ini.Menurut pemilik, kediaman berkeluasan 1800 kaki persegi ini dilengkapi dengan 2 bilik dan sebuah bilik air ini dibina dengan kos RM40k sahaja! Ya, hal ini nampak mustahil tetapi jika bijak merancang, segalanya pasti boleh dicapai.
“Kalau nak tahu, kami beli sendiri bahan mentah seperti batu dan pasir tanpa mengupah kontraktor. Dan kebetulan rezeki kami suami isteri, buruh binaan yang diupah baru sampai dari negara seberang dan masih tiada kerja, jadi selama 2 bulan suami sendiri ulang alik hantar dan ambil pekerja sehingga rumah siap..”
Menurut Puan Sharmiela lagi, untuk tingkap dan pintu beliau hanya gunakan yang secondhand tetapi perlu pandai memilih mengikut konsep dan bajet yang ada. Tidak semua barangan secondhand
tu tidak cantik atau tidak berkualiti, bahkan jika bernasib baik anda mungkin boleh dapatkan barang secondhand yang masih lagi kelihatan baru dengan kualiti yang bagus. Bukan sahaja dapat rumah yang cantik, anda juga dapat jimatkan banyak wang. Barulah boleh dikatakan bijak berbelanja.Untuk bahagian rekaan dalaman pula, konsep pastel Scandinavian telah menjadi pilihan yang dilihat amat sesuai dengan personaliti tuan rumah yang lemah lembut dan ringkas. Dibawah ada beberapa gambar perkongsian yang boleh pembaca lihat dan dijadikan inspirasi. Selamat mendeko!