Setiap kali membelek katalog warna, kita sendiri bagai terpesona dengan iklan yang menggoda. Warna dah macam pembayang mata dengan beraneka warna. Tidak kita nafikan ramai di kalangan kita gemar melakukan tata hias ala suai padan. Namun hakikatnya banyak padanan yang dilakukan tidak sesuai.
Bukanlah nak mengata tetapi inilah jadinya jika memilih warna ikut suka. Kononya lagi mahal warna tu, lagi eleganlah rumahnya. Siap kerling-kerling kita masa beli cat tu kasi semua yang ada dengar dia beli cat mahal. Walhal bukan kita tak tahu rumahnya konsep perabotnya langsung tak sesuai dengan koleksi perabot jati dia.
Ads
Bayangkan dengan koleksi perabot jati perang kelam itu dikenakan dengan rona biru nila kononya kombinasi urban dan tradisi. Biru nila sudah tentu birat ronanya dan dipadankan dengan jati perang gelap. Jadi apa maksud yang cuba ditonjolkan ini? Percanggahan warna dalam sebuah ruang, menyebabkan segala yang mahal itu bertukar menjadi buruk. Apatah lagi rumah pangsapurinya itu, bukan disimbah cahaya mata hari sangat.
Bukan semua konsep boleh kita mandikan dengan warna. Ada juga warna yang tidak padan angsung dengan sesetengah konsep. Ini adalah kerana ia melibatkan inspirasi dari alam, budaya, idealogi dan pelbagai lagi. Misalnya konsep perabot Asia Nusantara. Bahan-bahannya ringkas dan terus dari hutan atau paya seperti kayu jati, rumpai air dipilih dan rotan. Jadi ia rapat dengan alam dan persekitaran tropika. Tidak hairan jika warna-warna terang atau warm neutral begitu cantik diganding dengan perabot seperti ini. Tambahan pula selalunya kayu-kayu tropika yang tegap berwarna perang koko. Jadi rona terang dan panas ini mampu memberi keseimbangan kepada ruang.
Ads
Ads
Antara yang padan seperti jingga, hijau daun pisang terang dan gelap, putih gading, kuning, merah cili, perang caramel , perang keemasan atau suasa dan ada juga yang berani kenakan merah si jantung pisang.Anda juga boleh bermain dengan biasan putih almond, gandum dan nude colour.
Haa esok kita gossip pasal cool neutral pula. Konsep apa yang sesuai cantik sangat dengan rona seumpama ini ok…
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
HANYA GARISAN RINGKAS, SUDAH CUKUP MEMBUAT KATIL ANDA TAMPIL MEWAH DAN MEGAH
LENGKUNGAN KLASIK INSPIRASI DARIPADA KAKI PERABOT ART NEAVOU, MEMBERI NIKMAT PANDANG PADA RUANG KAMAR
Menemani mu dengan penuh setia bersama limpahan gaya elegan nan mempersona. Bagi yang romantis sudah pasti akan terasa sentuhan kasih sayang empat orang kekasih menemani dirinya melelapkan mata saban malam. Masuk apakah ini hanya melihat katil bertiang empat dengan pelbagai rekaan yang tidak pernah hampakan pemilik kediaman.
ANDA BERSEDIA MEMILIKI KATIL SEUMPAMA INI?
Katil bertiang empat, biar klasik mahu pun moden tetap memberi satu rasa kagum kita dalam tata hias kamar beradu. Baik tiang sahaja tanpa struktur sambungannya yang membentuk seperti kanopi. Masing-masing punya kelebihan dan peminat sendiri. Malah terdapat sedikit perbezaan dari tema Inggeris, Perancis, moden dan kontemporari. Apa yang pasti kemegahan rekaan katil bertiang sememangnya tidak pernah menghampakan. Kepuasan memilikinya apatah lagi beradu di atasnya. Baik yang bersaiz king atau queen, pastikan pilihan anda tepat pada ruang kamar, bajet dan konsep. Simple-simple aja di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Apabila menghias rumah, selalunya kita akan dimomokkan dengan berpendapat bahawa ia akan menelan belanja yang tinggi. Tahukah anda tanggapan ini adalah salah dan harus ditentang kerana terdapat banyak pusat jualan perabot yang murah serta kedai barangan hardware yang tumbuh bagai cendawan. Dari sini kita sudah tahu bahawa tiada halangan untuk menghias rumah dari tema yang bosan kepada hasil yang menarik dan elegan.
Menurut pemilik yang berasal daripada Pulau Pinang Pn Aiza Shereen menyatakan bahawa “kami banyak berbelanja di kedai perabot yang tidak berjenama terutamanya semasa sesi jualan murah dijalankan. Dinding ini kami cat sendiri tanpa mengupah pekerja kontrak dan pembelian aksesori hiasan adalah secara berperingkat serta kitar semula perabot lama yang masih elok.”
Pimilik dan suaminya menetap di rumah jenis teres dua tingkat di Nibong Tebal, Pulau Pinang berkeluasan 1400 kaki persegi dengan kapasiti empat bilik tidur dan tiga bilik air. Selain itu, segala gerak kerja dekor dijalankan bersama suami bermula dari awal tahun 2018 dan siap sepenuhnya selepas tiga bulan.
“Saya dan suami sentiasa mengemas setiap inci rumah terutamanya bahagian yang selalu bersepah dan bersyukur kerana kedua-dua anak lelaki yang masih kecil tidak gemar mengusik barang hiasan”, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun.
Pujian harus diberikan kepada empunya rumah kerana bijak dalam membahagikan ruang tamu yang besar dengan membahagikannya kepada dua bahagian. Antara pembahagian ruang yang diwujudkan adalah adalah bahagian hadapan khas untuk menonton televisyen dan satu lagi adalah ruang perbincangan dengan meja segiempat tepat di tengahnya. Jika anda perasan, di sebelah sofa three seater, terdapat dua partition iaitu tiang para dengan tumbuhan segar yang menyempadani akses ruang tamu dan dapur.
Apabila meneliti hasil sentuhan peribadi suami Pn Aida dalam memasang kayu wainscoat, ianya seakan hasil kerja pakar yang sudah lama dalam bidang pemasangan panel kayu. Ia seakan tidak nampak kesan cela yang selalu kita lihat di kediaman yang lain apabila memasang wainscoat terdapat beberapa kesan finishing yang tidak kemas, tapi di rumah ini, voila, nampak elegan dan mewah.
Hayati kompilasi imej di bawah ini untuk tatapan dan rujukan peminat panel dinding wainscoating, jika ada pertanyaan lanjut, pm sahaja Pn Aiza Shereen untuk maklumat lanjut, Selamat Mencuba!!
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menetap di rumah kuarters kerajaan sama seperti tinggal di rumah sewa kerana anda tidak boleh membuat sebarang perubahan fizikal seperti pemecahan untuk meluaskan saiz ruang, menebuk dinding dan sebagainya. Bagaimana anda masuk, begitu juga semasa anda keluar rumah setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk dipindahkan ke jabatan yang lain.
Walaupun begitu, ia bukanlah satu halangan yang besar buat Pn Nik Noorma Ailing dan pasangannya iaitu En Mohamad Nazir Hamid untuk menghias rumah dengan tema vintage.
Untuk maklumat, pasangan ini juga banyak membeli barangan hiasan di kedai perabot dan juga daripada kedai atas talian. Selain itu, mereka juga amat berhati-hati dalam merancangan kewangan perbelanjaan untuk membeli barangan serta membandingkan harga mengikut kedai.
“Saya dan suami hanya mengambil masa selama dua bulan untuk hiasan di bahagian ruang tamu baik daripada pemasangan wallpaper, hinggalah kepada pemilihan perabot dan aksesori lain”,katanya.
Setelah menatap gambar yang dikirimkan oleh pemilik, penulis amat tertarik dengan wallpaper yang ditampal, ianya bercorak daun pine dengan warna putih. Perabotnya juga memiliki warna yang seakan sama dengan wallpaper serta masa yang sama pilihan elemen semulajadi juga turut diselitkan dalam konsep hiasan rumahnya dengan meletakkan tumbuhan saiz besar di penjuru dinding serta pokok hiasan di atas meja sebagai penambah seri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.