Pasangan yang bagus adalah pasangan yang mampu memberi nilai positif di dalam ruang. Macam pasangan duet menyanyi. Pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan warna yang lazim membuat kita pening. Apakah padanan yang paling tepat untuk kita. Ada di kalangan kita tidak suka teknik padanan harmoni, matching- matching…..bukan style mereka…siapa sangka warna yang tidak pernah anda duga dipadankan mampu mewujudkan magis….
Ini adalah antara pilihan padanan warna menarik untuk anda…
Turquoise + Pink
Pesona penuh keriangan dan sweet. Rona lembut dan ceria melambangkan jiwa yang positif dan berani mencuba. Bagaikan bunga teratai dan daunnya di tengah tasik. Keindahan dua rona ini cukup memukau ruang kediaman anda. Padankan di ruang kamar anda dengan gaya scandinavian, tropika atau kontemporari, wow! Memukau!
Idea penuh terancang dan berani. Unik dan memberi ipak mewah dan eksklusif
Pilihan warna yang melambangkan keindahan pantai dan dasr laut yang indah.
Ruang nampak penuh eksotik , berani dan kreatif dengan padanan warna serta corak.
Nada pastel juga memberi tenaga positif
Ads
Coklat + Emas
Tidak perlu banyak emasnya, cukup sekadar menghidupkan suasana agar elemen coklat tidak memberikan mood suram.
Elegan, penuh berbudaya dan megah. Selalunya rona jingga akan menggantikan emas jika tidak mahu benda berkilau. Anda boleh memilih padanan ini untuk ruang akan yang menggunakan kayu mewah atau ruang tamu. Padanan bijak ini boleh dilakukan antara perabot dan aksesorisnya. Emas itu boleh datang dari aksesori tembaga macam barang antik atau tradisi. Simple!
Ads
Perang tua memberi elemen maskulin dan klasik. Imbangan rona terang dan gemerlapan, mengurangkan rasa kejung pada tata hias.
Kelabu + Kuning
Umpama sekuntum bunga kuning di tengah padang salju..itu inspirasinya.
Satu lagi ilham eksklusif. Warna yang agak berat tetapi mempunyai nilai riang dan serius di dalamnya. Anda yang mahukan gaya english modern atau country mungkin boleh mencuba kelainan daripada ilham seumpama ini. Bunyinya macam pelikkan tetapi dari aspek visual ia sememangnya unik dan tidak jemu dipandang.
Kelabu memberi ipak moden dan dilembutkan dengan rona kuning.Jadi ruang tidak nampak membosankan.
Ads
Clean cut, kemas dan sweet.
Padanan bersahaja dan nampak hidup. Kunning memberi keseimbangan pada ruang kelam ini.
Coklat + Turquoise
Ruang sebenarnya dihias ringkas tetapi nampak terisi mewah dan ideal.
.Mewah, menggoda dan moden . Pertemua dua elemen kuat dalam satu medium memberikan pelbagai perspektif pada padanan coklat dan turqoise ini. Ia memberi satu kepuasan pandang dan memberi kefahaman baru kepada anda yang ragu-ragu mencuba bermain dengan warna. Anda yang sukakan gaya moden klasik, english kontemporari malah moden boleh mencubanya.
Padanan yang kreatif dan bermain dengan tone. Tetapi masih menyerlah nilai elegan dan mewah.
Tidak perlu banyak, cukup sebuah dinding bagi menghidupkan tata hias coklat ini.
Simple tetapi jelas nampak elemen mewah dan artistik pada padanan warna ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Grafting adalah salah satu teknik untuk mengawinkan pokok. Kebiasaanya teknik ini digunakan industri bagi menggantikan induk pokok yang tua dan tidak berhasil dengan padanan baru,. Selain itu juga, ia digunakan untuk menghasilkan baka yang lebih baik atau menghasilkan pelbagai rona bunga dalam satu pokok.
Namun kebiasaanya, teknik ini digunakan pada pokok dari jenis yang sama. Namun bagi Sam Van Aken yang merupakan seorang profesor dari Syracuse University, teknik grafting digunakan untuk menghasilkan 40 varieti buah berbeza dalam satu induk atau pokok. Nak tahu macam mana Sam berjaya menghasilkan tanaman tersebut, tonton video yang disediakan oleh National Geogaphic
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
Pastkan anda memilih karakter perabot yang hampir sama jika menyatukan ruang makan, dapur kering dan tamu. Di sini saya memilih perabot yang mempunyai karakter berkaki kurus sebagai satu identti dan menjadkan persembahan seni hias saya lebih harmoni.
Elakkan memilih perhiasan terlalu banyak pada sesebuah ruang. anda sendiri kena ‘tahan perasaan’ apabila membeli belah kerana selalunya ruang yang agak minima ini
Jika ruang sudah minima, pastikan kemasan lantai anda disudahkan dengan kemasan lantai berkualiti. seperti lantai kayu atau papan jalur.
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jika dahulu, seluruh kejiranan akan heboh mengata apabila ada di antara jiran mereka memiliki set perabot mewah. Berukir indah dengan bunga-bungaan, awan larat dan sebagainya. Tidak kiralah kerawang ala Itali, nusantara dan sebagainya. Asal sarat dan berkilau dianggap mewah dan cantik. Apa lagi dengan bunga-bungaan di atas fabrik tebal seperti baldu, chanile dan sebagainya. Tidak sah kalau semua elemen ini diperindahkan dengan gaya langsir dramatik, dengan swag mewah beralunan indah.
Namun kini semuanya tampil berbeza. Pereka melihat semua itu tidak perlu dalam menjadikan suasana tampil mewah , eksklusif dan elegan. Idealogi mewah kini berubah dengan begitu ketara. Fokus lebih ditumpukan pada kualiti material yang digunakan. Kayu antara material mewah yang sangat tinggi hanrganya kini diserlahkan estetiaknya . Penggunakan material kayu padu yang sempurna digilap, dirawat dan dibentuk dipadankan pula dengan marmar Itali dengan rona yang jarang dijumpai sudah cukup menyerlahkan betapa mewahnya sebuah tata hias itu biar pun tidak diukir malah dibiarkan dalam bentuk kepingan separa sempurna.
Nilai empuk dan selesa sebuah perabot, bagaikan sebuah kereta mewah yang memberi kepuasan tatkala duduk di atasnya. Pembuatan yang berteknologi tinggi memberi kepuasan menggunanya. Itu belum lagi rekaan yang sangat rigkas tetapi material yang cukup kuat dipilih. Kaki sofa anda mugkin hanya sebesar penyepit makanan tetapi kehebatan rekaan dan nikmat yang ditawarkan cukup luar biasa. Inilah pilihan tata hias generasi akan datang? Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.