Menetap di rumah kuarters kerajaan sama seperti tinggal di rumah sewa kerana anda tidak boleh membuat sebarang perubahan fizikal seperti pemecahan untuk meluaskan saiz ruang, menebuk dinding dan sebagainya. Bagaimana anda masuk, begitu juga semasa anda keluar rumah setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk dipindahkan ke jabatan yang lain.

Walaupun begitu, ia bukanlah satu halangan yang besar buat Pn Nik Noorma Ailing dan pasangannya iaitu En Mohamad Nazir Hamid untuk menghias rumah dengan tema vintage.

Untuk maklumat, pasangan ini juga banyak membeli barangan hiasan di kedai perabot dan juga daripada kedai atas talian. Selain itu, mereka juga amat berhati-hati dalam merancangan kewangan perbelanjaan untuk membeli barangan serta membandingkan harga mengikut kedai.

“Saya dan suami hanya mengambil masa selama dua bulan untuk hiasan di bahagian ruang tamu baik daripada pemasangan wallpaper, hinggalah kepada pemilihan perabot dan aksesori lain”,katanya.

Setelah menatap gambar yang dikirimkan oleh pemilik, penulis amat tertarik dengan wallpaper yang ditampal, ianya bercorak daun pine dengan warna putih. Perabotnya juga memiliki warna yang seakan sama dengan wallpaper serta masa yang sama pilihan elemen semulajadi juga turut diselitkan dalam konsep hiasan rumahnya dengan meletakkan tumbuhan saiz besar di penjuru dinding serta pokok hiasan di atas meja sebagai penambah seri.

Ads

Dengan Bajet Rendah, Pasangan Ini Dekor Rumah Kuarters Tema Vintage

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI