Alkisahnya, pasangan ini merancang untuk membina sebuah kabinet dapur. Namun pembinaan dilakukan sedikit demi sedikit. Yang penting, struktur utama sudah dibina dulu tanpa kabinet.
Itu pun dah cukup senang hati dah si isteri. Sementara nak tunggu kabinet dipasang, si isteri mengambil langkah bijak untuk membuat langsir DIY menutupi ruang kabinet yang masih kosong di bahagian bawah. Nak dipaku atau ditebuk sayang, nanti mengganggu struktur pulak jadi penggunaan bahan mudah alih adalah yang terbaik asalkan kos nya murah dan nampak kemas.
Jadi pemilik menggunakan pelekat jubin, dan batang besi sebagai pemegang langsir. dan cable tie digunakan untuk mengikat langsir pada batang besi tadi. DAN INI HASILNYA.
Dengan hanya bermodalkan lebih kurang RM50, pemilik berjaya membuatkan kitchen cabinet tampil menarik dan tersusun. Asalkan rajin dan kreatif hasilnya pasti menggembirakan hati.
sumber: Puan Noranizah
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Betul Membasuh Kain Langsir Dalam Mesin Basuh
Bergantung kepada jenis material kain langsir tersebut sama ada ia boleh dibasuh dengan mesin basuh ataupun tidak. Sebagai contoh, material kain langsir yang lebih ringan adalah sesuai untuk pembasuhan di dalam mesin basuh manakala jenis material berat, tidak digalakkan. Berikut ialah teknik – tekniknya;
1. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan untuk fabrik lembut, pilih untuk menggunakan sistem itu. Jika sebaliknya, pilih penggunaan kitaran cool wash ataupun slow spin.
2. Tuangkan pencuci fabrik harian anda di dalam mesin basuh lebih kurang dua penutup.
3. Sekiranya kain langsir terlekat kotoran degil, sebelum membasuh dengan menggunakan mesin basuh rendamkan terlebih dahulu kain langsir lebih kurang 15 – 30 minit di dalam sebatian baking soda dan cuka putih. Kemudian bilaskan kain langsir dan masukkan ke dalam mesin basuh.
4. Jika anda bimbang kain langsir merenyuk, jangan ambil risiko membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan dengan basuhan tangan sahaja.
5. Untuk mengekalkan langsir yang cantik dan bebas bau yang kurang menyenangkan, gunakan vakum ataupun berus lembut untuk menyingkirkan habuk dan kotoran. Serta semburkan dengan haruman fabrik.
10 TIP LANGSIR DARI IMPIANA
1.Sheer curtain anda menjadi kelabu? Jangan bimbang, rendam sahaja langsir anda dan biarkan semalaman. Kemudian basuh dan bilas seperti biasa. Jika keadaannya masih agak kekuningan disebabkan oleh kesan kimia cahaya matahari, tukarkan fungsinya kepada hiasan katil seperti kelambu atau pembahagi ruang. Paling penting dengan cucian sempurna ia bukan sahaja berbau wangi dan segar, malah bersih serta masih boleh dikitar semula.
2.Kucing anda semburkan ‘haruman’ pada langsir anda? Jangan panik! Anda boleh rendamkan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda itu sahaja atau memilih untuk merendamkan keseluruhan langsir. Sebelum merendamkannya ke dalam cecair cucian, sapukan bahagian yang terkena semburan kencing kucing anda dengan ubat gigi. Biarkan dalam sejam dua. Kemudian terus merendam ke dalam cecair pencuci agar bau kencing kucing hilang, malah tidak boleh dihidu oleh kucing anda.
3.Bagi langsir yang menggunakan kain tebal, anda boleh menggunakan bulu yam atau fabrik pembasmi habuk. Anda boleh lap debu atau habuk yang melekat pada langsir. Lakukan seminggu sekali terutamanya jika anda menetap di kawasan bandar. Manakala bucu langsir pula boleh disedut dengan menggunakan penyedut hampagas. Ada kalanya debu-debu seumpama inilah yang menjadikan fabrik nampak kotor dan kelabu terutamanya bagi anda yang memilih fabrik daripada jenis renda kasar.
4.Bagi yang menggunakan renda, anda juga boleh merendam seketika dengan air panas bersama serbuk pencuci agar rongga jalinan terbuka dan membebaskan kotoran pada celah-celah jalinan benang.
5.Awas! Jika anda menggunakan fabrik sheer halus yang eksklusif, pastikan anda menggunakan mesin basuh daripada cucian lembut supaya ia tidak merosakkan kain.
6.Pastikan anda hanya mencuci langsir sahaja di dalam satu bekas cucian terutamanya jika anda membasuh langsir yang berwarna gelap. Ini bagi mengelakkan warnanya tidak berbelak atau luntur .
7.Anak anda suka menepek gula-gula getah pada langsir? Tentu anda sakit hati bukan? Tenang ya! Anda boleh terus menggosok gula-gula getah tersebut dengan air batu sehingga keras. Kemudian anda boleh menariknya dengan mudah.
8.Jika langsir anda mempunyai tiga panel, anda boleh menukar bahagian panel yang anda mahu dan gantikannya dengan fabrik baharu yang bersesuaian terutamanya di bahagian bawah yang selalunya lebih kotor daripada bahagian atas.
9.Elakkan membasuh swag dengan mesin basuh terutamanya jika anda menggunakan swag daripada jenis satin polos. Ini boleh menjadikan juraian kain langsir anda berkedut dan amat payah untuk anda menggosokkannya nanti.
10.Bagi yang memilih langsir klasik, tali ikatan dengan tassel jangan dibasuh dengan menggunakan mesin basuh. Seandainya kotor, memadai dengan merendamkan tassel tersebut semalaman. Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental lembut segala kekotoran jika perlu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal RM 8 Sahaja Lelaki Ini Tunjuk Cara Baiki Peti Sejuk Yang Rosak
Peti sejuk merupakan perkakas rumah yang paling popular ; setiap kediaman WAJIB dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk. Ia diperlukan sebagai salah satu ruang penyimpanan makanan yang amat penting di dalam sesebuah rumah. Suhu peti sejuk yang lebih rendah daripada suhu bilik dapat merendahkan kadar pembiakan bakteria dan menjadikan makanan yang disimpan tahan lebih lama dan kurang berlaku kerosakan.
Tetapi apabila sudah tiba masanya, peti sejuk tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Kadangkala bahagian sejuk beku tidak membekukan dan bahagian bawah pula hanya mengeluarkan udara yang sama seperti suhu bilik. Perkara ini sudah tentu akan membuatkan anda kaget. Perlu ke nak beli peti sejuk yang baru? Sebuah peti sejuk bukannya murah.
Tunggu dulu. Pada akaun fb Encik Md Helmee Abu, beliau ada kongsikan cara-cara membaikpulih peti sejuk yang mempunyai masalah yang sama hanya dengan kos RM8 SAHAJA! Mari kita ikuti step-by-step yang Encik Helmee tunjukkan ini semoga berguna buat anda semua.
LANGKAH #1
Alat yg diperlukan :
- Screwdriver Phillips (+)
- Playar
- Electrical Insulating tape
- Defrost Thermostat
LANGKAH #2
Pastikan kepala power plug dicabut dahulu.
LANGKAH #3
Buka penutup bahagian atas dangan mengumpil pelekat bulat dan buka skru (bulat merah)
LANGKAH #4
Pasang kembali kepala plug. Switch “on”. Jikalau kipas yg dibulatkan merah masihberfungsi bermakna mungkin masalahhanya pada defrost thermostat sahaja.Cabut kembali power plug. Kemudian tanggalkan juga cover ini.
LANGKAH #5
Penutup yg telah ditanggalkan.
LANGKAH #6
Defrost thermostat
LANGKAH #7
Buka plastik yg membalut socket wayar dan cabut socket wayar defrost thermostat.
LANGKAH #8
Gantian yang dibeli dgn harga RM8. Memandangkan socket gantian defrost thermostat yg dibeli tidak sama. Maka saya potong dan sambung dgn socket yg asal. Balut dgn kemas bahagian yang disambung menggunakan electrical insulating tape.
LANGKAH #9 & #10
Pasang kembali defrost thermostat yang telah disambung ke tempat asal.
LANGKAH #11
Pasang semula penutup dengan kemas.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Almari Tudung Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun!
Isi Kandungan
ToggleDIY Almari Tudung Guna Paip PVC, Elok Tersimpan Kemas Tersusun! Biasanya bila tudung-tudung banyak dan berlambak di rumah, memang payah nak menyimpannya dengan kemas tersusun dan mudah dicari. Sebenarnya ada cara mudah untuk pastikan tudung-tudung elok tersimpan dan kemas tersusun.
DIY buat almari tudung sendiri je di rumah, guna paip PVC dan papan lapis. Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, malah memang jimat kos.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Shafiq Abdul Hamid ini.
Siapa tak sayang bini ooi. Almari Tudung DIY untuk bini pakai paip PVC je.Baru la muat tudung-tudung kita yang berlambak-lambak tu. Barang-barang simple je cari dekat kedai hardware.
Bahan Diperlukan:
Paip PVC 2 batang 19 kaki, potong 6 inci (RM76)
Pemegang pintu 2 buah (RM4)
Papan lapis 12mm (RM65)
Engsel (RM4)
Syelek Kayu 1 liter (RM20)
Total: RM 169
Cara Membuat:
1. Sediakan paip PVC, potong enam inci setiap satu.
2. Buat ukuran pada papan lapis, pasang pemegang pintu dan engsel.
3. Kemudian sapu syelek kayu supaya almari nampak lebih menyerlah dan biarkan kering.
4. Susunkan paip PVC tadi dan boleh simpan tudung di dalam almari tersebut.
Siap! Selamat Mencuba!
Total kos hanya RM169 je tapi cinta terhadap isteri tiada nilainya.
Mesti Baca:Buat Sendiri Penyangkut Tudung Guna Barang Bajet, Kemas Dan Lebih Jimat Ruang
Baca Lagi Di Sini:3 Cara Mudah Untuk Tanggalkan Kesan Solekan dan Peluh Pada Tudung
Artikel Menarik:10 Cara Terbaik “organize” Tudung Anda Dalam Bilik, Yang Penting Guna Barang Murah dan Mudah
IMPIANA: Memang kreatif sungguh, buat almari tudung sendiri di rumah. Hasilnya tudung-tudung pun elok tersimpan dan kemas tersusun. Encik suami yang pandai bertukang tu, boleh cuba buat sendiri untuk isteri tersayang.
Sumber: Shafiq Abdul Hamid
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI