Berkenan nya tengok dapur permainan dekat ikea tu. Tapi mampu tengok sahaja lah. Teringin nak bagi si cilik ni main permainan macam tu. Bukan tak mampu nak beli, tapi nanti membazir sahaja. Hanya dalam tempoh atau tahap tertentu sahaja ia akan digunakan dapur mainan tu. paling kuat setahun, selepas itu terbengkalai lah sebab sudah tidak padan dengan usia si cilik.
Tak perlu beli mahal-mahal. Apa kaat kita ikut idea DIY En. AJ Faizal Tone
DIY je sendiri dapur mainan buat anaknya dari rak buku murah dan bahan-bahn kitar semula.Bahan-bahan utama:
– Kabinet 3 tingkat RM18
– Kabinet 2 tingkat RM14
– Kepala paip RM2
– Sesiku L RM 2
– 1 kaki paip PVC (sedia ada)
Bahan-bahan yang lain guna recycle dan ada juga yang mamang dah ada. Antara bahan yang ada dan bahan kitar semula adalah seperti panel plastik untuk dapur dan dinding. Bahan tersebut saya ambil yang orang buang. Papan untuk meja pun bahan recycle. Eksesori lain seperti lampu, pingan, mangkuk, kuali dan lain-lain
1. Pasangkan rak buku mengikut langkah-langkah yang tertera pada pek pembungkus
2. Paip PVC 1 kaki di padankan dengan kelapa paip serta disambungkan pada alas dapur yang diperbuat daripada penal plastik kitar semula. Sebelum itu, sediakan lubang untuk paip dan besin yang akan menjadi sinki. Untuk kukuh, gunakan gam panas pada setiap sambungan
3. Lekatkan besen pada alas dapur dengan menggunakn gam panas
4. Gunakan sesikul L kecil sebagai tungku dapur
5. Untuk hasilkan mimic api pada dapur, gunakan lampu dengan kuasa bateri berwarna merah yang dilekatkan di bawah tungku
6. Lekatkan alas dapur pada struk utama
7. Pasangkan penyangkuk periuk dan dinding belakang dapur. SIAP!