Walaupun hanya sekadar peminat deko, ia tidak menghalang seorang kakitangan universiti awam untuk menatarias sebuah kediaman studio di Sri Hartamas, Kuala Lumpur hanya dalam masa 3 minggu untuk tukar segalanya daripada biasa kepada luar biasa.
Studio apartment ini berkeluasan 450 kaki persegi dengan 1 bilik air dan tandas. Ia dihias mengikut tema moden minimalist seperti menggantung pelbagai poster abstrak yang menyerlahkan lagi tema menarik ini.
Menurut empunya kediaman iaitu, Pn Nurul Anis Omar, ‘saya amat menyukai tona lembut seperti warna kelabu muda dan biru gelap kerana ia membantu apartment kecil saya ini nampak luas, menarik dan elegant’.
Hiasan rumah ini memfokuskan di bahagian kamar tidur agar menampakkan ia seperti sebuah bilik hotel mewah.
“Gabungan tona warna dinding yang gelap dan hiasan bingkai frame lukisan abstrak menghiasi ruang tidur kediaman ini dan diserikan dengan gambar motif flora bagi menambahkan lagi seri ruang tersebut”, katanya yang mendapat sentuhan peminat dekorasi dalaman iaitu En Haziq Ammar.
IKLAN
Selain itu, menurut pereka dalaman ini lagi, dia turut menjalankan beberapa projek tatarias dekorasi di tempat lain seperti di Alor Setar dan Lembah Kelang.
Di bawah ini IMPIANA sediakan beberapa paparan bagaimana proses sebelum dan selepas dekorasi dijalankan dalam kediaman ini. Penulis berasa kagum dengan sentuhan beliau yang hanya bergantung kepada minat dan banyak merujuk kepada group dekorasi di facebook dan pinterest.
Sebelum
IKLAN
Selepas
IKLAN
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Jangan panik! Yang digantung adalah lampu ruang. Dahulu lampu seumpama ini dilihat tiada apa yang istimewa. Cukup sekadar lampu gantung yang memberi cahaya kepada ruang. Malah adakala terendak pun tiada cukup sekadar mentol. Manakala bagi yang mempunyai cita rasa barat(pada ketika itu), pasti mempunyai inisiatif mencari bekas hiasan atau terendak lampu untuk ruang kediaman. Itu pun tidak ramai yang mempunyai kesedaran seumpama ini. Lampu hanyalah lampu. Itu sahaja….
Namun kini ramai di kalangan kita sedar, pencahayaan itu penting. Bekas dan persembahan lampu juga penting dan ada di antara lampu ini berinspirasikan rekaan lampu-lampu lama di masa lalu. Malah kehadiran lampu gantung di ruang kediaman bukan sahaja atas dasar menerangi ruang dengan lebih fokus, juga membentangkan keselesaan untuk mata dan memberi suasana santai serta elegan.
Pereka melihatnya sebagai satu ruang yang boleh diperbaiki juga diperkembangkan. Daripada rekaan ringkas, seperti terendak menjadi pelbagai bentuk dan tekstur. Malah pereka mengambil pelbagai inspirasi dari sekitar alam. menjadikan lampu ini begitu istimewa dan menjadi tumpuan di dalam kediaman. Umpama barang kemas dalam sebuah ruang. Kesan sinar yang dihasilkan juga pelbagai ragam. Pilihlah sebuah atau segugus yang mana kini rekaan lampu gantung begitu berani menampilkan lampun gantung bentuk sekumpulan atau tiga serangkai menjadi keunikan pada rumah anda. Apa yang penting pilihlah rekaan dan warna yang sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman. SIMPLE-SIMPLE JE DI IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki meja kaunter atau island kitchen di dapur menjadi impian setiap pemilik rumah. Ini kerana ia amat efektif dalam memastikan tugas penyediaan hidangan untuk seisi keluarga berjalan lancar. Bagaimana pula kalau mahu aplikasikan projek ini tetapi berhadapan dengan masalah kawasan dapur bersaiz kecil?
Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk sediakan counter table di dapur melalui perkongsian idea yang diberikan oleh Pn Betty Ramli di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Hillpark, Kedah.
Idea ubahsuai ini datang selepas pasangan ini berasa tidak selesa kerana mempunyai barang yang terlalu banyak di dapur dan ingin memberikan nafas baharu di dapurnya.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang bertugas sebagai mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal sesuai untuk mereka yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.