Masih tertanya-tanya kenapa bilik kita tak cantik? Simple je, sebab susunan yang kurang memuaskan atau hiasan kepala katil yang telah diabaikan? Dinding di bahagian kepala katil ini bolehlah kita anggap sebagai feature wall. Jadi inilah tempat untuk kita hias dan mewakili peribadi kita.
Macam-macam cara boleh kita hias dari material mahal sampailah murah.f Apa yang penting kreativiti dan keberanian. Kata orang nilah dinding utk kita gantung segala gambar sentimental atau ilham kreatif terutama anak-anak remaja.
IDEA KREATIF KAMAR SI BUJANG. BOLEH DIJADIKAN LAMPU TIDUR ATAU MEWUJUDKAN SUASANA SANTAI….
GRAFIKA YANG BOLEH DIBELI HURUF -HURUF SEUMPAMA INI ATAU PUN BUAT SENDIRI…
DESA SCANDINAVIAN YANG MEMENTINGKAN KESELESAAN DAN SIMPLE TOUCH TERUTAMA JIKA KATIL ANDA TIDAK MEMPUNYAI HEAD BOARD….
SIMMPLE DAN ROMANTIC TERUTAMA ANDA SI PENGANTIN BARU……SURUHLAH WEDDING PLANER BUATKAN….
SUSUNAN KLASIK DENGAN DERETAN BINGKAI GAMBAR SEMPURNA. CUMA GAMBAR GEOMETRI MODEN MEMBERI SATU PESONA BERBEZA. GANTUUNGKAN SETINGGI 7′ SAMA ARAS DENGAN FRAME PINTU. SIMPLE!
LANGIT-LANGIT, GAYA KLASIK YANG MASIH BOLEH DIPRAKTIKALKAN BAGI YANG MEMILIH ROMANTISME.
GAYA SANTAI SUSUNAN BERSAHAJA PENUH SENI. ILHAM KONTEPORARI INI SESUAI BAGI MENGHIDUPKAN RUANG BILIK TIDUR YANG HAMBAR. CUMA JANGAN SAMPAI TERHIMPAP GAMBAR KE MUKA ANDA TIME TIDUR UDAH LE……
IDEA KREATIF UNTUK SI MANJA. HURUF YANG BESAR BOLEH DIBUAT DENGAN BOARD DAN DITAMPAL. ELEEN PENCAHAYAAN SELAMAT JUGA BOLEH DISERTAKAN JIKA MAHU
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Elak Tertipu, Cara Mudah Uji Kandungan Alkohol Yang Betul Dalam Hand-Sanitizer
Tak sudah lagi cerita pasal hand-sanitizer ni. Umum tahu, kandungan alkohol yang diperlukan dalam hand-sanitizer yang berkesan menangani atau membasmi kuman adalah antara 60-90%. Tapi, nampak gayanya banyak penjual yang menipu pengguna terutamanya produk yang dibeli atas talian. Tulis je 70% alkohol. Tapi kita tak tahu sebenarnya kandungan alkohol di dalam hand sanitizer tu hanya 30% atau kurang lagi.
Nak pastikan anda tidak tertipu, lakukan ujian mudah ini. Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)
Lihat perubahan, pada TANDA BETUL. Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dengan ketara.
Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.
Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan PANGKAH
Ia adalah kesan ujian hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol yang sikit. Ia hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Sofa Kulit Untuk Kediaman Dengan Tema Dekorasi Klasik
Tip pilih sofa kulit untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik. Sofa kulit asli merupakan salah satu perabot yang menjadi kegemaran ramai kerana ia nampak elegan dan tahan lasak. Kehadiran sofa kulit mampu memberikan kesan mewah dan klasik pada masa yang sama kepada bilik di rumah.
Bagaimanapun, memilih sofa kulit tulen yang sesuai untuk dalaman rumah klasik boleh menjadi tugas yang mencabar, kerana jika tersalah pilih sofa, maka kesannya bilik akan kelihatan lebih sempit dan tidak selesa.
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda memilih sofa kulit tulen yang betul untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik.
PILIH WARNA YANG PADAN DENGAN INTERIOR RUMAH KLASIK
Warna sofa kulit tulen yang anda pilih mestilah sepadan dengan warna dalaman rumah klasik anda. Untuk dalaman rumah klasik, warna seperti coklat gelap, hitam, merah tua dan hijau tua akan kelihatan sangat sesuai. Warna-warna ini akan memberikan bilik anda rasa klasik, hangat dan elegan.
PERTIMBANGKAN SAIZ SOFA
Mengukur ruang dengan model dan saiz sofa kulit yang akan anda beli adalah salah satu faktor yang paling penting. Anda boleh mengukur ruang di rumah anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa kulit, supaya apabila anda memutuskan untuk membeli sofa, anda sudah tahu saiz yang sesuai.
Saiz sofa juga perlu dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit tulen untuk dalaman rumah klasik. Pastikan sofa yang anda pilih adalah saiz yang sesuai untuk ruang yang ingin diletakkan sofa tersebut. Jangan pilih sofa yang terlalu besar sehingga menyebabkan ruang tersebut kelihatan sempit dan tidak seimbang.
BERI PERHATIAN KEPADA BUTIRAN REKA BENTUK
Reka bentuk sofa kulit tulen yang betul untuk dalaman rumah klasik adalah reka bentuk yang mempunyai perincian yang menarik dan elegan. Pilih sofa dengan bingkai kayu yang cantik dan ukiran halus. Butiran seperti kaki sofa melengkung atau tempat letak tangan berpusing mampu menambah sentuhan klasik pada bahagian dalam rumah anda.
PASTIKAN KUALITI KULIT TULEN YANG DIGUNAKAN
Kualiti kulit tulen adalah faktor penting untuk dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit untuk dekorasi rumah klasik. Pastikan kulit yang digunakan adalah kulit asli yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda juga boleh menyemak sama ada kulit telah melalui proses penyamakan yang baik supaya ia kekal tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, pilih sofa dengan bingkai yang kukuh dan kukuh untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk digunakan.
SESUAIKAN DENGAN BAJET ANDA
Akhir sekali, pastikan pilihan sofa kulit tulen yang ingin dibeli mengikut bajet anda. Sofa kulit tulen berkualiti tinggi biasanya mempunyai harga yang mahal. Namun, jangan korbankan kualiti untuk harga yang lebih rendah. Pilih sofa kulit asli yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda.
Kesimpulannya ketika memilih sofa kulit tulen yang betul untuk dekorasi dengan tema klasik, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan faktor seperti warna, saiz, reka bentuk, kualiti kulit dan bajet. Dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor ini, anda boleh memilih sofa kulit tulen yang betul untuk menjadikan dekorasi kediaman anda yang bertemakan klasik lebih elegan, hangat dan selesa.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cetusan Dekorasi Gaya Eklektik
IMPIANA diberi peluang untuk menjengah kediaman milik peribadi pemilik kedai fabrik eksklusif Janine dan perabot Gudang yang terkenal dengan kualiti dan pembuatan yang cukup sempurna. Puan Karina Merican seorang yang lemah lebut dan kecil molek orangnya. Tetapi beliau cukup aktif dan fokus dengan apa yang dilakukan. Kediaman jenis semi-D di Desa Sri Hartamas ini bukanlah kediaman rasmi beliau, tetapi beliau tetap menyuntik aura ketenangan dalam hiasan yang meruntun peminat gaya dan cita rasa eklektik ini.
Jika dilihat secara terperinci sentuhan di setiap perabot yang menjadi hiasan dalam kediaman ini semuanya mempunyai cerita sebaliknya. Menarik bukan. Pemidang yang menjadi hiasan paling menyerlah di ruang tamu ini adalah perabot warisan daripada bonda tercinta Puan Karina Merican. Suntikan seakan ciri peranakkan ini membuatkan kediaman ini berasa seakan berada di sebuah resort percutian.
Tidak mahu bercerita panjang mengenai kediaman milik peribadi Puan Karina Merican, tetapi IMPIANA ingin berkongsi pendapat dengan pembaca sebalik kediaman beliau yang mungkin menjadi inspirasi kepada semua yang mengemar dengan ciri eklektik ini.
Sedap mata memandang kediaman ini, bukan? IMPIANA tertarik dengan kediaman pilihan kali ini, sebuah pemaju yang tidak asing lagi di dalam industri hartanah, siapa lagi kalau buka SP Setia. Kali ini kediaman jenis Semi-D berkembar dua tingkat menjadi tarikan. Lihat sahaja kawasan persekitaran dan juga kemudahan yang lengkap membuatkan kawasan perumahan ini pastinya menjadi tumpuan.
IMPIANA tertarik dengan komitmen dan usaha pemaju S P Setia ini. Banyak hartanah milik pemaju ini, berada di lokasi yang strategik. S P Setia memastikan pembangunan milikinya mempunyai ciri-ciri hebat untuk penghuninya. Pembangunan yang pesat di sekitar kawasan perumahan yang dibina menjadi tarikan utama pembeli. Akses yang lengkap serta persekitaran yang harmoni membuatkan ia bertambah menarik untuk didiami.
Verdale, rumah berkembar dua tingkat dengan keluasan tanah 40 kaki persegi x 80 kaki persegi dan bukaan rumah 3,118 kaki persegi ini memuatkan empat bilik tidur, empat bilik mandi dan satu powder room di tingkat bawah.
Menariknya kawasan kediaman yang di kelilingi dengan tanaman bunga Edence dan Florence koleksi musim bunga yang mewarisi keindahan dalam orientasi lingkaran yang unik di kediaman ini. Manakala, Twinkle Pavilion yang indah mencerminkan suasana yang ceria di samping taman permainan untuk kanak-kanak.
Setia Alamsari yang terletak di koridor Kajang-Bangi menjadi tarikan dan tumpuan. Dengan perbandaran bersepadu seluas 775 ekar dan konsep ‘Natured Inspired’ yang diketengahkan cukup mengujakan. Siapa yang tidak mahu miliki kediaman seumpama ini?
Setia Alamsari mempunyai tiga taman rekreasi dirancang dengan baik untuk memelihara dan mendorong penduduk di kejiranan ini hidup dalam suasana alam semula jadi yang terbaik.
Canal Park, dibina seluas 11.3 ekar dengan dilengkapi pavilion air, rumah pokok dan trek joging sepanjang 1.8 km di sekitar tasik untuk aktiviti keluarga yang sihat. The Lawn, sebuah lagi taman seluas 7.7 ekar dengan elemen rekreasi yang lebih ekstrem untuk golongan muda, dan The Waterfield, kawasan hutan seluas 10.45 ekar untuk pencinta alam menerokai pemandangan yang menenangkan dan menikmati keenakan kicauan burung.
Bayangkan anda memiliki kediaman di kawasan seperti ini, serba lengkap dengan kehidupan penuh harmoni. Tambahan lagi lokasi kediaman yang cukup strategik pastinya menjadi pilihan ramai. Hanya 5km dari Bangi Gateway Mall dan 9km dari Kajang Hospital, Setia Alamsari boleh diakses melalui Toll Bangi, Lebuhraya Utara-Selatan dan dari beberapa akses melalui Kajang dan Semenyih.
Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, dan inginkan kediaman yang lebih luas inilah kediaman yang IMPIANA sarankan. Verdale, rumah banglo dua tingkat yang mempunyai reka bentuk dalaman berkongsep terbuka dan inspirasi botani di luar rumah. Membuatkan rumah ini nampak lebih selesa dan elegan dalam ciri tersendiri.
Keluasan tanah 60’ x 115’ dan keluasan binaan 3,161 – 3,881 kaki persegi ini dapat mencipta sebuah rumah yang cukup luas untuk pemilik yang inginkan kediaman yang lebih selesa. Reka bentuk banglo ini juga terbahagi kepada empat jenis yang berbeza untuk pilihan pembeli.
Menariknya jika anda mengambil peluang saat ini untuk memiliki kediaman idaman ini anda bakal nikmati pulangan tunai sehingga 19%, ZERO wang pendahuluan, ZERO yuran guaman dan duti stamp ke atas SPA, pinjaman dan pindah hak milik (MOT).
Wow! Menariknya tawaran S P Setia berikan pada pembeli. Apa kata anda? Menarik atau tidak tawaran kali ini.
Jika anda dah mula rasa berminat, jom lawati Setia Alamsari Sales Galleria: No. 1, Persiaran Alam Sari 3, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, atau hubungi 03-8736 2255. Manakala anda juga boleh melayari laman sesawang https://spsetia.com/en-us/property/malaysia-(central)/kajang/setia-alamsari/collections/clover atau Facebook https://www.facebook.com/SetiaAlamsariKajang/ untuk keterangan lanjut.
Bila dah beli rumah mesti nak dekor kan, inilah masanya rebut peluang dengan pakej menarik yang di tawarkan oleh pakar hiasan dalaman yang ada. Pastikan rumah yang anda miliki dan diami itu adalah rumah impian anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI