Nama yang tidak asing lagi dalam industri fashion dan perniagaan, Januar Haikal iaitu pengasas butik Furby & Sugar. Kediamannya ini melambangkan karakter pemilik sendiri yang mengetengahkan ketegasan gaya. Tampil berani bermain dengan nuasa hitam segenap ruang menyerlahkan aura maskulin juga sofistikated.


INFO KEDIAMAN

Nama Pemilik: Januar Haikal Shamsudin

Jenis: Teres 2.5 tingkat

Konsep: Moden

Lokasi: Ken Rimba Jimbaran

Keluasan: Binaan 2,322 kaki persegi, luas kawasan 1430 kaki persegi

Spesifikasi: 5 bilik, 3 bilik air, Ruang Tamu

IKLAN

 

Di saat kaki memijak lantai ruang tamu, kediaman yang mendapat sentuhan moden ini telah membawa minda penulis untuk mengelamun seketika, seolah-olah berada di sebuah kedai perhiasan dekorasi. Setiap sudut digarap dengan idea sempurna mengikut cita rasa semasa. Namun, penulis lebih teruja untuk mengetahui sendiri buah kata pemilik mengenai konsep dekorasi yang diketengahkan.

Kediaman yang didominasikan warna gelap, hitam dan kelabu ini kelihatan begitu dramatik. Diserlahkan lagi dengan pelbagai elemen yang menzahirkan gaya sofistikated, tampak unik dan berbeza. Sesuai untuk anda yang bercita rasa urban. Rona gelap ini dipadankan seimbang dengan rona putih pada bahagian siling.

“Seperti apa yang anda lihat sekarang, kediaman ini amat dekat dengan personaliti dan karakter diri saya yang sebenar. Konsep kediaman ini bersifat eclectic di mana saya mencampuradukkan pelbagai elemen ke dalam satu ruang tetapi berpaksikan warna hitam. Warna ini jika dihias dengan rekaan perabot yang betul mampu membuatkan sesebuah ruang itu nampak lebih eksklusif dan mahal. Tidak dinafikan saya banyak berinspirasi daripada rekaan dekorasi pereka luar negara yang mana mereka tiada sempadan di dalam karya atau dari segi pemilihan perabot juga warna.

IKLAN

Beli Rumah Buat Kejutan Untuk Ibu

Aspek yang paling penting bagi saya adalah dari segi nilai estetika, di mana ruang itu perlu kena dengan warna cat, material dan susun atur perabot serta pemilihan aksesori sebagai pelengkap. Aspek praktikaliti juga perlu diambil kira”, jelas Januar yang membeli kediaman tersebut sebagai kejutan buat ibu tersayang, Djamilah Mohd Imran.

“Tidak kiralah aksesori yang ada berjenama atau tidak, walaupun kecil tetapi aksesori banyak membantu di dalam menghidupkan sesebuah ruang. Penggunaan warna hitam banyak digunakan d rumah saya lantas penggunaan aksesori seperti throw pillow yang berwarna terang atau meja sisi berlainan warna sangat membantu di dalam susun atur perabot dan menaikkan mood di sudut tersebut.

Begitu juga dengan penggunaan material. Penggunaan material yang sangat tepat adalah penting jika anda membela kucing. Untuk sofa, saya cuba mencari material yang lebih tebal dan tahan lebih lama. Jika dicakar, fabrik itu tidak akan mengeluarkan sebarang benang dan kekal dalam bentuknya. Selain itu, karpet yang saya gunakan adalah daripada material kulit lembu yang sangat tahan lama walau sentiasa dicakar oleh kucing-kucing saya”, jelas Januar panjang lebar.

IKLAN

“Bagi saya ruang penyimpanan atau storage amat membantu di dalam menampakkan kediaman nampak lebih selesa,kemas dan luas. Di samping itu, ia boleh dijadikan sebagai perhiasan di sesebuah sudut”, ujar Januar mengakhiri perbualan.

 

Tip Dekorasi Oleh Januar Haikal

– Sentiasa yakin dengan apa yang dimahukan. Cuba cari bahan rujukan sebelum memulakan sesuatu ‘project interior design’ dan jangan takut untuk bereksperimentasi.

– Penggunaan warna hitam kelabu atau navy blue bukan lagi pelik. Dengan pemilihan perabot yang betul dan aksesori yang cantik sebagai pelengkap, ruang kediaman anda akan nampak eksklusif.

– Jangan diabaikan aksesori tambahan seperti throw pillow, carpet, floor lamp dan scented wax kerana ia sangat membantu di dalam menghidupkan mood dan ruang tersebut.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI