Bila fikir tentang nak makeover rumah pastinya kita rasa leceh kerana akan mengambil masa yang lama. Tambahan pula, kos renovasi bukannya murah. Tapi zaman sekarang ini, semuanya tidak lagi mustahil. Asalkan kita rajin dan extra kreatif, nak mencantikkan rumah mudah saja. Tambah jimat kalau kita tak kisah lakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Biar pun penat sedikit tapi asalkan hasilnya cantik dan dapat menjimatkan banyak kos, pastinya kita gembira dan puas hati.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Baharin, pemilik akaun FB ini menetap di kediaman jenis teres dua tingkat yang telah di duduki lebih kurang dua tahun. Tandas lama yang dulunya kusam kini tampak lebih ceria dan moden dengan hasil kreativiti pemilik hanya menggunakan cat dan wallpaper. Berbekalkan idea dari suaminya, mereka makeover tandas tersebut hanya dalam masa kurang dari dua hari. Menurut tuan rumah, kos mendekorasi semula tandas ini tidak lebih dari RM300.
Bahan-Bahan & Langkah-Langkah DIY;
Tandas yang terletak di bilik tidur utama rumah teres 2 tingkat ini berukuran lebih kurang 6 kaki x 8 kaki. Sebelum diubah suai, tandas ini nampak kusam dan tidak menyerlah ditambah pula dengan warna jubin yang nampak pudar.
Pertama sekali, sebelum sapukan coating, tuan rumah menampal simen grouting pada lubang-lubang di jubin.
Ads
Seterusnya, pemilik menggunakan campuran kedua-dua bahan ini iaitu Nippon Penetrative Epoxy Primer 5 Liter set beserta Hardener (RM 150) untuk disapukan pada permukaan jubin sebelum proses mengecat. Ini merupakan lapisan keselamatan bertujuan untuk melambatkan proses karat.
Setelah coating dan hardener kering, pemilik mula mengecat menggunakan cat lebihan yang terdapat di rumahnya. Warna yang dipilih oleh pemilik terdiri daripada warna kelabu gelap dan putih.Pemilihan warna ini bertepatan dengan konsep moden yang diingini tuan rumah. (Nippon Vinilex Easywash Grey 1 Liter (RM35) & Nippon Satin Glo 1 Litre (RM35)).
Ads
Pemilik tunggu semalaman untuk cat kering sebelum memulakan langkah ketiga keesokan harinya iaitu menyapu sealer PYE Clear Sealer (RM 35) sebagai lapisan perlindungan untuk menghalang cat dari mudah tercabut.
Langkah terakhir pula, tuan rumah menampal Wallpaper Kaison (RM 19.90) pada jubin dinding untuk menaikkan lagi seri tandas baru mereka.Menurutnya, satu gulung wallpapersudah mencukupi untuk keseluruhan bilik air.
Ads
Inilah hasil transfomasi menakjubkan yang hanya mengambil masa kurang 48 jam untuk disiapkan. Cantik kan? Boleh lah cuba untuk rumah anda nanti.
Sumber : Khairunnisa Baharin
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
IMPIANA selalu pesan. Kalau nak mendekor, tidak semestinya perlukan modal yang banyak. Yang penting bijak mengolah. Seperti yang dilakukan oleh dekor influencer Puan Ogosh Iskandar. Dari dulu Impiana selalu mengikuti perkembangan suri rumah ini dalam mendekor kediaman nya yang bersaiz kompak.
Bukan sahaja cantik dan praktikal, malah kreatif dalam menghasilkan elemen dekor sendiri. Baru-baru ini, ogosh berkongsi DIY rug dari pelapik periuk koil yang di beli dari kedai barangan bajet. Tapi dengan sentuhan magis, pelapik periuk yang berwarna kusam kelihatan lebih ceria dan sesuai dijadikan sebagai alas kaki
Kos untuk menghasilkan rug ini kurang dari RM50 sebab yang perlu di beli adalah pelapik periuk. Benang, saya gunakan apa yang ada dalam simpanan sahaja. Kalau nak kira kos alas periuk tu sebenarnya modal saya adalah RM35 sahaja
BAHAN-BAHAN:
Pelapik periuk (kuantiti ikut saiz yang diperlukan. pelapik ni boleh DIY sendiri juga dengan menggunakan tali)
benang kait
pom-pom
jarum
gam fabrik
benang jahit
Cara-cara:
Jahitkan benang kait pada coil mengikut kreativiti anda
2. Selesai menjahit benang kait mengikut corak yang menarik, cantumkan setiap kepingan
3. Untuk lebih menarik, pasangkan pompom pada beberapa bahagian coil
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cegah sebelum terlambat. Akibat daripada tidak ambil peduli tentang kehadiran anai-anai, pasangan ini telah kerugian hampir RM10 ribu apabila dapur kediaman mereka roboh secara tiba-tiba. Pihak bomba telah mengenal pasti punca dapur kediaman pemilik roboh disebabkan oleh anai-anai yang telah merosakkan beberapa tiang utama dapur mereka.
Bagi anda yang memiliki kediaman yang mempunyai bahan binaan kayu, anda harus ambil perhatian tentang perkara ini. Anai-anai ada di mana-mana saja kawasan yang bertanah. Tak kira di mana anda tinggal samada di bandar atau di kampung, anai-anai pasti ada. Jadi ketahuilah tanda-tanda awal rumah anda diserang anai-anai.
Tanda-tanda Awal Rumah Anda Diserang Anai-anai
Oleh itu, amat penting untuk anda tahu serba sedikit bagaimana nak kesan kehadiran anai-anai di dalam atau luar serta sekitar rumah anda. Dengan sedikit pengetahuan berkenaan teknik mengesan kewujudan anai-anai ini, anda dapat bertindak lebih awal sebelum lebih banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai.
Berikut adalah tanda-tanda yang dapat menunjukkan bahawa ada kehadiran anai-anai di rumah anda:
Kayu atau dinding terlopong kosong. Ini satu lagi kesan ketara berlaku pada kayu yang telah dirosakkan oleh anai-anai. Bila diketuk akan keluar bunyi menunjukkan bahawa ada ruang kosng di dalam katu tersebut. Biasanya anai-anai akan makan kayu bahagian dalam dan meninggalkan lapisan nipis sahaja pada bahagian luaran kayu.
Kehadiran tanah lembab. Anai-anai tidak tahan dengan kekeringan dan cahaya. Oleh itu biasanya mereka akan membina lorong kecil yang diperbuat daripada tanah yang lembab. Pilihan utama anai-anai adalah membina lorong di dalam dinding kayu atau batu. Jika tidak ada pilihan, mereka akan keluar dan membina lorong diluar dengan binaan lorong tanah lembab tersebut.
Kehadiran kelkatu. Samada anda melihat adanya kelkatu ataupun anda terjumpa sayap-sayap yang ditinggalkan oleh kelkatu, itu merupakan tanda bahawa ada aktiviti anai-anai di sekitar kawasan rumah anda. Jika anda rajin, elok cari dari mana datangnya kelkatu tersebut. Kelkatu biasanya keluar daripada koloni anai-anai yang telah melebihi had jumlah populasinya.
Kayu berubah warna. Jika anda lihat kayu pada dinding atau bumbing atau siling rumah telah berubah warnanya, ia berkemungkinan telah dimakan oleh anai-anai. Ianya lebih ketara jika kayu tersebut telah disapu dengan varnish.
Terjumpa anai-anai hidup. Sudah tentu jika anda berjumpa anai-anai hidup, menunjukkan rumah anda sedang diserang oleh anai-anai. Tetapi jika tiada anai-anai hidup ditemui, ia belum tentu bermakna tiada anai-anai di dalam rumah atau primis anda. Anai-anai yang ditemui biasanya bila anda buka tempat sembunyi atau lorong tanah yang dilaluinya. Biasanya anda akan jumpa samada askar atau pekerja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak Pasang Langsir, Guna Electrostatic Windows Film Mudah, Sembur Guna Air Sabun.
Kebiasaannya bagi rumah bertingkat seperti kondominium atau apartmen memang sukar untuk membersihkan kesan kotoran pada cermin luar tingkap. Ia menyebabkan tingkap menjadi comot dan ‘mencacatkan’ permandangan.
Bagi yang tidak mahu untuk menggunakan langsir di rumah kerana berhabuk atau renyah untuk dicuci, boleh cuba pasang Electrostatic Windows Film ini pada tingkap rumah supaya lebih privasi, seperti yang dilakukan oleh Jacky Chooini.
“Saya tak nak pakai langsir dah, sebab malas cuci. Pakai electrostatic windows film. Sembur air sabun pada tingkap dan film kemudian tampal , gores guna expire kad credit untuk keluarkan buih.
Selain melindungi rumah daripada sinaran matahari ia juga dapat melindungi pandangan dari luar supaya lebih privasi. Malah cukup mudah dipasang dan ditanggalkan, hanya menggunakan air sabun tanpa ada kesan gam.
Boleh sahaja untuk melakukan pemasangan ‘tinted’ pada pintu dan tingkap kaca rumah anda sendiri tanpa perlu berbelanja besar mengupah khidmat pakar dan sebagainya.
Cara pemasangan juga sangat mudah kerana kini terdapat banyak kelengkapan pemasangan ‘tinted’ yang dijual di pasaran luar dan di dalam talian. Malah, bukan itu sahaja, kelengkapan yang disediakan juga sangat memudahkan dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah.
IMPIANA: Bagi yang tidak mahu untuk menggunakan langsir di rumah boleh cuba pasang Electrostatic Windows Film ini pada tingkap rumah supaya lebih privasi. Memang lebih mudah, Tak perlu guna gam pun, hanya sembur air sabun dan memang elok melekat.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.