Kediaman kecil di Shah Alam ini banyak memberi kenangan dan menimbulkan perasaan nostalgik buat pemiliknya Puan Nawwar Ainaa yang mewarisi flat PKNS berkeluasan 650 kaki persegi ini daripada ibu bapanya. Beliau kini sudah 5 tahun mendiami rumah tersebut bersama anak-anak serta suaminya, Encik Fakhrul semenjak kedua ibu dan bapa Puan Nawwar bepindah ke rumah yang baharu.
Konsep yang dipilih untuk rumah 2 bilik dengan sebuah bilik air ini adalah natural cosiness yang dapat kita lihat dengan jelas pada segenap ruangan yang telah ditata hias sendiri oleh pemilik. Katanya, ruang balkoni menjadi kegemaran kerana dipenuhi dengan kehijauan dan terdapat juga water feature, menimbulkan lagi suasana nyaman dan segar.
Mendapat inspirasi dan tip daripada laman web deko tempatan dan juga antarabangsa, Puan Nawwar menyimpulkan bahawa sebelum mendeko kediaman, pemilik harus bijak merancang dan jangan lupa untuk buat research terlebih dahulu. Selain itu, pilihlah perabot yang bersesuaian dengan saiz rumah dan bajet serta pemilik rumah dinasihatkan supaya jangan terlalu ghairah mahu mengikut trend. Menurutnya lagi, antara cabaran yang beliau hadapi adalah apabila perabot atau hiasan yang diingini melebihi daripada bajet yang telah ditetapkan. Jadi penyelesaiannya adalah dengan berfikir secara kreatif dan mulakan projek DIY. Barulah dapat jimat. Contohnya pada ruang makan rumahnya, Puan Nawwar hanya menggunakan wallpaper dari Kaison dan bagi mendapatkan efek rustic, beliau memotong hujung wallpaper dan dicat menggunakan cat momento. Kreatif sungguh!
Jom IMPIANA bawakan pembaca semua tour kediaman kecil yang menarik dan cosy ini.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Memiliki sebuah rumah sendiri pastinya menjadi idaman setiap insan yang masih belum mampu untuk miliki rumah sendiri. Bermula dengan modal yang kecil dan menyimpan dari awal pastinya dapat memiliki sebuah kediaman sendiri. Walaupun tidaklah sebesar dan seluas yang diinginkan tetapi ruang yang memadai dengan keperluan.
Saya terbaca di dalam sebuah laman sesawang daripada luar negara yang menceritakan mengenai sebuah kediaman kecil yang dibina daripada kayu tetapi cukup selesa.
Orang di Malaysia kalau miliki sebuah kediaman kecil dan dibuat daripada kayu mesti ramai yang berkata dan berbunyi, ramai lah yang nak membawang kata itu ini. Faham-faham lah ye orang Malaysia ni kan ramai yang suka felling felling have have. Apa sekalipun, jenis kediaman anda miliki dan didiami perlulah bersyukur. Tidak semestinya kediaman itu besar dan luas jika tidak pandai mengayakan kediamam tersebut pastinya rumah itu tiada serinya.
Rumah yang mempunyai ruang yang luas tidak semestinya memerlukan set perabot dan perkakas yang banyak untuk mengisi kekosongan. Biarkan ruang dalam kediaman tersebut bernafas tanpa perkakas yang menyemakkan mata memandang. Kita perlukan kediaman yang selesa dan menenangkan. Di sini lebih jelas tidak semestinya rumah yang luas dan besar itu selesa dan tenang.
Bayangkan sebuah kediaman yang cukup luas halamanya, tanpa lanskap yang indah, ruang tamu yang luas dengan set perabot ala kadar dan semak dengan perkakas sana dan sini. Ruang dapur masyallah! Bayangkan.
Manakala, sebuah rumah yang kompak dengan susun atur kelengkapan yang praktikal dalam ruang rumah membuatkan keadaan ruang rumah itu lebih selesa dan menadapaikan tanpa disedari. Tepuk dada tanya kehendak. Pasti ada jawapanya.
Paling penting tip untuk berada dalam kediaman yang selesa dan tenang, ialah kemas dan bersih. Jika tidak percaya lakukan perubahan dalam rumah anda. Buang perkakas yang mungkin meyemak dan tidak digunakan di dalam ruang tersebut. Simpan barang yang jarang digunakan di dalam kabinet ataupun stor.
Sumber: Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah Gasing Sebuah rumah kompak yang miliki ciri lestari dalam binaan. Rumah dua setengah tingkat dengan berkeluasan 1625 kaki persegi, yang di tambahkan sehingga 4 tingkat (separuh tingkat bawah tanah dan loteng bilik tidur utama) dengan halaman dinding hijau dalaman. Ia kini mempunyai lebih kurang 2400 kaki persegi dibina.
Apabila Arkitek Seshan Design ingin memulakan perancangan dalam membina kediaman ini, mengenali perwatakan pelanggan dan bilangan isi rumah itu sangat penting untuk mendapatkan sebuah kediaman yang sempurna.
Jika anda melihat kediaman lestari ini arkitek Seshan Design ada merangkumi elemen lestari di dalam binaan. Ini membuatkan rumah lestari ini sempurna dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja malah pemilik kediaman ini juga mengutamakan keselesaan dan kesempurnaan dalam binaan.
Bagi pemilik siapkan binaan kediaman yang utama dahulu, sebagai contoh, apabila mereka pada mulanya berpindah bersama bayi yang baru lahir, rumah itu mempunyai bilik tidur utama, ruang belajar, bilik pembantu rumah, kawasan terbuka yang besar yang berfungsi sebagai bilik tetamu dan bilik permainan, dan 3 bilik mandi. Pada masa hadapan, dalam tapak yang sama, rumah itu boleh dibina dengan berkesan untuk mempunyai 4 lagi bilik (selain bilik tidur utama, bilik belajar dan bilik pembantu rumah) dan bilik mandi tambahan.
Ciri utama rumah lestari ini yang lain ialah halaman tengah atau foyer yang menembusi sehingga ke atas. Ini adalah sumber utama cahaya dan udara untuk rumah. Terdapat bumbung polikarbonat bernada bicu di bahagian atas yang membolehkan pengudaraan silang dan menghalang hujan. Ketinggian (4 tingkat) ruang foyer ini menghasilkan kesan yang sangat baik yang memastikan rumah berangin dan sejuk.
Halaman tengah ini membolehkan pengguna mempunyai garis penglihatan dari hampir setiap ruang ke ruang lain. Ia adalah pautan visual kepada semua ruang di dalam rumah. Ini adalah faktor utama dalam mereka bentuk ruang kecil: garis penglihatan berterusan (dan banyak cahaya semula jadi!) memastikan ruang tidak berasa sesak dan memberikan persepsi bahawa ruang jauh lebih besar daripada yang sebenarnya.
Arkitek Seshan Design juga memasukkan infrastruktur paip untuk tadahan air hujan di mana air hujan yang ditadah dan disimpan boleh digunakan untuk menyiram tanaman, mencuci kereta dan juga menyiram tandas di bilik mandi. Pereka juga tidak memasukkan tangki simpanan, pam dan penapis kerana bajet yang terhad tetapi ia boleh ditambah kemudian. Air hujan dari bumbung dan teres taman dialirkan ke kawasan yang telah ditetapkan untuk tangki simpanan melalui paip bawah air hujan simfoni oleh Fast Flow.
Menarik bukan, rekaan dalam kediaman ini. Jika ada yang sudah tertarik boleh membuat kediaman seperti ini.
Kediaman ini dihiasi ikut minat, tanpa sentuhan pakar. Mengenali Puan Rozita Mohd Nor, 11 tahun lalu masih membuatkan hati tertarik dengan kejelitaan dan keayuan wanita ini. Memiliki susuk tubuh kecil molek dan ramah ini membuat sesiapa sahaja senang bersama beliau. Hati terpanggil untuk bertanya khabar sahabat lama ini dan ingin menjengahnya kediaman milik peribadinya yang terletak di Shah Alam ternyata disambut dengan baik.
Walaupun pendemik Covid masih menghatui kita semua, saya masih menjaga SOP yang ditetapkan sebelum melawat ke kediaman Puan Rozita yang mesra dengan panggilan Kak Ogy. Ternyata bila sampai di rumah beliau saya dan team IMPIANA di sambut baik dengan senyuman yang menawan di muka pintu rumah beliau. Kak Ogy ini memang tak lokek dek senyuman.
Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah, halaman rumah beliau sudah menarik perhatian saya dan team. Lihat sahaja jubin laluan sebelum tiba ke dalam rumah sudah memiliki citarasa yang menakjubkan. Jubin hitam dan putih dengan susunan retro membuatkan lalaun ini nampak lebih grand. Pintu masuk terbuka luas menyambut kami team IMPIANA. Perkataan pertama masuk kedalam ruang rumah ini adalah WOW! Macam pergi resort. Tersenyum Kak Ogy bila di usik begitu. Semangnya kediaman beliau kelihatan seakan gaya resort penggunaan sofa dan kemasan dinding yang mengenakan elemen kayu berwarna gelap serta fabrik putih pada material pilihan sofa serta langsir membuatkan ruang dalam kediamannya terasa nyaman dan tenang.
Bagi beliau konsep “evergreen” konsep yang tak lapuk dek zaman ini adalah konsep pilihan beliau dan suami. Pasangan ini cukup romatik jika anda follow Instagram beliau di @rztmhdnr, Kak Ogy adalah seorang gemar melancong sebelum musim pendemik ini semerata negara beliau akan jelajah. Di sinilah mulanya inspirasi menghias kediaman tercipta. ” Bila pergi melancong negara orang ini lah saat terindah, Kak Ogy akan bayangkan konsep yang mana akak suka dan boleh buat dekat rumah. Bila balik Malaysia projek dekor dan hias rumah pun mula la, cerita Kak Ogy”.
Baginya biarlah berdikit-dikit berbelanja untuk menghias ini, tidak perlu membeli barang yang mahal pun kalau nak rumah yang cantik kena pandai dan bijak memilih perhiasan sahaja. Kak Ogy adalah seorang yang pentingkan kualiti dan praktikaliti dalam menghias. Jika dilihat set sofa rumahnya ini sudah tahu pasti cukup berkualiti tinggi. Manakan tidak usia sofa ini sudah lebih 5 tahun bersamanya dan masih cantik dan tersergam indah dalam ruang tamunya.
Sebalik ruang tamu utama terdapar ruang makan yang dibina seperti glass house, ruang makan ini terus melihat halaman rumahnya cukup indah. terdapat juga pintu yang boleh menembusi ruang dapur.
Menyusuri ruang santai yang terletak bersebelahan ruang tamu ini membawa rasa yang lebih tenang pemilihan kemasan dinding wainscoting dikenakan pada ruang tamu utama dan santai sahaja. Ini sudah memberi elemen kalsik Eropah dalam tema sentuhan kediaman beliau. Laluan ruang santai ini membawa terus ke ruang dapur Kak Ogy.
Setiba ke ruang dapurnya pula, perkataan pertama yang terkeluar adalah WOW! Cukup luas dengan susunan kabinet dapur yang teratur dan cukup mengena dengan konsep Klasik Eropah. Tidak terlalu old school dalam sentuhan tetapi ia menyuntik rasa harmoni dan elegan dalam setiap sentuhan dalam ruang dapur beliau. Terdapat satu sudut yang dicipta seakan berada di sebuah cafe hipster dengan rimbunan juntaian pokok money plant yang menghiasi ruang itu membuatkan ia rasa di ruang yang lain.
Kediaman jenis Banglo ini dihiasi dengan cukup sempurna tanpa mengunakan khidmat pakar. Bagi Kak Ogy menghias rumah dengan citarasa dan sentuhan sendiri ini lebih puas berbanding memberi orang lain berkarya di dalam rumah milik peribadinya. Tambahnya lagi, ia lebih suka buat sikit-sikit baru la dapat menikmati keseluruhan dalam kediaman rumah, dan pastinya setiap ruang akan mempunyai keperluan yang betul.
Naik ke tingkat atas pula yang terletak bilik tidur. Kami team IMPIANA sempat merakam kamar utama beliau. Acap kali kita melihat walk in wardrobe akan berada di dalam bilik atau di bilik yang berlainan bukan. Lain pula dengan gaya dan rekaan yang di buat oleh Kak Ogy ini. Sebalik pintu bilik tidur kamarnya adalah binaan kabinet yang berkonsep terbuka untuk walk in wardrobe beliau dan suami dan kemudia barulah ke kamar utama mereka.
Menariknya rekaan binaan banglo ini ia mempunyai tingkap dari aras atas iaitu dari arah kamar utama untuk melihat terus ke ruang tamu di bawah. Rekaan tingkap kayu ini adalah elemen tradisional yang cukup menarik dalam senibina rumah banglo ini.
Jom lihat VIDEO kediaman milik Kak Ogy ini untuk tatapan anda semua.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.