(GAMBAR) Lihat Hasil Sentuhan Wanita Ini Hias Flat PKNS 2 Bilik Cantik Tapi Jimat Kos

Share

Kediaman kecil di Shah Alam ini banyak memberi kenangan dan menimbulkan perasaan nostalgik buat pemiliknya Puan Nawwar Ainaa yang mewarisi flat PKNS berkeluasan 650 kaki persegi ini daripada ibu bapanya. Beliau kini sudah 5 tahun mendiami rumah tersebut bersama anak-anak serta suaminya, Encik Fakhrul semenjak kedua ibu dan bapa Puan Nawwar bepindah ke rumah yang baharu.

Konsep yang dipilih untuk rumah 2 bilik dengan sebuah bilik air ini adalah natural cosiness yang dapat kita lihat dengan jelas pada segenap ruangan yang telah ditata hias sendiri oleh pemilik. Katanya, ruang balkoni menjadi kegemaran kerana dipenuhi dengan kehijauan dan terdapat juga water feature, menimbulkan lagi suasana nyaman dan segar.

Mendapat inspirasi dan tip daripada laman web deko tempatan dan juga antarabangsa, Puan Nawwar menyimpulkan bahawa sebelum mendeko kediaman, pemilik harus bijak merancang dan jangan lupa untuk buat research

terlebih dahulu. Selain itu, pilihlah perabot yang bersesuaian dengan saiz rumah dan bajet serta pemilik rumah dinasihatkan supaya jangan terlalu ghairah mahu mengikut trend. Menurutnya lagi, antara cabaran yang beliau hadapi adalah apabila perabot atau hiasan yang diingini melebihi daripada bajet yang telah ditetapkan. Jadi penyelesaiannya adalah dengan berfikir secara kreatif dan mulakan projek DIY. Barulah dapat jimat. Contohnya pada ruang makan rumahnya, Puan Nawwar hanya menggunakan wallpaper
dari Kaison dan bagi mendapatkan efek rustic, beliau memotong hujung wallpaper dan dicat menggunakan cat momento. Kreatif sungguh!

Jom IMPIANA bawakan pembaca semua tour kediaman kecil yang menarik dan cosy ini.

Published by
Amalina