Ramai beranggapan untuk menghias rumah memerlukan tenaga kerja yang ramai, kalau yang membantu itu sanak saudara mungkin upahnya belanja makan dan minum selepas siap segala kerja deko tetapi lain pula halnya kalau kita mengupah pihak lain untuk membuat pemasangan, perlunya membayar kos tenaga kerja dan pelbagai lagi kos tambahan.
Lain pula kisahnya dengan seorang pemilik rumah jenis teres dengan kapasiti 4 bilik dan 2 bilik air iaitu En Zaidi Manaff
yang menetap di Beserah, Kuantan yang mana beliau lebih suka untuk menatarias kediamannya seorang diri mengikut citarasa dan kegemarannya.Untuk mengisi masa lapang, dia banyak merujuk laman web dekorasi rumah dan gabungkan dengan ilhamnya yang tersendiri. Selain itu, pemilik kediaman ini hanya memilih konsep hiasan minimalist berikutan masih belum mendirikan rumah tangga dan suka dengan tema yang simple serta tidak serabut.
Menurut perkongsian gambar daripada tuan rumah, penulis amat terkejut dengan hasil dekorasi rumah ini kerana setiap ruang kediaman tidak dibiarkan kosong tanpa hiasan. Daripada ruang parkir hadapan rumah hinggalah ke dapur, ada sahaja idea bijak pemilik untuk mencatikkan rumah.
Dari porch, pemilik banyak meletakkan tumbuhan segar dan juga sebuah bangku untuknya berehat sebentar sebelum masuk ke rumah atau memakai kasut sebelum meninggalkan kediaman. Pemilik nampaknya seorang yang amat sukakan material asas kayu kerana di ruang tamu pemilik banyak menggunakan perabot kayu seperti sofa kayu, tv kabinet dan juga kemasan lantainya bercorak urat kayu dipasang dari ruang tamu hingga ke dapur.
Bahagian hallwaynya tidak dibiarkan kosong selepas ditampal dengan wall sticker foam
bercorak batu-bata dan serinya ditambah lagi dengan menggantung frame gambar. Walaupun bujang, itu tidak bermakna dapurnya dibiarkan begitu sahaja, terdapat sebuah meja makan 6 tempat duduk untuk beliau dan tetamu dan juga meja kaunter.Sebelum
Selepas