Ramai beranggapan untuk menghias rumah memerlukan tenaga kerja yang ramai, kalau yang membantu itu sanak saudara mungkin upahnya belanja makan dan minum selepas siap segala kerja deko tetapi lain pula halnya kalau kita mengupah pihak lain untuk membuat pemasangan, perlunya membayar kos tenaga kerja dan pelbagai lagi kos tambahan.
Lain pula kisahnya dengan seorang pemilik rumah jenis teres dengan kapasiti 4 bilik dan 2 bilik air iaitu En Zaidi Manaff yang menetap di Beserah, Kuantan yang mana beliau lebih suka untuk menatarias kediamannya seorang diri mengikut citarasa dan kegemarannya.
Untuk mengisi masa lapang, dia banyak merujuk laman web dekorasi rumah dan gabungkan dengan ilhamnya yang tersendiri. Selain itu, pemilik kediaman ini hanya memilih konsep hiasan minimalist berikutan masih belum mendirikan rumah tangga dan suka dengan tema yang simple serta tidak serabut.
Menurut perkongsian gambar daripada tuan rumah, penulis amat terkejut dengan hasil dekorasi rumah ini kerana setiap ruang kediaman tidak dibiarkan kosong tanpa hiasan. Daripada ruang parkir hadapan rumah hinggalah ke dapur, ada sahaja idea bijak pemilik untuk mencatikkan rumah.
Dari porch, pemilik banyak meletakkan tumbuhan segar dan juga sebuah bangku untuknya berehat sebentar sebelum masuk ke rumah atau memakai kasut sebelum meninggalkan kediaman. Pemilik nampaknya seorang yang amat sukakan material asas kayu kerana di ruang tamu pemilik banyak menggunakan perabot kayu seperti sofa kayu, tv kabinet dan juga kemasan lantainya bercorak urat kayu dipasang dari ruang tamu hingga ke dapur.
Bahagian hallwaynya tidak dibiarkan kosong selepas ditampal dengan wall sticker foam bercorak batu-bata dan serinya ditambah lagi dengan menggantung frame gambar. Walaupun bujang, itu tidak bermakna dapurnya dibiarkan begitu sahaja, terdapat sebuah meja makan 6 tempat duduk untuk beliau dan tetamu dan juga meja kaunter.
Sebelum
Ads
Selepas
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap orang mengimpikan kediaman yang indah dan harmoni. Lebih-lebih lagi buat pemilik rumah pertama, pasti teruja nak jadikan tempat tinggal kita sebagai ‘sarang’ buat ahli keluarga berkumpul dan bergembira. Jadi sudah tentu kita nak pastikan ia berada dalam keadaan yang sentiasa kemas dan tersusun. Pertama sekali, nak mendeko kediaman perlu lah berfikir di luar kotak agar sesuai dengan saiz rumah, bajet dan paling penting, konsep yang mahu diketengahkan. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Syarlini Norzeli, rumah semi-D yang baru didiaminya selama 6 bulan ini telah dihias cantik berpandukan dengan konsep minimalis yang tampak simple tapi menarik.
Kediaman yang dilengkapi dengan 4 bilik dan 3 bilik air ini mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan untuk direnovasi dan di siapkan sepenuhnya. Pastinya tuan rumah amat gembira dengan hasilnya kerana dalam masa yang singkat, keadaan rumah baru itu amat menarik dan memuaskan.
Dengan perbelanjaan kasar RM30k, Puan Syarlini telah menghias sendiri rumah nya dengan rona kelabu dan kuning pada karpet yang dibentangkan, begitu dominan menjadikan ruang tamu beliau kelihatan ceria. Selain itu, dapat juga kita lihat tumbuhan hijau menghiasi segenap penjuru sekaligus mendatangkan aura kesegaran pada kediaman. Cermin, bingkai gambar dan pasu kecil juga ada di letak kan di pelbagai penjuru sebagai menyeri ruang.
Jom IMPIANA bawakan pembaca melihat kediaman pertama yang menjadi idaman dan impian setiap orang supaya boleh dijadikan sebagai inspirasi di masa akan datang. Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagaikan butler yang menyambut kita apabila pulang dari kerja. Ruang foyer atau ruang yang berdekatan dengan pintu masuk, selalunya terbiar sepi. Walhal sudut kecil ini memainkan peranan yang sangat besar. Kita bagaikan terlupa bahawa sebelum keluar atau selepas memasuki kediaman, pelbagai barang perlu kita letak dan susun. Selain dari kasut payung, topis , kunci kereta dan sebagainya.
Selalunya di sini, pereka senang menempatkan meja konsol. Di tempatkan pelbagai bekas atau gantungan untuk pelbagai tujuan. Ada juga yang menambah bakul pelbagai guna untuk menempatkan pelbagai lagi keperluan sekerluarga. Selain tempat menyimpan kasut dan sebagainya.
Selain daripada menempatkan cermin muka, anda juga boleh menempat cermin panjang labuh untuk menampakkan keseluruhan penampilan sebelum keluar dari rumah. Malah ada juga yang menempatkan jambangan bunga indah yang mempersonakan. Paling tidak harum bahagian hadapan ruang kediaman anda. Apa pun kita perlu bijak memanfaatkan ruang kecil ini agar terisi dan memberi manfaat kepad aseisi keluarga. Simple-simple je IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menghias kediaman baru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya bukan semudah yang disangka. Selepas layout planning dan pecahan bajet, pemilihan konsep dan warna juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang dilakukan pada apartmen 3 bilik ini, pemilik menggunakan warna hijau dan putih untuk menyempurnakan lagi konsep tropikal yang dipilih.
Menurut Puan Hanisah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anis, kediaman berkeluasan 850 kaki persegi ni baru sahaja didiami sejak 11 bulan yang lalu. Kos mengubahsuai dan menghias kediaman yang terletak di Setia Alam, Selangor ini pula dianggarkan memakan belanja sebanyak RM30k. Menurut pemilik yang sudah mula mendeko sejak dua tahun yang lalu, rata-rata idea yang didapati dan diolah adalah melalui hasil rujukan yang di lakukan di pelbagai laman sosial yang mempunyai banyak perkongsian mengenai dekor dalaman.
Bahagian kediaman yang menjadi kegemaran pemilik adalah ruang tamu dan ruang makan. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan, ruang tamu kediaman ini dihiasi karpet hijau yang dipadankan dengan dua buah sofa kelabu 2 tempat duduk. Bagi menambah seri ruang, Anis turut meletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau yang juga bertindah sebagai pembersih udara dalaman. Beralih pula ke ruang makan serba putih yang tampil cukup simple tetapi sempurna buat keluarga ini. Dilengkapi set meja makan 4 kerusi dan kaunter bar, ruang ini juga dihiasi karpet hijau dan tumbuhan bagi mengekalkan kesegaran konsep tropikal.
Anis juga ada berkongsi tips deko buat para pembaca IMPIANA:
1. Beli perabot secara berperingkat bergantung dengan bajet anda.
2. Pilih konsep yang dekat di hati dan sesuaikan dengan keluasan seluruh ruang.
3. Bersihkan permukaan perabot yang berwarna putih menggunakan span lembap dan sedikit pencuci.
4. Vacuum dan mop rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
5. Pemilihan perabot perlu sesuai dengan penghuni. Contohnya, jika terdapat anak kecil, kurangkan baranga kaca.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.