Apa yang boleh anda lakukan dengan bilik tidur yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki x 8 kaki? Letak sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari dan meja solek dah penuh. Tapi, bilik tidur ini diubah suai lengkap dengan ruang menonton dan tempat simpanan tambahan seperti yang dikongsikan oleh Aircrag Marikit. Sudah pasti, konsep bilik seperti ini menjadi idaman si bujang yang pentingkan gaya dan keselesaan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ke-Nyaman-An Tandas Duduk Ini Membuatkan Anda Khayal
Bilik mandi adalah salah satu tempat yang paling penting dalam rumah kita. Jika tidak ada tempat mandi, bagaimana kita hendak membersihkan diri dan membuang segala kekotoran yang ada dalam diri kita. Salah satu tempat yang penting dalam bilik mandi adalah tandas duduk yang kita sering membuang hadas kecil dan hadas besar ataupun orang lama-lama panggil Jamban. Tetapi, zaman dahulu, jamban hanyalah mencangkuk dan ia kadang-kadang memberi risiko yang tinggi seperti terjatuh sebab licin atau warga emas yang tidak mampu tamping lutut mereka untuk mencangkung. Oleh kerana itu, tandas duduk adalah solusi yang telah dicipta pada zaman kini dan kalau kita lihat juga, pada sekarang, bermacam-macam bentuk dan jenis tandas duduk telah dicipta demi keselesaan orang ramai. Jadi, di sini saya akan memberi beberapa cadangan tandas duduk yang anda boleh ada di rumah anda.
American Standart (Amstad) Flexio One Piece Toilet
Tandas duduk jenis begini memiliki tempat duduk yang bergaya. Produk ini dicipta dalam gaya minimalis dan sesuai untuk kegunaan domestik dan perniagaan, selaras dengan gaya American Standard tradisional. Peranti ini selain mempunyai reka bentuk asas, turut memberikan keselesaan kepada pelanggannya. Supaya anda dan keluarga boleh menjalankan perniagaan anda di tandas tanpa diganggu. Almari ini bertujuan untuk boleh diakses oleh pelbagai pengguna, termasuk golongan muda, warga emas dan orang kurang upaya. Tambahan pula, lekukan pada tandas direka bentuk dengan mengambil kira ergonomik, jadi ia lebih menyenangkan untuk badan dan tidak menyebabkan kesakitan.
TOTO CW 421 J
Anda inginkan tempat duduk tandas yang selesa, tetapi anda tidak dapat mencari tempat duduk tandas yang sesuai di bilik mandi kecil anda? Ia bukan satu isu kerana anda boleh mencari tandas yang sesuai untuk bilik mandi kecil. Toto CW 421 J ialah jenama tandas yang baik dan sesuai untuk dipilih. Saiz tandas ini agak minimalis jika dibandingkan dengan tandas lain, dan ia hampir separuh saiz tandas lain. Akibatnya, tandas ini tidak akan mengambil banyak ruang di bilik mandi anda dan masih akan meninggalkan ruang untuk barangan lain. Kebanyakkan tandas duduk di Malaysia adalah jenis seperti ini. Jadi, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk memilihnya.
Konklusinya, tandas duduk ini amatlah penting dan banyak fungsinya. Cuma kita sahaja yang perlu pandai mencari dan pastikan kita memilihnya dengan betul dan selesa untuk diletakkan dalam rumah kita.
Sumber: Product Nation (https://productnation.co/id/20025/closet-duduk-berkualitas-bagus-indonesia/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dinding Dan Masalah Kerosakan Yang Selalu Dialami, Jangan Abai Bila Tanda Mula Muncul
Dinding dan masalah kerosakan yang selalu dialami, jangan abai bila tanda mula muncul. Seperti yang kita ketahui, dinding merupakan elemen yang sangat penting untuk sesebuah kediaman. Seharusnya kita mengenal pasti keadaan pada dinding rumah.
Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.
Berikut dikongsikan sedikit tip tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman:
LEMBAP DAN BERLUMUT
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.
Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.
Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.
REKAHAN (CRACK)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.
Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.
Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.
RETAKAN RERAMBUT (HAIRLINE CRACK)
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah:
– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.
– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.
DINDING BERALUN
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.
Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster/lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.
Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.
BLISTERED , BERTAMPAL-TAMPAL
Dua kesan yang berbeza di sini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.
Bertampal-tampal atau patchiness pula disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.
Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada di sebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakan yang boleh kita nampak.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Paling Mudah Dan Cepat nak Hilangkan Kesan Kunyit Tebal Dalam Lesung Batu
Biasa lah lepas menumbuk bahan nak buat masak lemak cili api meletop “BAK HANG”, mesti kesan kunyit tu ketara pada lesung. Nanti nak tumbuk ramuan masakan lain seperti sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Namakucell ada satu tip paling mudah untuk hilangkan kesan kunyit dalam lesung basuh. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Dalam kes ni, perkongsian daripada Namakucell telah menggunakan jenama Axion. Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. tapi jangan yang jenis keras sangat. Nanti susah nak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyit nya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI