(GAMBAR) Pemilik Ini Ubahsuai Dapur Guna Rona Monokrom, Ohsem Betul

Share

Selain daripada memiliki ruang tamu yang indah, dapur juga memainkan peranan yang penting jika ianya dihias dengan cantik dan teratur serta menjadi budaya masyarakat melayu jika ada tetamu yang bertandang, kita pasti akan jamu dengan hidangan yang lazat. Jika dahulu, kita kurang untuk menerima tetamu di bahagian dapur, namun di zaman moden kini, ianya tidak menjadi masalah untuk berinteraksi dengan tetamu di bahagian dapur.

Oleh itu, pada hari ini, banyak tips di atas talian yang memberikan informasi tentang konsep pilihan hiasan dapur. Termasuklah IMPIANA, kali ini kami akan memaparkan tentang konsep hiasan dapur yang telah dihasilkan oleh Pn Nur Adilla di kediamannya yang terletak di Kajang, Selangor.

Dapur ini ditatarias dengan menekan pattern berjalur iaitu dua lapisan putih di atas dan bawah manakala di bahagian tengahnya pula berwarna hitam, penulis amat menyukai pilihan meja island di bahagian tengah dapur yang menjadi penyeri walaupun ianya berwarna hitam.

“Selain daripada mendapatkan khidmat nasihat daripada interior designer, kami juga banyak membuat rujukan di website hiasan rumah serta group deko dan antara jenama yang kami beli adalah dari Ikea, Kaison, SSF dan beberapa lagi kedai perabot biasa dan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM30k”,ujarnya yang mengusahakan perniagaan sendiri bersama suami.

Pasangan ini ada menyediakan playroom yang terletak betul-betul sebelah dapur yang direka khas untuk kedua-dua cahaya mata mereka yang bagi penulis adalah sebagai langkah bijak untuk make sure keselamatan anak sentiasa dalam perhatian walaupun sibuk memasak malahan pemilik dapur ini akan mengemas dengan teliti setiap kali selesai masak dan akan mengemasnya dua kali seminggu untuk memastikan segala kelengkapan berada dalam keadaan asal.

Untuk dekorasi pula, penulis amat suka dengan pilhan lampu gantung yang dipasang atas meja island malahan pilihan pemilik untuk meletakkan cermin hexagon di bahagian singki wajar dipuji kerana menambahkan lagi keluasan dapur, jangan ingat kecil tiada membawa impak besar. Akhir sekali, peti ais serta, oven dan microwave diberi kemasan yang menarik dengan menanamnya terus ke dalam dinding, tanpa mengganggu ruangan yang lain.

 

 

Published by
Team Impiana