(Gambar) Pemilik Minat Konsep Moden Industri, Nampak Macam Kafe Hipster Tapi Sebenarnya Rumah

Share

Merealisasikan keinginan pemilik mengikut kesesuaian gaya hidup dianggap satu cabaran yan perlu digalas sempurna oleh pereka hiasan dalaman. Ketelusan dan ketelitian merias wajah kediaman yang diamanahkan semestinya antara perkara utama yang perlu dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar memuaskan.

Itulah yang perlu pereka dalaman Shahreen Ghazali kendalikan apabila diminta menggarap sempurna kediaman jenis kondomininum milik Emasria Ismail ini. Dengan keluasan 952 kaki persegi, rumah ini ternyata mempunyai penataan seni hias yang menarik. Ringkas namum tetap eksklusif dengan konsep moden industri yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan juga pereka. Apa yang telah dilakukan oleh Shahreen ialah menampilkan konsep industri dengan beberapa elemen feminin yang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti tuan rumah.

Menurut Emasria, kos keseluruhan renovasi kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta dapur dan ruang tamu ini telah menelan belanja RM100k. Pemilik merasakan ia satu pelaburan yang berbaloi kerana tatkala berada didalam rumah ini terasa seperti sedang duduk berehat di kafe indah yang selesa.

Rona kelabu yang memenuhi segenap ruang kediaman ini telah di neutral kan dengan perabot serta aksesori yang diatur dengan pantulan cahaya lampu tepat, menyerlahkan lagi segenap sudut untuk tampil elegan. Selain itu, pembahagian antara satu ruang dengan ruang yang lain juga dilihat amat penting agar kediaman kelihatan lebih teratur tetapi tidak terlalu rigid. Pemilik memilih untuk menggunakan panel besi pada ruang makan untuk memisahkannya daripada dapur. Binaan dinding dengan kemasan cladding bertekstur batu bata merah dijadikan sebagai feature wall sudut ruang makan yang boleh memuatkan 4 hingga 6 orang tetamu. Segenap ruang yang ada telah dihias dengan rapi dan teliti mengikut konsep yang ditetapkan.

Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata melihat kediaman indah persis kafe hipster ini. Semoga menjadi inspirasi dan ingat, jangan takut untuk mencuba!

 

Published by
Amalina