Pemilihan konsep atau tema buat sesebuah kediaman bukanlah satu hal yang mudah. Selain perlu seiring dengan keluasan dan bajet, konsep kediaman juga perlu menggambarkan keperibadian dan keperluan pemiliknya. Seperti Encik Norman Mahmun dari Kuantan yang memiliki rumah dua tingkat ini memilih konsep Moden Glam sebagai penyeri kediamannya. Sebelum memulakan proses menghias, beliau telah terlebih dulu mencari inspirasi dan idea melalui youtube, media sosial dan majalah-majalah dekor. Rumah ini telah didiami selama satu tahun dan mempunyai 3 bilik serta dua bilik air. Dengan keluasan 1400 kaki persegi, Encik Norman dengan telitinya telah memilih warna cat utama dan sekunder sebelum memilih warna perhiasan yang bersesuaian. Tuan rumah juga telah memilih ruang tamu sebagai ruang kegemarannya. Di ruang tersebut juga diletakkan perabot pilihan beliau iaitu sofa 3 tempat duduk dibuat dari kayu jati yang diukir dengan halus.
Dengan bajet keseluruhan lebih kurang RM55k untuk mengubah suai, Encik Norman akan memastikan konsep moden glam mempunyai kesinambungan dari satu ruang ke ruang yang lain. Jalinan warna antara dinding dan perhiasan deko yang dipilih juga harus berharmoni, menjadikan kediaman lebih elegan dan classy. Selain itu, pemilik juga berpesan sekiranya ingin membeli perabot untuk kediaman, tidak perlu untuk membeli semua sekaligus. Sekiranya tidak yakin dengan pilihan yang ada, ambil masa dan fikir betul-betul untuk menentukan sama ada perabot yang ingin dibeli sesuai atau tidak dengan konsep yang telah dipilih. Dari segi pencahayaan pula, biasan dan pencahayaan semulajadi telah menjadi teras dalam hiasan rumah dengan perabot gelap ini. Kerana bijak merancang, tuan rumah dapat memanfaatkan cahaya matahari dengan baik, digabung bersama usaha dan ilham darinya.
Berikut merupakan paparan suasana moden glam hasil cetusan idea tuan rumah yang sudi dikongsi bersama IMPIANA. Semoga menjadi inspirasi buat pembaca, dan selamat mencuba!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Benar kediaman moden kini lebih serasi dengan ragam konsep yang simple dan minima. Rumah pun makin kecil saiznya jadi eloklah kita pun memilih perabot yang sesuai dengan konsep ruang. Cara Elak Konsep Moden Dalam Rumah Rasa Bosan.
Moden kontemporari, ragam hias yang menitik beratkan nilai amali dan keselesaan. Jika anda bukan dari jenis orang yang sukakan hiasan dalaman, cukup sekadar ada kelengkapan, inilah konsep paling tepat untuk anda.
Dari aspek warna pun bagus. Mudah kita nak maintain. Kalau tak putih, hitam, kelabu. Jadi nampak elegan je rumah kita dengan rekaan ringkas kekotak semua benda termasuk sofanya. Jadi confirm rumah kita lepas 3 bulan raasa bosan , keras kejung je kan. Yelah semua macam kotak, warna pulak kelabu hitam macam berkabung. Anda boleh je touch up ruang yang ada agar nampak ada jiwa dan personaliti.
Kusyen kecil – Jangan lokek beli kusyen kecil yang beraneka ragam rekaannya. Jika mahu simple, anda boleh beli ilham tiga serangkai iaitu, yang bercetak gambar yang menarik seperti bunga, burung dan sebagainya. yang berjahit dengan butang, chesterfields atau patch work dan yang bergemerlapan. Biar kilauannya memberi sedikit nyawa kat deko rumah yang lesu dengan warna kelabu tu.tiga sebelah kanan, tiga sebelah kiri di sofa tiga tempat duduk anda. Jika mahu tampil ala feminin, boleh memilih kombinasi warna hitam , putih dan merah. Namun jika mahu nampak agak moden dan tidak terlalu feminin, hita, kelabu dan kuning dilihat sangat cantik.
Langsir- Jangan pakai langsir kebau kejung tu juga. Cari corak yang ringkas macam belang -belang horizontal. Ia memberi satu gaya moden yang stylo dan ruang pun nampak luas. Jika mahu berbunga-bunga, cuba cari corak yang samar-samar atau berbunga kecil. Pastikan langsir anda digantung tinggi.
Bingkai gambar – Satu lagi pilihan menarik di ruang kediaman anda. Susun pelbagai bingkai gabar dengan pelbagai saiz di ruang kediaman anda. Baik satu jenis warna atau dua jenis warna bergabung, susunan yang baik mampu memberi nilai estetika hebat pada rumah anda. Tapi yang lebih utama adalah gambar yang hendak anda gantung. Ia mempengaruhi warna dalam kediaman anda.
Terendak lampu meja- Satu lagi masalah meruncing. Adakkala kita lupa terendak lampu meja kita dah berzaman kat rumah. Tukarlah yang baru dengan warna baru. Adakala itu pun dah cukup nampak ruang lebih bergaya.
Hiasan Meja Kopi– Tahulah gaya moden, tapi janganlah biarkan meja tu kosong. Letak je sebuah coffee book table. Mesti stylo.
Permaidani- Jangan sedondonkan permaidani anda. Hanya kerana sofanya kelabu permaidaninya pun kelabu. Cuba pilih warna ketiga sebagai penyeri ruang. Kini banyak permaidani di pasaran untuk pilihan.
Siapa tak marah apabila kediaman mewah yang dibina disamakan dengan kedai tomyam.
Tular apabila usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri berang dengan kenyataan dikeluarkan oleh seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu terlihat murah dek susunan perabot dan perhiasan yang digunakan.
Bidas Aliff, rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka di dalam Malaysia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta agar individu yang dipercayai merupakan pereka dalaman itu agar tidak memetik namanya semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
Jelas Aliff lagi, setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza-beza dalam aspek mendekorasi rumah.
” Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tomyam lah, buruk lah. Ini rumah saya, suka hati saya. Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat. Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak.” ujarnya.
Dalam pada itu, Aliff menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
” Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau. Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik.”
Aliff juga juga mendakwa individu berkenaan tidak mendaftar Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) selepas melakukan pencarian di internet.
Maaf Secara Terbuka
Susulan itu, pereka dalaman tersebut telah tampil dengan satu kenyataan maaf secara terbuka menerusi aplikasi TikTok.
Pereka dalaman, Filla Ismail berkata kenyataan yang dibuatnya mengenai rumah Aliff Syukri sebelum ini hanyalah bertujuan untuk ilustrasi, bukan fakta.
Dia tidak berniat untuk menyindir dan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tehadap mana-mana pihak termasuklah Aliff Syukri. Filla juga mengaku baru tahu bahawa pereka hiasan dalaman untuk rumah jutawan kosmetik itu dalam kalangan profesional.
Pihaknya sangat menghormati dan menghargai sumbangan pihak itu kepada industri hiasan dalaman.
15 Fakta Aliff Syukri Palace
Konsep rumah Aliff adalah Royal modern classic
Dibeli pada 2015 dan melakukan pengubahsuaian sepenuhnya pada 2016 dan siap pada April 2018
Dibeli dari seseorang yang begitu dikenali di Malaysia
Mempunyai 12 orang pengawal keselamatan
Aliff Syukri Palace berkeluasan 1 ekar
Mempunyai 30 buah bilik termasuk gimnasium, surau, bilik kebal dan rumah untuk kucing kesayangannya, Dodi
Ada Pelbagai bilik, Rumah Aliff dilengkapi bilik ‘luggage’, bilik teater, dining room, ruang pejabat, show kitchen, powder room dan beberapa bilik mandi mewah
Selain itu ianya turut dilengkapi master jacuzzi room, wardrobe room, bilik barangan kemas, ruang keluarga, pantry, bilik belajar dan second master bedroom
Bilik Tetamu Yang Mewah. Mempunyai 4 bilik tetamu dimana salah satu daripada bilik tersebut mempunyai 2 king bed dan 1 single bed.
Hampir disetiap koridor mempunyai gambar Aliff dan keluarga
Tingkat bawah tanah juga mempunyai bilik, bilik pinggan mangkuk dan kawasan parkir kereta yang boleh memuatkan 8 buah kereta dalam 1 masa
Tandasnya juga serba mewah dan terlihat arca patung yang berasal dari Itali
Semua perabot di dalam rumahnya ini diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta hasil pereka hiasan dalaman
Boleh dikatakan semua perabot dan hiasan rumah adalah bertemakan emas dan edisi terhad
Bilik teater Aliff direka oleh pereka yang sama membuat TGV cinemas
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
+INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan
Jenis Kediaman: Apartment
Konsep: Scandinavia
Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna pita pelekat murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.
Suka Lakukan DIY
Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.
“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.
“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.