Pasti ramai di kalangan kita yang masih berminat dengan perabot kayu seperti kayu jati yang mewah dan tahan lasak, Tapi bagaimana nak maintain perabot ni agar kekal cantik dan tidak kusam? Itu satu hal, bagaimana pula kita nak hias ruang dengan perabot jati ini agar tidak nampak terlalu klasik atau taste ala old school?
PERABOT LUAR RUMAH YANG SUNGGUH MENARIK DAN TAHAN CUACA. MALAH MUDAH DI PELBAGAI KONSEPNYA
JUGA MENARIK SEBAGAI PERABOT DI DALAM KEDIAMAN. RONA MEWAH DAN MUDAH DIADAPTASI DENGAN APA JUGA ALRIAN.
Elakkan perabot di tempat lembab atau terdedah pada panas matahari. Jika terlalu gelap dan lembab, pasti akan dimusnahkan oleh makhluk perosak yang udah membiak dalam keadaan begini. Manakala jika dijemur begitu aja minyak asli kayu akan kering dan kayu juga akan kelihatan kusam.
ADAKALA PERABOT KITA TERLINDUNG DARIPADA CAHAYA MATAHARI DAN AKAN MENJADI LEMBAP SERTA BERBAU.
BIAR PUN TAHAN LAMA NAMUN JANGAN SESEKALI KITA LEPAS TANGAN TERHADAP KEADAANNYA. PENJAGAAN YANG SEMPURNA MEMBERI JANGKA USIA YANG LEBIH PANJANG
Manakala jika anda mempunyai masalah ruang kediaman yang terlindung dari cahaya matahari pagi atau petang, tidak salah jika anda menggunakan langsir sheer atau renda yang membenarkan cahaya masuk. Jangan ditambah kegelapan ruang. Manakala bagi warna, anda boleh memilih warna terang atau citrus. Jingga, kuning lemon malah hijau daun pisang. Elakkan memilih rona perang kerana perabot kayu sangat hebat pengaruhnya pada ruang. Kelak kediaman anda gelap jadinya. Sebaliknya jika suasana agak terik pada petang atau pagi, anda digalakkan memilih rona neutral seperti krim, magnolia atau putih gading. Ia memberi keseimbangan antara perabot dan ruang. Pilihlah rona dingin seperti turquoise atau rona mewah seperti keemasan pada kusyen kecil sofa anda.
PILIHAN JATI RONA GELAP AKAN LEBIH MEWAH DAN CANTIK JIKA DISEIMBANGKAN DENGAN RONA CERIA DAN MEWAH SEPERTI JINGGA. BIAR TERANG NAMUN IA SEBENARNYA HARMONI DENGAN RONA PERANG.
PILIHAN RONA DINGIN JUGA TIDAK BOLEH DINAFIKAN KEINDAHANNYA. BIAR NAMPAK RUSTIK TETAPI ITULAH NILAI ESTETIKA YANG DIGILAI PEREKA.
Jangan biarkan debu dan habuk melekat pada perabot. Vacum atau lap habuk yang selalunya bersarang di celah-celah cantuman perabot yang mana boleh menjadikan perabot kusam serta lapuk. Gunakan bahan pencuci lembut dan lap sahaja.Segera biarkan ia kering.
Jika anda mahu elemen tradisi seperti perabot jati ini ada, tetapi tidak mahu keterlaluan sebenarnya ia juga boleh disandingkan dengan konsep seperti moden, minimalist malah kontemporari.
GAYA KONTEMPORARI YANG SESUAI DENGAN CITA RASA PEMILIK KEDIAMAN MUDA MASA KINI. BIAR NAMPAK SIMPLE TETAPI KUALITI YANG DIBANGGAKAN.
Terdapat wax khas untuk kayu jati yang memulihkan kembali minyak kayu agar lebih bercahaya dan berseri. Jika menggunakan kain basah untuk mengelap kayu, pastikan ia tidak terlalu lencun terutama kepada perabot yang tidak mempunyai lapisan pelindung kayu seperti syelek.
Di samping elemen tradisi anda boleh olah kembali elemen moden minimalism sebagai penyeri tata hias yang menggunakan kayu jati tetapi tidak terlalu tradisi.