Rona putih adalah warna selamat serta ringkas dalam menghasilkan sesuatu dekorasi dan ia juga nampak mewah. Namun, bagi keluarga yang mempunyai anak yang masih kecil dan aktif. Ini antara warna yang akan dielakkan. Ini kerana, si kecil cenderung menghasilkan lakaran seni di dinding.
Namun, bagi peminat dekorasi scandinavian, warna putih antara asas utama yang perlu disediakan untuk memastikan konsep yang dipilih menjadi. Hal ini menjadi asas kepada dekorasi homestay
milik Pn Azean Yusof.Beliau memilih tema scandinavian serta menyukai susun atur perabot yang nampak minimalist. Menurut pemilik Duplex Condominium ini, rumah ini pada asalnya merupakan rumah pertama yang dibelinya di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ampang. Ia berkeluasan 1900 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur +1 bilik air bersambung dan bilik powder.
Penulis amat menyukai susun atur perabotnya yang simple dan tidak serabut serta amat serasi dengan ciri-ciri scandinavia yang mementingkan kesederhanaan dalam hiasan rumah. Walaupun mempunyai bukaan tingkap yang besar, tetapi penggunaan
Pada masa yang sama pilihan warna putih akan mengoptimumkan lagi cahaya didalam rumah walaupun kediaman ini mempunyai full glass facade bersaiz besar.
Kalau tanya penulis, memang sangat setuju dan suka dengan dekor yang ditampilkan. Simple tetapi nampak mewah.
Ikuti susunan kompilasi gambar yang telah disediakan untuk tatapan pembaca lain agar menjadi inspirasi kita bersama.