(GAMBAR) Pilihan Warna Dan Pencahayaan Bijak Buat Kediaman Ini Nampak Luas .

Share

Setiap individu pasti mempunyai impian dan cita-cita untuk memiliki kediaman yang selesa dan lengkap. Tatarias yang sempurna pula akan menjadi bonus buat pemilik yang pastinya akan mengujakan ahli keluarga dan para tetamu yang datang. Jangan jadikan ruangan yang terhad sebagai penghalang untuk mendeko dan menghias kediaman. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dengan perancangan rapi dah sedikit kreativiti, anda pasti dapat menyempurnakan proses menghias dengan baik.

Seperti yang dilakukan pemilik rumah apartmen kos sederhana ini yang baru sahaja berpindah ke Cyberjaya sejak 4 bulan yang lalu. Encik Izaan Fazrin Azwar dan isteri telah membelanjakan lebih kurang RM8 ribu untuk kos keseluruhan termasuk perabot dan perhiasan lain untuk kediaman beliau. Menurutnya, kediaman dengan keluasan 850 kaki persegi ini baru sahaja dibeli pada bulan Januari yang lalu. Pada asalnya, pemilik berhasrat untuk menerapkan tema monokrom dengan berpaksikan konsep scandinavian tetapi beliau telah tersalah membeli warna cat jadi, menggunakan apa yang ada, tuan rumah dengan bijak telah ‘mix&match’ kan perabot dan cat dinding menciptakan satu ruang moden yang cosy

sesuai untuk keluarga kecilnya.

Memilih ruang tamu sebagai ruang yang paling digemari, Encik Izaan berpesan supaya pemilik rumah kecil yang lain tidak terlalu keterlaluan dalam menghias kediaman. Cukup dengan keperluan asas yang simple

dan sedap mata memandang.  Perhiasan dan susun atur yang sederhana bukan sahaja dapat menenangkan fikiran malah dapat memudahkan pemilik untuk membersihkan setiap sudut apabila berhabuk.

Published by
Amalina