Nama Pemilik : Pn. Anisah Ahmad Lokasi : Puncak Alam Jenis Kediaman : Teres Dua Tingkat Konsep : Glam Kontemporari
Bagi mendapatkan kediaman yang sempurna dan menepati kehendak kita bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat dan terburu-buru. Segalanya memerlukan perancangan yang rapi dan setiap langkah akan memakan masa, tenaga dan sudah tentunya wang ringgit. Bergantung pada pemilik, setiap satunya adalah berbeza-beza mengikut keperluan, keluasan kawasan dan juga bajet tuan rumah.
Buat Puan Anis, kediaman yang sudah didiami selama 3 tahun bersama suami dan seorang anak kecil ini adalah tempat beliau menghabiskan masa jika tidak ke sekolah untuk mengajar. Rumah dua tingkat tersebut kelihatan lebih dari cukup buat keluarga kecil ini menjalankan aktiviti seharian dengan lancar. Tetapi, memandangkan pasangan ini sibuk bekerja dari Isnin ke Jumaat, mereka masih belum sempat untuk mengemas dan mendeko rumah mengikut kehendak dan keperluan.
Jadi, kini sudah tiba masanya untuk pasangan ini melakukan renovasi secara berperingkat dimulakan dengan ruang tamu dan ruang bawah tangga kediaman. Walaupun pada mulanya ruang tamu kelihatan kosong dan tidak menarik, dengan sedikit sentuhan dari pakar yang berkaliber, ruang tamu Cikgu Anis telah berubah menjadi lebih menarik dan nampak lebih teratur dengan konsep dan susun atur yang baru ini. Setiap ruang digunapakai sebaik nya dan tidak dibiarkan kosong.
Ads
Konsep Glam Kontemporari yang dibawakan ini amat sesuai dengan kediaman Cikgu Anis yang luas dan masih baru ini. Dinding dicat biru tua dengan kemasan wainscoting warna keemasan sebagai feature wall telah menaikkan seri ruang tamu yang terdahulunya nampak hambar dan tidak bermaya. Pantulan cahaya dari barisan spotlight serta gantungan accent light juga telah menjadikan ruang lebih ‘hidup’.
Selain itu, ruangan bawah tangga yang sebelum ini hanya diletakkan peti sejuk kini telah berubah fungsi sepenuhnya apabila pereka membina rak buku dan mainan untuk anak tuan rumah. Terdapat juga papan putih dan tempat duduk yang ditempatkan ditengah-tengah rak.
Ads
Ads
Seperti yang dikatakan tadi, segenap ruang dan setiap inci dimanfaatkan dengan baik. Jadi ruang berhadapan tangga yang kosong telah di deko dan di ubah menjadi ruang rehat ataupun ruang santai sambil membaca.
Ruang rehat ini dihiasi wall cladding bertekstur batu bata berwarna putih, cukup untuk menampakkan lagi kenaggunan kediaman ini.
Dinding selari dengan pintu masuk utama juga tidak dibiarkan kosong. Malah, diberikan sentuhan yang penuh teliti dan menarik. Cermin panjang melintang yang berbingkai putih digantung bagi memberikan ilusi ruang lapang selain mudah untuk pemilik bercermin dan melihat penampilan sejurus sebelum keluar rumah. Penempatan cermin yang strategik dilengkapi lagi dengan meja konsol yang dihiasi lampu meja accent dan tumbuhan hijau untuk menambah seri ruang.
Ingin melihat transormasi kediaman ini secara ‘live’ jangan lupa ikuti rancangan TV IMPIANA di saluran Astro Prima pada setiap Selasa 12.30 tengahari dan ulangan pada jam 9.00 malam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Biar dapur kecil asalkan kita puas hati dengan kualiti yang ada dan memberi ilham sehabis baik untuk menyerlahkan seri dan nilai praktikalnya.
KECIL TIDAK BERMAKNA SEMUA BENDA KENA SIMPLE. BOLEH JE KITA PADANKAN ASAL ADA PLANING DAHULU.
Warna kena nampak cantik dan tak bosan. tak pe sesekali anda boleh bermain dengan warna terang. Bukan sekadar nampak cantik, tapi nak nampak selesa dan tak resah bila berada di dalamnya.Tidak kira pastel atau terang yang penting anda happy bila lihat dapurnya.
CONTOH ILHAM WARNA YANG MENARIK UNTUK SEBUAH DAPUR. CERIA DAN CANTIK!
kemasan kaunter kalau boleh biarlah berkualiti. Dalam kita menyiapkan dapur cantik dan berkualiti, bahagian atas ini janganlah berkira kerana ia penting untuk melakukan tugas di dapur. Malah kualiti kaunter top juga antara elemen estetika yang warjar di jaga
MATERIAL JUGA PENTING AGAR DAPUR NAMPAK CANTIK DAN CLASS. ADKALA MATERIAL ASAS JE PUN TAPI PANDAI MIX DAN MATCH NAMPAK CANTIK DAH.
Kabinet tertutup padu sampai ke siling bagus. Tetapi bosan juga kalau semua tertutup. Dah macam dapur kapal terbang. Jadi kalau dan seunit dua kabinet terbuka tak salah. Terutama untuk mengeringkan pinggan mangkuk. Susunan yang cantik pasti membuat hati tertarik.
KEPELBAGAIAN BENTUK KAUNTER DAN MENEPATI FUNGSI DI DAPUR. RUANG NAMPAK HIDUP DAN CANTIK JIKA BIJAK ANDA MENGGUNAKANNYA.
Pelan lantai kena bijak. RUANG KOMPAK ini juga perlu kaunter sarapan dan ruang untuk meltak peti sejuk. Jadi jangan ketinggalan ye menempatkan segala bagai keperluan asas di dapur dan rancang dengan teliti keperluan anda.
MASUKKAN SEMUA KEPERLUAN DALAM 1 RUANG. KOMPAK , BIJAK DAN TIDAK MENYUSAHKAN KITA BERGERAK.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.
Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.
Hias Ruang Tamu Ala Scandinavian, 8 Ciri Ini Patut Ada!
Kemasan dinding – Dinding Scandinavian selalunya lebih cantik dicat dengan warna pucat, nude colour atau rona urban yang tidak begitu ketara. Bayangkan persekitaran utara Eropah yang tidak terlalu terang, dilitupi salji dan berkabus.
Elakkan memilih kertas dinding dengan corak bunga-bunga atau belang-belang
Sofa – Pilihan sofa yang mempunyai perisa ala 60an yang diberi cita rasa baru. Kaki daripada kayu panjang tirus. Tidak ada lengkuk mahu pun ukiran. Selalunya dibalut dengan fabrik polos pastel.
Elakkan kesilapan lazim yang cuba menggabungkan sofa moden kontemporari dalam tata hias ala Scandinavian.
Meja kopi – Permukaan kayu yang cantik, pipih dan selalunya kakinya juga panjang tirus ringkas. Terdapat juga yang disertakan dengan kombinasi besi dan kayu. Manakala ada juga di datangkan dalam 2 serangkai meja kopi terutama ruang bersaiz kecil.
Jangan sesekali memilih meja kopi daripada meja ala oriental mahu pun kerawang dari negara Asia yang lain.
Lampu meja –Lampu meja juga selalunya tidak lah begitu gah. Selalunya banyak menggunakan elemen besi tirus dan terendak polos. Peliknya lampu meja ala scandianavian ini umpama gaya moden zaman 50an – 60an.
Jangan pula terpengaruh dengan reka bentuk lampu meja Inggeris atau moden kontemporari.
Ambal- Jika dekorasi lain megah dengan permaidaninya, Scandinavian pula lebih senang dengan ambalnya yang cantik dan ditenun rapi . Bagi yang mahal selalunya ditenun tangan dan mempunyai warna yang sederhana. Ada juga mempunyai corak geometri moden dan ada juga mempunyai corak tradisi setiap negara.
Jangan pula anda dengan yakin membentang tikar buluh atau permaidani Parsi walaupun ada yang berwarna samar di pasaran.
Lampu gantung merupakan salah satu kelengkapan penting dalam dunia dekorasi Scandinavian. Jadi rekaan yang tersendiri dan geometrikal sememangnya memberi satu identiti kepada tata hias seumpama ini.
Jangan terkejut ada di antara lampu gantung Scandinavian tidak mempunyai sarung pun dan hanya segugus mentol yang dibiar bebas tanpa sarung atau sangkar. Elakkan lampu candalier yang terlalu sarat.
Salah satu perabot yang dikatakan mesti ada di sebuah kediaman adalah sideboardnya. Sudah semestinya kaki kabinet ini lebih panjang rencong dan tempatkan pada pinggir kawasan yang kurang popular bagi sebuah ruang tamu.
Kalau boleh jangan tinggalkan kabinet seumpama ini. Cuba dapatkan agar tata hias mu lebih sempurna.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
Semua orang tahu, ruang tamu adalah seperti jantung bagi rumah kita. Tetapi kalini, saya akan menceritakan tentang apakah meja yang sesuai untuk membuatkan keadaan ruang tamu itu menjadi estetik.
Meja Kopi.
Mengapa saya kata meja kopi sesuai? Kerana meja kopi ini boleh di dekorasi dengan pelbagai furniture dan boleh juga menjadi tempat letak majalah atau pasu bunga walaupun pada asalnya meja kopi ini hanya tempat letak minuman yang panas.
Meja Ottoman.
Meja ini serupa sahaja dengan meja kopi tetapi fungsinya lebih banyak daripada meja kopi. Antara uniknya fungsi meja ini adalah ianya meja yang empuk, dan boleh dijadikan sebagai kerus jika tiada kerusi untuk duduk.
Nesting Table.
Meja Nesting Table ini, tersusun dari 2 sampai 3 meja yang ditumpuk bersamaan dan semua meja tersebut memiliki bentuk yang sama. Meja ini boleh digunakan jika kita hendak satu meja kecil tambahan. Maka, meja inilah yang sesuai dan mudah boleh kita ambil.
Console Table
Meja ini, berbeza sedikit dengan meja lain. Jika kita boleh lihat, meja ruang tamu yang lain, semuanya rendah sahaja. Tetapi, meja Console Table ini, ia lebih tinggi dan selalunya diletakkan di dinding atau belakang sofa. Console Table ini berfungsi untuk meletakkan hiasan-hiasan atau dekorasi untuk menaikkan lagi keserian ruang tamu anda.
Maka dengan ini, berakhir lah perkongsian saya tentang meja-meja yang sesuai untuk ruang tamu di rumah. Semoga anda dapat memilihnya dengan baik dan kesesuaian citarasa anda.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.